web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siti Nurhaliza Pun Dah Akui Saya Artis No. 1 Negara, Terimalah Saya Sebagai Seorang Artis – Aliff Syukri

Dalam tempoh 20 jam ia dilancarkan saluran YouTube miliknya, lagu raya baharunya yang berjudul ‘Chu Ku Chuk Raya’ itu telah meraih kedudukan trending di tangga kelima di dalam platform YouTube Malaysia.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2023 9:30AM

Tangkapan layar Instagram Aliff Syukri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ingin membuktikan bahawa dirinya layak bergelar seorang artis dan penghibur, usahawan produk, datuk Aliff Syukri kini mampu berbangga apabila Datuk Seri Siti Nurhaliza sendiri telah memberi laluan kepadanya untuk bergelar penyanyi nombor satu negara. 

“Apa yang korang nak dustai lagi. Siti Nurhaliza pun dah akui aku penyanyi nombor 1 negara. Hah? Aku ni penat tau. Dah menyanyi, dah pergi kelab vokal, dah belajar, dah tak lupa lirik.

“Terimalah saya sebagai seorang artis, terimalah saya sebagai seorang penghibur. Penat tau. Saya nyanyi nyanyi tak pernah pun korang hargai. Balik-balik kecam aku punya bajulah, kecamlah semua tuh.

“Korang anggaplah saya ini macam Justin Bieber ke, Justin Timberlake ke, Michael Jackson ke.  Suara aku dah sedap. Pergilah tengok kat YouTube tuh. Dah trending dah,” katanya dalam satu hantaran video yang dimuatnaik di Instagram miliknya. 

Bahkan, Aliff turut menyelit sedutan video Siti Nurhaliza yang sambil berseloroh mengakui Aliff Syukri adalah penyanyi nombor satu negara. 

Apapun, lagu raya terbaharu Aliff Syukri 'Chu Ku Chuk Raya' telah pun dilancarkan di saluran YouTube miliknya semalam. 

Dalam tempoh 20 jam ia dilancarkan, lagu itu telah meraih kedudukan trending di tangga kelima di dalam platform YouTube Malaysia. 

Berbanding tahun lalu, kali ini banyak komen pujian yang diberikan kepada Aliff Syukri. Namun, kebanyakan pujian itu adalah pujian yang melahar secara sinis. 

Seperti tahun sebelumnya, muzik video promo 'Chu Ku Chuk Raya'’ yang dikongsi di media sosial sebelum ini yang dianggap melanggar budaya dan tatasusila masyarakat, bahkan menghina kemuliaan bulan Ramadan.

Bahkan, Persatuan Konsortium Industri Rakaman Malaysia (IRAMA) tampil membuat laporan polis baru-baru ini hari ini berhubung penyebaran sedutan muzik video tersebut.

Presidennya, Ayob Abdul Majid juga memohon Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD) agar menggubal serta memperketatkan Akta Seksyen 294 (A) dan 29 (B) yang terkandung dalam Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 dengan mengenakan denda yang lebih berat beserta hukuman penjara. – Getaran, 7 April 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 8 bulan yang lalu

Aliff Syukri, Isteri Raikan Pekerja Sebagai Tanda Penghargaan

2

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Kenyataan Berunsur Fitnah, Aliff Syukri Disaman RM70 Juta

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Nyanyian Duet Tengku Ampuan Pahang, Datuk Sri Siti Nurhaliza Pikat Tetamu

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN