Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Muzik Video Lagu Raya Aliff Syukri: IRAMA Buat Laporan Polis, Gesa Kerajaan Perketatkan Akta Kandungan Video – Presiden 

Presidennya, Ayob Abdul Majid juga memohon Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD) agar menggubal dan memperketatkan Akta Seksyen 294 (A) dan 29 (B) dengan mengenakan denda yang lebih berat beserta hukuman penjara. 

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2023 7:02PM

Ayob Abdul Majid menunjukkan laporan polis yang dibuatnya berhubung penyebaran muzik video usahawan produk, Aliff Syukri. - Gambar oleh Ellyna Ali

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Persatuan Konsortium Industri Rakaman Malaysia (IRAMA) tampil membuat laporan polis hari ini berhubung penyebaran muzik video usahawan produk, Datuk Seri Aliff Syukri berjudul Cak Kun Cak yang bertemakan Aidilfitri. 

Presidennya, Ayob Abdul Majid juga memohon Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD) agar menggubal serta memperketatkan Akta Seksyen 294 (A) dan 29 (B) yang terkandung dalam Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 dengan mengenakan denda yang lebih berat beserta hukuman penjara. 

Ini bagi mengelakkan berlakunya penghasilan kandungan video yang keterlaluan seperti yang berlaku pada muzik video lagu raya terbaharu Alif Syukri dengan iringan lima penari yang disifatkan bukan sahaja melanggar budaya dan tatasusila masyarakat, bahkan menghina kemuliaan bulan Ramadan. 

“Gelagat mereka yang berpakaian baju Melayu ketat sambil terkinja-kinja juga dilihat tidak sopan untuk dipertontonkan kepada umum. 

“Justeru itu, pihak Irama terpaksa membuat laporan polis kerana sejak tersiarnya video ini, ia mendapat banyak rungutan dan dan komen-komen dari golongan penggiat seni dan netizen di media sosial. Bahkan, ia juga menimbulkan perbalahan. 

“Sewaktu membuat laporan polis ini tadi, saya telah dibawa ke bahagian jenayah susulan kes muzik video terdahulu yang juga dihasilkan oleh usahawan produk tersebut. 

“Setelah laporan saya diambil, pegawai yang bertugas mengusulkan kepada saya agar membawa perkara ini kepada pihak (KKD.

“Memang itulah objektif kita pun. Kalau setakat buat laporan polis macam dahulu dan kemudian pulang, baik tidak payah buat. Sebab tahun depan, dia (Aliff) masih akan keluarkan benda yang sama,'' katanya. 

Muzik video Aliff Syukri berjudul Cak Kun Cak yang bertemakan Aidilfitri telah mengundang kontroversi.. 
Muzik video Aliff Syukri berjudul Cak Kun Cak yang bertemakan Aidilfitri telah mengundang kontroversi.. 

Menurut Ayob lagi, dia akan membawa usul dan perkara ini beserta dengan sebuah laporan kepada pengetahuan menteri KKD, Fahmi Fadzil dengan kadar yang segera. 

“Sebab kalau kita nilai, Akta Seksyen 292 (A) dan 292 (B) ini memang terlalu longgar. Hanya sedikit denda yang dikenakan. Sebab itu, ada pihak yang tidak takut dengan undang-undang yang terkandung di dalam akta ini. 

“Jadi, kita ingin mohon agar YB Fadmi Fadzil dapat membentangkan tentang isu akta ini ke Parlimen supaya ia dapat digubal dan diperkuatkan lagi dengan denda yang tinggi beserta dengan hukuman penjara. 

“Jika tidak, isu video muzik Aliff Syukri akan berulang semula dan fokus kita bukanlah terhadap muzik videonya sahaja tetapi juga video-video lain yang selama ini mungkin kita sendiri terlepas pandang di platform seperti YouTube.

“In Sya Allah, kita akan cuba jumpa menteri kalau boleh dalam minggu ini juga. Saya sudah minta untuk buat pertemuan dengan YB Fahmi sebelum ini, tetapi masih belum dapat tarikh yang sesuai,” katanya. 

Ditanya mengapa gesaan terhadap isu penggubalan Akta Seksyen 223 ini dilakukan sebelum ini, Ayob berkata, di sinilah pentingnya kewujudan Perbadanan Muzik Malaysia. 

“Jika Perbadanan Muzik Malaysia (PMM) ditubuhkan, kita dapat mewujudkan pelbagai harus panduan dan banyak isu berkaitan dengan industri muzik yang boleh dipantau. 

“Saya difahamkan sebelum ini, penubuhan PMM ini telah pun diluluskan sewaktu Tan Sri Annuar Musa menjadi Menteri di Kementerian Komunikasi Dan Multimedia (KKKM) sebelum ia ditukar kepada KKD. 

“Saya sendiri telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) sementara. Tapi, bila masuk kerajaan sekarang, saya tidak tahu apa jadi dengan PMM. Saya tidak tahu statusnya, mungkin juga ia sudah pun dibubarkan. 

“Tapi, saya berharap sangat agar YB Fahmi dapat mempertimbangkan semula akan kewujudan PMM. Sekurang-kurangnya, biarlah ada AJK sementara dahulu. 

“Kalau tidak diwujudkan bila lagi. Kalau hendak diikutkan juga pendapat muzik lebih banyak daripada filem. Konsert bertaburan di sana sini. Venue konsert seperti Axiata dan Zepp sentiasa full house. 

“Di sini, ia akan memberikan pendapatan kepada negara melalui cukai hiburan sebanyak 25 peratus dan saya percaya dengan pendapatan pada tahun ini kitab oleh tubuhkan PPM,” katanya. 

Jelas Ayob lagi, selama 60 tahun Malaysia ditubuhkan, industri muzik  masih tidak punya sebuah perbadanan yang khusus, sedangkan industri perfileman mempunyai Perbadanan Kemajuan Filem Negara (FINAS) 

“Kita perlukan PMM supaya kita dapat menyediakan undang-undang dan aktanya. Tidak boleh harapkan pada kementerian sahaja. 

“Dengan adanya PMM juga, saya kira sistem industri muzik kita akan lebih teratur dan lebih maju, bahkan mampu berkembang seperti mana Korea. 

“Bahkan, kita boleh pantau bermacam  isu yang berbangkit seperti isu royalti, badan kutipan royalty, harta intelektual, kandungan video, menilai muzik dan lagu, serta isu dana yang membantu penggubah lagu, penulis lirik dan arris sendiri untuk terus berkarya,” katanya. – Getaran, 4 April 2023 

Sorotan

1

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

2

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

3

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

4

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

5

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

6

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

7

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Nora Danish Akui Perkahwinan Dilanda Krisis, Manakala Irma Hasmie Terus Kunci Mulut

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

"Hentikan Kenduri Selak Kain, Sarah Dan Aliff Sila Berambus Dari Malaysia" - Erma Fatima

Bagi Erma, industri hiburan tanah air menjadi huru hara ekoran masalah yang dicetuskan oleh orang luar, jadi sebaiknya Sarah dan Aliff pulang ke Singapura, sete...

oleh Helmi Anuar

Muzik 1 hari yang lalu

Masdo Bakal Gegarkan Resorts World Awana Dengan Konsert Percuma 

Bakal berlangsung pada 25 Mei ini, konsert adalah eksklusif untuk ahli Kad Genting Rewards

oleh Rahayu MN

Selebriti 17 jam yang lalu

Jadilah Wanita Yang 'Mahal',  Usah Bergaduh Rebut 'Buaya' - Thalia Baiduri

oleh Sophia Ahmad