web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Suara Saya Unik Macam Michael Jackson, Mohon Terima Saya Artis No. 1 Malaysia - Aliff Syukri Mengamuk

Dalam paparan video yang dimuat naik usahawan produk itu, dia  kelihatan mengamuk dan meminta orang ramai untuk menilai lagu nyanyiannya dan bukan mengkritik berdasarkan sedutan muzik video (MV) tersebut.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2023 4:03PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas sekali lagi mengundang perhatian dengan tindakan memuat naik sedutan klip video single bertemakan Aidilfitri yang memaparkan dirinya mengenakan baju Melayu sendat, sejak beberapa hari lalu, kini usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri tampil mempersoalkan kenapa orang ramai kritik lagu tersebut.

Aliff yang baru sahaja menyambut kelahiran anak keenam itu, turut mendakwa bahawa orang ramai tidak pandai menilai seni suara seorang seniman.

“Apa salah saya awak. Esok saya sudah nak release lagu raya ini awak. Ramai rakyat Malaysia tidak pandai menilai seni suara.

“Suara saya unik macam Michael Jackson, mohon terima dan akur saya artis nombor satu Malaysia. Suara saya sedap dan merdu. Muktamad!,” katanya menerusi satu hantaran terkini di akaun Instagram.

Dalam paparan yang dimuat naik usahawan produk itu, itu turut kelihatan mengamuk dan meminta orang ramai agar menilai lagu nyanyiannya itu dan bukan mengkritik berdasarkan sedutan muzik video (MV) tersebut.

Meninjau ke ruang komen paparan tersebut, rata-rata netizen meninggalkan reaksi dengan mengatakan bukan suara Aliff yang menjadi isunya dalam single yang bakal dilancarkan pada esok hari.

Sebaliknya, sedutan MV single bertemakan Aidilfitri berjudul ‘Cak Kun Cak Raya’ berkenaan dilihat tidak bersesuaian dengan tema Aidilfitri.

“Salah tu memang tak salah Datuk, tapi suara  tu mengganggu syaitan yang diikat di bulan Ramadhan. Menggelupur mereka,” menurut pemilik akaun Wak Doyok.

“Bukan masalah suara ... masalah terkinja-kinja dan merosakkan adat dan budaya melayu, faham?” kata Amalina Zainuddin.

“Datuk menghina Baju Melayu yang penuh dengan adab dan kesopanan, penari latar yang menggeletis macam ulat nangka tu seolah-olah Datuk mengagungkan golongan pelangi. Maaf sekadar teguran sesama insan yang sayangkan agama, bangsa dan negara,” ujar Nor Jayanti.

“Lagu memang tidak salah Datuk, namun pakaian dan video klip tu,  kontroversi... cuba buat lagu biasa-biasa, penari itu takde pun takpe,  pakai pulak baju seperti power rangers di bulan-bulan mulia ini Datuk,.. come on la Dtuk! Nyanyi biasa-biasa mesti kita support!” tegur Qiqin Yusof.

Terdahulu, pada minggu lalu, Aliff Syukri sekali lagi mengundang perhatian dengan tindakan memuat naik sedutan klip video single bertemakan Aidilfitri berjudul Cak Kun Cak Raya memaparkan dirinya mengenakan baju Melayu sendat diiringi penari dengan gaya sama.

Bahkan, gerak tari Aliff bersama lima penari yang dilihat ‘menggeletis’ melalui klip video berdurasi 20 saat itu menjadi topik hangat diperbahaskan netizen.

Ramai mendakwa tindakan usahawan itu kurang sesuai, apatah lagi ketika umat Islam sedang berpuasa dan mengimarahkan Ramadan. - Getaran, 5 Mac 2023.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 21 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...