Berita Terkini

1 jam yang lalu: Media tradisional perlu berinovasi dan berubah, menerima pakai teknologi baharu untuk menghadapi perubahan landskap media - Fahmi 1 jam yang lalu: Malaysia perlukan media bebas, berani bersuara tanpa rasa takut - Fahmi 3 jam yang lalu: Badminton Asia, BAM tandatangan MoU bawa badminton ke tahap lebih tinggi 3 jam yang lalu: Pekerja kuari maut dihempap bongkah batu 10 tan 3 jam yang lalu: Suku akhir Piala FA: Negeri Sembilan FC 1-3 Selangor FC

IKUTI KAMI


Hakim Syarie Nasihat Farid Kamil - Diana Berdamai

Hakim turut memerintahkan pasangan itu melantik wakil masing-masing dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan menetapkan 30 Mei ini untuk mengetahui laporan jawatankuasa terbabit.

Selebriti Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2023 4:04PM

Farid Kamil menunjukkan cincin perkahwinannya sebaik keluar dari Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari hari ini selepas sebutan kes permohonan cerai difailkan isterinya. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di sini hari ini menasihatkan pelakon Farid Kamil dan isterinya yang juga pelakon iaitu Diana Danielle, untuk berdamai bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

Peguam Syarie Fakhrul Azman Abu Hassan, yang mewakili Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari, 42, memberitahu pemberita  selepas sebutan kes perceraian pasangan pelakon itu di hadapan Hakim Syarie Shukran Yusof.

Beliau berkata hakim itu berkata "Benda yang boleh selesai secara baik, cubalah mengislahkan (usaha untuk memperbaiki keadaan)”. 

Fakhrul Azman berkata hakim berkenaan turut memerintahkan pasangan itu melantik wakil masing-masing dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan menetapkan 30 Mei ini untuk mengetahui laporan jawatankuasa terbabit.

"Pada prosiding hari ini, mahkamah dimaklumkan mengenai lantikan wakil JKP dan Farid telah melantik kakaknya manakala Diana melantik rakannya sebagai wakil JKP dan proses perbincangan dalam jawatankuasa itu akan didakan di pejabat agama Shah Alam, yang mana tarikhnya akan ditentukan kemudian.

Seterusnya, pihak-pihak akan melalui proses hakam (kalau JKP tidak mencapai persetujuan) dan mahkamah akan menentukannya,” katanya.

Diana Danielle ketika keluar dari Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari hari ini selepas sebutan kes permohonan cerai difailkan terhadap suaminya pelakon Farid Kamil.
Diana Danielle ketika keluar dari Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari hari ini selepas sebutan kes permohonan cerai difailkan terhadap suaminya pelakon Farid Kamil.

Sementara itu, peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Diana yang nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 32, mengesahkan tarikh 30 Mei yang ditetapkan oleh mahkamah.

"Pada tarikh tersebut mahkamah akan membaca laporan JKP yang akan dipengerusikan oleh pegawai daripada Jabatan Agama Islam (JAIS)," katanya.

Sementara itu, Akberdin memaklumkan bahawa pada 24 Mac lepas, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara dua anak pasangan berkenaan, yang berusia 10 dan lapan tahun kepada Diana, namun tiada halangan untuk Farid berjumpa dengan anak-anaknya.

Farid ketika ditemui pemberita selepas prosiding mendakwa hampir 23 hari beliau tidak dapat bertemu dua anaknya itu.

Pelakon Lagenda Budak Setan itu berkata, keretakan rumah tangganya berpunca daripada “pihak ketiga”  namun enggan mendedahkan isu berkenaan dengan lebih terperinci.

Dalam pada itu, Diana berkata, tuduhan yang dilemparkan suaminya berhubung isu orang ketiga sebagai fitnah.

Terdahulu, Farid yang tiba di mahkamah kira-kira 9 pagi berkata beliau membawa sejambak bunga sebagai  tanda perdamaian dan sebentuk cincin emas untuk diberikan kepada Diana.

Pada 10 Mac lepas, Diana selaku plaintif memfailkan permohonan cerai terhadap Farid mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan serta tidak lagi mampu hidup bersama sebagai suami isteri. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 minggu yang lalu

Ulasan Filem 'Anwar: The Untold Story' - Berani, Kontroversi Dan Penuh Emosi

2

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Hadir Ke Tayangan Perdana Filem ‘Anwar: The Untold Story’, Perdana Menteri Puji Lakonan Farid Kamil Sebagai Dirinya

3

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Tayangan Perdana Filem 'Anwar: The Untold Story'

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

Puteri Sarah Beraya Bersama Mentua, Farid Kamil Bawa Anak Sulung Ke Kedah, Shuib Sedondon Bersama Watie

Sorotan

1

HAWANA 2023: PM Akan Buat Beberapa Pengumuman Penting Berkenaan Hala Tuju Industri Media - Fahmi

2

Rombakan Kabinet Hak Mutlak, Budi Bicara Perdana Menteri - Ahmad Zahid

3

‘Master In The House Malaysia’ Sajian Terbaharu TV3

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Peguam Beritahu Syamsul Yusof Tidak Tahu Mengenai Dakwaan Lafaz Cerai Pernah Terjadi 2 Kali Sebelum Ini 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Saya Sudah Ada Teman Istimewa, Namun Belum Ada Jodoh Nak Kahwin – Zarina Zainoordin

Zarina atau nama sebenarnya Zarina Zainoordin berkata, dia berkenal individu berkenan hampir 10 tahun dan keluarganya sudah kenal lelaki berkenaan.

oleh Rubini Nagarajah

Selebriti 53 minit yang lalu

Shila Amzah Dan Ubai Bertunang, Buat Majlis Secara Intim

Penyanyi popular, Shila Amzah mengumumkan pertunangannya bersama Ubai menerusi hantaran di Instagram.

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 1 hari yang lalu

Drama 'Hijrah Jannah' Papar Isu Wanita Mualaf Yang Terpaksa Hidup Berpoligami – Puteri Sarah Liyana Jadi Perampas Suami

oleh Zara Sofea