web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saya Dan Qi Tidak Bergaduh – Radhi Jelaskan Pengunduran Qi Daripada OAG 

Menurut Radhi, pengunduran Qi daripada OAG berpunca daripada Konsert 30 Tahun Generasiku yang diadakan di Stadium Melawati, Selangor pada 25 Disember lalu.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2023 9:00PM

Radhi OAG - Gambar oleh Ellyna Ali

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Vokalis kumpulan OAG, Radhi menafikan bahawa terdapat sebarang perselisihan faham di antara dia dengan rakannya, Qi Razali sehingga membawa pengunduran pemain dram itu di dalam band muzik rock alternatif itu. 

Qi atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali Wong mengumumkan pengundurannya daripada OAG menerusi beberapa ciapan di Twitter pada awal Januari ini, sehingga menimbulkan spekulasi bahawa terdapat kemelut di antara dia dengan anggota band muzik tersebut khususnya bersama Radhi. 

Pengunduran Qi itu dibuat sebaik sahaja dia kembali bergabung dengan OAG pada tahun lepas serta turut sama menjayakan Konsert 30 Tahun Generasiku yang diadakan di Stadium Melawati, Selangor pada 25 Disember lalu. 

Terkejut dengan spekulasi tersebut, Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi  Razali  berkata, sebetulnya tiada apa yang berlaku di antara dia dengan Qi, sebaliknya ia sebenarnya  berpunca daripada penganjuran Konsert 30 Tahun Generasiku yang diadakan untuk meraikan penglibatan mereka di dalam industri muzik rakaman tanah air sepanjang tempoh tersebut. 

“Sebenarnya tiada apa yang berlaku. Konsert 30 Tahun Generasiku itu dilakukan dalam tempoh dua bulan termasuk dari sudut promosi. 

“Bagi saya apa yang terjadi adalah disebabkan masalah peribadi. Bukan sebab dia bergaduh dengan saya. Kitaorang tak gaduh. Kita orang baru sahaja berjumpa baru-baru ini. Kita orang aman sahaja. 

Qi Razali - Gambar fail
Qi Razali - Gambar fail

“Cuma apa yang berlaku pada penganjuran Konsert 30 Tahun Generasiku itu adalah sangat kritikal kerana ia dilakukan dalam tempoh dua bulan termasuk dari sudut promosi. 

“Bahkan, kami mengadakan konsert pada saat Pilihanraya Umum (PRU) sedang dilakukan. Kami juga buat konsert dalam keadaan duit tidak ada. Sebab kerajaan tidak ada lagi masa itu.  Penganjur memang ada, begitu juga dengan penajaan tetapi ia ditarik balik. Tapi, akhirnya kerajaan baharau membantu, Alhamdulillah. 

“Apapun, tiket tak jual. Kami mengalami kerugian. Malah, tiket pun banyak yang kami bagi secara percuma. Orang tak tahu perkara itu dan menyangka tiket kami terjual. Sedangkan hakikatnya, tidak. 

“Dalam kepala Chi, mungkin dia rasa konsert itu boleh berjaya tetapi tidak menetapi apa yang diharapkannya. Mungkin dia rasa kecewa sebab dia dah betul-betul berkobar-kobar untuk menjayakan konsert ini tetapi apa yang diharapkan itu tidak kesampaian,” katanya. 

Selain Chi, dua lagi anggota turut mengambil keputusan untuk menarik diri daripada OAG susulan daripada selesainya konsert tersebut. 

Radhi ditemui sewaktu sidang media dokumentari Pekik yang mengangkat tentang kebangkitan scene Indie di Malaysia pada awal 90-an diadakan di Finas baru-baru ini. 

Jelas Radhi lagi, sebenarnya dari awal lagi, dia sudah berasakan tidak bersedia untuk menjayakan Konsert 30 Tahun Generasiku itu. 

“Sebenarnya, masa saya dapat tawaran mengadakan konsert ini, saya sudah menolak untuk melakukannya kerana saya tahu kami tidak punya banyak masa untuk buat persiapan. 

“Tapi disebabkan peminat yang selalu bertanya, Chi pun kata ambillah. Lagipun, 25 Disember adalah tarikh ulangtahun penubuhan OAG. Kalau nak tukar hari lain atau tarikh lain, tidak kena pula.

“Jadi. Mahu tidak mahu saya cuba sebaik mungkin dan bersihkan diri saya dan bersedia untuk menjayakan konsert ini,” katanya. 

Apapun, kata Radhi, dia tidak kecewa dengan kegagalan Konsert 30 Tahun Generasiku. 

“Saya anggap ia satu hikmah dan ia mendekatkan lagi saya kepada Allah SWT. Saya lari bawa diri ke Kedah untuk perbaiki diri,” katanya. – Getaran, 22 Mac 2023 

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

‘Kekuatan Band Itu Bukan Pada Drummer’ - Qi Razali Tinggalkan OAG Sekali Lagi

2

TARA 3 tahun yang lalu

Qi Razali Kembali Bersama OAG Selepas 23 Tahun Demi Konsert Ulang Tahun Yang Ke-30

3

Selebriti 4 tahun yang lalu

Radhi OAG Mengaku Tidak Bersalah Cederakan Bekas Isteri

4

Indie 4 tahun yang lalu

‘Pekik’, Lagu Tema Rockumentari Alaf Baharu

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 6 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN