web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Kekuatan Band Itu Bukan Pada Drummer’ - Qi Razali Tinggalkan OAG Sekali Lagi

Qi membuat pengumuman itu menerusi sebuah ciapan yang dimuatnaik selepas beberapa hari kejayaan Konsert 30 Tahun Generasiku OAG.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2023 4:00PM

Qi Razali (memegang bendera OAG), sekali lagi undur diri dari kumpulan itu. - Gambar OAG

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas tiga dekad bersama, pemain drum, Qi Razali akhirnya mengumumkan mengundur diri daripada kumpulan rock OAG.

Qi atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali membuat pengumuman itu menerusi sebuah ciapan yang dimuatnaik selepas beberapa hari kejayaan 'Konsert 30 Tahun Generasiku OAG'.

“Saya telah membuat keputusan, itu ialah persembahan terakhir saya bersama-sama OAG,” tulisnya. 

Bukan itu sahaja, Qi turut mengatakan fungsi seorang pemain drum sepertinya tidaklah sepenting mana dan posisi itu boleh digantikan dengan sesiapa. Namun, Qi berharap agar pengundurannya tidak akan mematikan sokongan peminat.

“Pilihan jalan hidup yang mendorong aku buat keputusan ini. Band itu tetap akan terus wujud, jangan risau. Kekuatan band itu bukan pada drummer. Jadi boleh saja diganti. Pilihan aku adalah untuk kebaikan aku. Kalau korang sokong kerjaya aku, sokonglah langkah aku kali ini,” tulisnya lagi. 

Berita pengunduran itu bagaimanapun telah menerima reaksi yang pelbagai daripada peminat. Ramai yang menyokong dan mendoakan yang terbaik buat Qi. Apalagi sebelum ini Qi terkenal mengendalikan rancangan kembara bertajuk Destinasi Bajet. 

“Destinasi Bajet buat comeback please,” tulis Mawi daripada Kumpulan Masdo.

“Menanti Qi Razali untuk Destinasi Bajet. Tak pernah tinggal siaran itu dulu. Apapun, jalan terus,” tulis komen yang lain.

“Qi, buatlah jalan-jalan cari makan dekat YouTube. Mesti ramai tengok,” cadang seorang pengguna Twitter.

Terdahulu, Qi pernah mengambil keputusan yang sama pada tahun 1999 dan tidak menyertai mana-mana kumpulan muzik selepas itu. 

Kerinduannya terhadap muzik telah membuatkan Qi membuka hati bergabung semula dengan OAG bagi menjayakan konsert meraikan ulang tahun kumpulan itu yang ke-30 di Stadium Malawati, Shah Alam bulan lalu. - Getaran, 4 Januari 2023 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Saya Dan Qi Tidak Bergaduh – Radhi Jelaskan Pengunduran Qi Daripada OAG 

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Bawakan Lagu-Lagu Ikonik Mereka Dalam Konsert 30 Tahun, Peminat Berjaya Lepas Geram Dengan OAG! 

3

TARA 3 tahun yang lalu

Qi Razali Kembali Bersama OAG Selepas 23 Tahun Demi Konsert Ulang Tahun Yang Ke-30

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Radhi OAG Akui Kes Dituduh Pukul Bekas Isteri Beri Kesan Terhadap Kerjaya, Ada Yang Pandang Serong

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 7 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN