web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Radhi OAG Akui Kes Dituduh Pukul Bekas Isteri Beri Kesan Terhadap Kerjaya, Ada Yang Pandang Serong

Kata Radhi, tuduhan memukul itu merupakan satu tuduhan yang sangat berat dan perkara itu telah memberikan kesan dan hidup serta kerjanya sebagai seorang selebriti.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2022 12:00PM

Radhi OAG - Gambar ihsan BSX Box

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Vokalis kumpulan OAG iaitu Radhi mengakui kes dituduh pukul bekas isteri yang pernah menjadi tajuk berita beberapa bulan lalu memberi kesan buruk terhadap kariernya sebagai seorang selebriti. 

Malah kes ini turut memberi kesan ke atas penerbitan album barunya yang sedang dalam pembikinan ketika kes itu berlaku.

“Pukul bekas isteri itu adalah satu tuduhan yang sangat besar dan berat. Terus terang cakap memang saya ‘gila’ sekejap disebabkan hal ini. 

“Tetapi nak buat macam mana, saya terpaksa lawan balik secara profesional dengan mengupah peguam. Saya akan pastikan saya lawan sampai menang. 

“Kalau benar saya pukul pasti saya akan mengaku, senang cerita. Masalahnya saya tak pukul. Ada perkara yang saya tak boleh nak cerita kepada umum. Saya akan serahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk selesaikan. 

“Tetapi saya masih berharap dan mohon Allah lembutkan hati dia (bekas isteri) untuk tarik balik kes ini kerana jika kes ini masuk mahkamah nanti, banyak aib yang akan terbuka. Jika boleh diselesaikan di luar mahkamah, lebih baik,” katanya ketika ditemui di sidang media Konsert 30 Tahun OAG Generasiku.

Katanya lagi, disebabkan kes ini, ramai yang telah memandang serong terhadapnya termasuk peminatnya sendiri. 

“Ada peminat yang masih ragu-ragu dengan saya. Tetapi bila saya terangkan kepada mereka, baru mereka mula percaya. 

“Tetapi kepada siapa yang tak percaya tu, saya tak salahkan mereka. Kes pun belum selesai lagi. Saya pun tak boleh nak kata yang saya betul atau salah. Tetapi, saya nak pastikan yang saya nak bersihkan nama saya. 

“Jika saya bersalah pasti saya akan mengaku kerana saya jenis yang ‘open’. Saya tak pernah nak ‘cover-cover’ termasuk dengan media,” katanya.

Ditanya adakah dia merupakan seorang yang panas baran dan mudah mengangkat tangan kepada wanita, kata Radhi dia juga manusia biasa yang punya sifat marah, tetapi tidak akan sesekali memukul orang lain jika bukan untuk pertahankan diri.

“Saya belajar seni mempertahankan diri. Orang yang belajar seni pertahankan diri ini dia tidak akan suka-suka nak pukul orang melainkan dia nak pertahankan diri. 

“Mungkin saya ada sikap panas baran, paling-paling kalau saya marah pun saya akan tumbuk dinding. Sebagai seorang manusia dan lelaki saya juga ada sifat marah. Tetapi kalau sampai nak pukul depan orang ramai, depan anak-anak, saya masih waras lagi.

“Walaupun orang kata saya ‘stone’ ke apa saya tak kira, tetapi saya tak akan buat perkara seperti itu (pukul bekas isteri),” luahnya. 

Kongsi Radhi lagi, biarpun hubunganya dengan bekas isteri tidak baik, namun dia masih baik dengan bekas ibu mertuanya.

“Saya berhubung dengan mak dia sahaja. Saya dengan mak dia masih tak putus hubungan. Pada mak dia, saya banyak luahkan perasaan,” katanya yang akan ke mahkamah pada Februari tahun hadapan.  

Bercerita mengenai konsert sulung OAG selepas 30 tahun penubuhannya, kata Radhi dia bersyukur dan gembira kerana akhirnya impian untuk membuat persembahan di konsert sendiri terlaksana.

Konsert ini bakal menggabungkan semula semua anggota asal dan baharu OAG termasuklah Qi Razali dan Naza The Times
Konsert ini bakal menggabungkan semula semua anggota asal dan baharu OAG termasuklah Qi Razali dan Naza The Times

Lebih menarik konsert ini bakal menggabungkan semula semua anggota asal dan baharu OAG termasuklah Qi Razali yang kali terakhir bersama OAG pada tahun 1999.

Ditanya tentang persediaan menghadapi konsert yang bakal berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam pada 25 Disember ini, kata Radhi sebulan sebelum konsert merupakan perjuangan baginya untuk ‘membunuh’ syaitan yang ada dalam diri.

“Kesihatan yang paling saya utamakan sekali. Saya akan lakukan pembedahan katarak mata sebelum konsert. Usia saya pun dah 45 tahun, jadi tak adalah nak melompat-lompat sangat. Saya rasa kali ini saya mahu tumpukan pada vokal saya,” kongsinya.

Tidak menafikan mungkin ada yang akan ragu-ragu dengan dirinya untuk mengadakan konsert tatkala kes yang membabitkan dirinya masih berjalan, malah ada juga pandangan serong tentang dirinya yang dikatakan sering lalok, kata Radhi dia akan cuba sehabis baik untuk melenyap semua anasir-anasir jahat itu.

“Sebab itu saya katakan dalam tempoh sebulan ini merupakan the most crucial time for me untuk lawan dengan kejahatan ini. Saya sering memohon kepada Allah untuk berikan kekuatan dan sering berselawat. 

“Untuk konsert 30 tahun ini saya akan pastikan saya ‘clean’ dan  ‘sobe’r kerana saya percaya jika saya berada dalam keadaan yang baik, aura itu akan lebih terpancar dan peminat juga akan terhibur dengan persembahan kami,” ujarnya. 

Bagi yang ingin mendapatkan tiket untuk ke konsert ini boleh layari laman sesawang oagforever.com. – Getaran, 15 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 8 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN