web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bawakan Lagu-Lagu Ikonik Mereka Dalam Konsert 30 Tahun, Peminat Berjaya Lepas Geram Dengan OAG! 

Konsert ini masih mengekalkan elemen raw Indie mereka tetapi pada waktu yang sama, OAG tidak berkompromi dengan kualiti persembahan muzik mereka. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2022 7:37PM

OAG dahulunya bermaksud Old Automatic Garbage kemudian bertukar menjadi ‘Orang Asia Genius’ dan kini ‘Only Allah Greatest’. - Gambar OAG 

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sedar tak sedar sudah 30 tahun, OAG yang dahulunya bermaksud Old Automatic Garbage dan kemudian bertukar menjadi ‘Orang Asia Genius’ atau kini ‘Only Allah Greatest’ berada di dalam industri muzik tanah air. 

Bagi budak-budak yang membesar pada era 80-an di sekitar Taman Tun Dr Ismail, Damansara Jaya dan Damansara Utama, OAG sememangnya cukup signifikan dengan mereka kerana band muzik Indie ini memang banyak sekali membuat persembahan gigs di sekitar kawasan itu sebelum mereka merakamkan album pertama, Old Automatic Garbage pada 1994 dan meledak dengan lagu 60’s TV yang cukup ikonik. 

Konsert ini dimulakan sedikit lewat kerana masalah teknikal. - Gambar OAG
Konsert ini dimulakan sedikit lewat kerana masalah teknikal. - Gambar OAG

Namun, mereka lebih banyak terdedah dengan lagu-lagu Inggeris OAG, manakala budak-budak yang membesar pada era 90-an yang mengenali OAG kemudiannya lebih mengenali band muzik Indie ini dengan lagu-lagu bahasa Melayu mereka. 

Itulah uniknya OAG! Maka, tidak hairanlah mengapa Konsert OAG 30 Tahun mereka yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam baru-baru ini, mempunyai dua kelompok generasi peminat. 

Konsert ini dimulakan sedikit lewat kerana masalah teknikal, namun penonton tetap sabar menunggu dan apabila konsert ini dimulakan setelah hampir sejam, mereka mula bersorak. 

Qi Razali - Gambar OAG
Qi Razali - Gambar OAG

OAG yang kekal dengan dua anggota asal iaitu Radhi (vokalis) dan Qi Razali yang kembali semula setelah bertahun-tahun membuka tirai persembahan konsert ini bersama beberapa barisan pemuzik baharu dengan lagu Inggeris, Beautifool, medley Horrible Adorable dan Spastic Youth, sebelum menyampaikan salah satu lagu ikonik mereka, Knocked Silly dalam album Melody Mocker (1994).

Radhi yang menjadi penggerak utama kumpulan ini turut mengajak penonton untuk mengingati Tuhan Yang Maha Esa sewaktu berkomunikasi dengan penonton. 

“OAG – Only Allah Greatest,” katanya yang turut berselawat serta mengucapkan kalimah Alhamdulillah. 

Andy Flop Poppy - Gambar OAG
Andy Flop Poppy - Gambar OAG

Band muzik ini turut mengundang Andy Flop Poppy dan Bakri (Gerhana Ska Cinta) untuk bersama-sama mereka sewaktu mempersembahkan lagu Figura Malaya dan Danish. 

Kemudian bergabung dengan Naza dan Alim iaitu dua pemuzik yang pernah bersama OAG dalam album Opera Radhi-o Friendly dan Satelit Ink. untuk membawakan lagu, Konspirasi Bising. 

Konsert ini masih mengekalkan elemen raw Indie mereka tetapi pada waktu yang sama, OAG tidak berkompromi dengan kualiti persembahan muzik mereka. 

Dalam lagu Venusia, Dayang dan SenTuhan serta medley Wired dan For Whatever mereka cuba memberikan sesuatu yang baharu apabila menambahkan strings section yang digabungkan dengan penggunaan gitar akustik. 

Bunyian muzik yang terhasil sememangnya memberikan kepuasan dan Venusia antara lagu yang cukup hebat dari sudut persembahan muzikal mereka. 

Pada saat mood penonton dalam segmen itu masih kekal dengan momentumnya, OAG mempersembahkan sebuah lagi lagu Melayu hit mereka iaitu Akustatik. Seluruh stadium stadium bergema kerana penonton ikut menyanyi bersama. Ia sebuah momen yang cukup magikal. 

Ada beberapa waktu, OAG menghentikan persembahan mereka buat seketika untuk melontarkan beberapa barangan merchandise mereka. Bukan sekali dua, tetapi beberapa kali dan penonton juga seakan seronok untuk berebut mendapatkan barangan merchandise tersebut. 

OAG kembali dengan beberapa lagu lagi iaitu NoWhy2, Name of the Game, Infiniti dan Ori. Name of the Game adalah lagu tema yang mereka bawakan sempenan Kejohanan Remaja Sedunia FIFA/Coca Cola Ke-9 yang diadakan di Malaysia pada pertengahan tahun 1997. 

Edy daripada kumpulan Gerhana Ska Cinta turut menjadi antara artis undangan yang menjayakan Konsert OAG 30 Tahun ini. Bersama Edy, Radhi dan barisan pemuzik OAG mempersembahkan lagu Senyuman Ragamu. 

Horns section yang menambahkan lagi groove muzik. - Gambar OAG
Horns section yang menambahkan lagi groove muzik. - Gambar OAG

Kali ini, horns section pula muncul untuk menambahkan lagi groove muzik pada lagu itu dan ia sudah tentu membuatkan penonton tidak senang duduk dan mahu menari serta menyanyi bersama. 

Penonton semakin menggila selepas OAG membawakan lagu Permysuri dan Don’t Look Back In Anger kerana OAG menutup konsert persembahan mereka dengan dua lagi lagu yang paling ikonik iaitu Generasiku yang menjadi lagu tema filem Gol & Gincu serta 60’s TV. 

Seperti mana OAG yang cuba melepas geram untuk beraksi pada malam itu, begitu juga dengan peminat-peminat OAG yang sekian lama merindui untuk melihat mereka beraksi dan membawakan lagu-lagu mereka yang masih kekal relevan hingga kini. – Getaran, 30 Disember 2022 

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

2

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

3

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

4

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

5

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN