web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Qi Razali Kembali Bersama OAG Selepas 23 Tahun Demi Konsert Ulang Tahun Yang Ke-30

Kerinduannya terhadap muzik serta ikatan persahabatan yang telah sekian lama terjalin membuatkan Qi terbuka hati untuk kembali bersama kumpulan OAG.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2022 3:11PM

Konsert OAG 30 Tahun Generasiku diadakan hari ini! Jangan ketinggalan - Gambar BSX Box

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bekas pemain drum kumpulan OAG iaitu Qi Razali telah membuka pintu hatinya untuk kembali bersama kumpulan itu untuk menjayakan konsert sulung mereka sepanjang 30 tahun penubuhan.

Menurut Qi atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali, 45, dia telah meninggalkan OAG sejak tahun 1999 dan selepas itu dia tidak pernah menyertai mana-mana kumpulan muzik. 

"Sebenarnya hubungan kami ibarat adik beradik. Biasalah kalau ada gaduh-gaduh disebabkan tidak sependapat. Adalah merajuk sikit. Tapi ibarat adik beradik punya merajuk.

Bila difikirkan balik, kawan-kawan kami semua orang yang sama. Pusing-pusing jumpa juga. Jadi perkara gaduh baik gaduh baik ini macam sudah perkara biasa," katanya.

Ditanya sama ada susah atau tidak untuk OAG memujuknya untuk kembali bersama setelah lebih dua dekad, kata Qi kerinduan terhadap muzik membuatkan dia bersetuju. 

Qi Razali di sidang media konsert 30 Tahun OAG baru-baru ini
Qi Razali di sidang media konsert 30 Tahun OAG baru-baru ini

"Saya pernah bersembang dengan teman-teman dan beritahu mereka bahawa saya rindu untuk main muzik. Saya rasa fasa sekarang ini masing-masing sudah matang. Bukan lagi fasa budak-budak nak main-main. 

“Memang kita buat muzik untuk 'fun' tetapi bukan semuanya. Ada lagi matlamat yang kita nak capai. Jadi, kami semua setuju untuk bergabung semula dan pandang  ke fasa seterusnya dalam band kami," kongsinya.

Selepas pengundurannya dari kumpulan OAG, nama OAG tiba-tiba meledak dengan lagu-lagu popular seperti 'Slumber', 'Merpati Putih', 'Permysuri', 'Generasiku' dan sebagainya.

Ditanya pernahkah terdetik perasaan menyesal membuat keputusan meninggalkan OAG, kata Qi, perasaan itu pernah singgah di hatinya. 

"Adalah juga rasa menyesal tu. Tetapi bila difikirkan balik, jika saya tak keluar dari OAG mungkin saya tak akan sambung belajar di kolej dan tamatkan pelajaran saya. 

Qi bersama rakan-rakan sekumpulan
Qi bersama rakan-rakan sekumpulan

Disebabkan telah lama meninggalkan OAG, mungkin masih ramai yang tidak tahu bahawa Qi sebenarnya  merupakan salah seorang anggota asal OAG. Perkara ini turut diakui oleh Qi.

"Memang ramai sebenarnya  tak tahu yang saya pernah menyertai OAG. Kalau baca komen netizen di Instagram dan Tik Tok, mereka cakap tak sangka saya dulu merupakan pemain drum untuk kumpulan OAG. Mereka cuma ingat saya ni pelakon dan pengacara untuk Jalan Jalan Cari Makan dan Art Attack. 

"Malah, ramai yang anggap saya merupakan seorang yang serius. Orang yang baru kenal saya semua ingat saya seorang yang serius dan garang. Mungkin sebab janggut saya mereka ingat saya seorang yang serius. Tapi kalau mengenali saya, saya merupakan seorang yang 'playful' juga sebenarnya," katanya.

Bercerita mengenai Konsert 30 Tahun OAG Generasiku, kata Qi dia akui di usia 45 tahun, staminanya mungkin sudah tidak sama lagi seperti dulu.

"Untuk dapatkan stamina seperti zaman muda dulu bukan mudah. Tetapi saya kena sedar dan 'push' diri saya untuk jadi fit

“Kami telah lakukan sesi latihan sejak beberapa minggu lalu di mana kami berlatih selama tiga kali seminggu, dan setiap sesi selama tiga jam. 

“Saya juga ada ajak Radhi untuk pergi jogging dan dia ajak saya berenang. Jadi inilah rutin kami sebelum menjelang konsert," kongsinya. 

Ditanya tentang perasaan dan pengalaman kali pertama bermain semula bersama OAG selepas 23 tahun, kata Qi pada mulanya agak sukar untuk dia mencari rentak.

"Saya takut sebenarnya. Sebab mereka dah biasa main, malah baru lepas buat persembahan. Maknanya mereka semua telah bersedia untuk buat persembahan di atas pentas.  

“Masa mula-mula main tu memang 'karat' lah kan. Mereka semua dah lama main, saya yang paling lama tinggalkan. Jadi saya agak terkejar-kejar. 

“Kadang-kadang saya ambil masa untuk berlatih seorang diri selama satu atau dua jam dalam studio.  Saya perlu ambil inisiatif kerana tidak adil untuk ahli-ahli lain yang lebih kedepan dari saya," ujarnya. 

Selain konsert, OAG juga bakal muncul dengan 'single' terbaru mereka tidak lama lagi. Menariknya, suara peminat akan dirakam sewaktu konsert nanti untuk dimasukkan dalam 'single' terbaru ini. 

Konsert OAG 30 Tahun Generasiku yang dianjurkan oleh BSX Box dengan kerjasama Kongres Muzika Malaysia bakal berlangsung pada 25 Disember 2022 bertempat di Stadium Malawati Shah Alam. 

Apa yang lebih menarik, konsert ini bukan sekadar konsert biasa, malah merupakan sebuah festival seni yang akan berlangsung dari jam 9 pagi sehingga tengah malam. Turut disediakan pusat penjagaan kanak-kanak buat ibu bapa yang mahu berhibur. - Getaran, 25 Disember 2022

Isu Pada

Tabitha Lam Impian, Keyakinan Diri, Kuasa Dolla!

24 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh