web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Radhi OAG Mengaku Tidak Bersalah Cederakan Bekas Isteri

Tertuduh didakwa mendatangkan kecederaan terhadap Nur Shahira Ayu Zahiri, 28, di tempat parkir sebuah kondominium di Kota Damansara, 19 April lalu.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2022 12:42PM

Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Vokalis kumpulan OAG, Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan bekas isterinya, Selasa lepas.

Radhi, 45, yang hadir di mahkamah dengan memakai baju kurta berwarna biru gelap, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol.

Tertuduh didakwa mendatangkan kecederaan terhadap Nur Shahira Ayu Zahiri, 28, di tempat parkir sebuah kondominium di Kota Damansara, di sini, pada 2.29 petang, 19 April lepas.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda yang boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Wafi Husain mencadangkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan.

Peguam Haziq Aizuddin Subhi, yang mewakili Radhi memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap.

“Nilai RM7,000 terlalu tinggi untuk bayaran ikat jamin memandangkan anak guam saya menjaga anak-anaknya yang masih kecil. Mohon satu jaminan yang rendah dapat diberikan kepadanya,” kata peguam itu.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Mahkamah turut menetapkan 13 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Semalam, media melaporkan penyanyi sebuah kumpulan terkenal tanah air direman selama dua hari selepas ditahan di kediamannya di Kota Damansara bagi membantu siasatan kerana disyaki memukul bekas isterinya hanya kerana enggan bergambar di kawasan parkir di sebuah kediaman di Kota Damansara.

Pada Julai 2019, Radhi dan Nur Shahira Ayu yang dikurniakan sepasang cahaya mata berusia tujuh dan enam tahun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di sini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

3

Semasa 6 hari yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Semasa 6 hari yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN