web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Pekik’, Lagu Tema Rockumentari Alaf Baharu

Lagu persembahan Radhi OAG, Tam Blinde Tribe dan Budak Scene All-Stars menjadi halwa telinga rockumentari, 'Pekik'.

Indie Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2022 2:43PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sedar atau tidak, sudah genap dua tahun dunia kita tenat dihambat pandemik COVID-19. Pelbagai cabaran dan dugaan yang telah kita tempuhi sepanjang tempoh ini termasuk pembatalan aktiviti kesenian.

Namun, keadaan ini tidak menumpulkan idea dan visi komuniti kreatif tempatan dalam usaha untuk menghidupkan semula scene muzik bebas tempatan. 

Fareeq Alias dan rakan-rakan seangkatan berkongsi harapan ini kerana berasa terpanggil untuk menghasilkan sebuah filem dokumentari rock (rockumentari) bertajuk ‘Pekik’ sebagai tanda penghargaan pada sejarah scene underground Malaysia. 

“Muzik menjadi nadi jiwa pencinta muzik dan budaya. Sebagai sekumpulan rakan yang pernah aktif dalam scene indie, kami ingin meraikan suasana dan kemeriahan dunia muzik dari 30 tahun lalu.

“Kami ingin berkongsi dan memaparkan visual yang cukup bermakna ini dengan komuniti seni tempatan termasuk generasi muda agar ia tidak dilupakan dan terlepas pandang,” katanya.

Kini, rockumentari arahan Fareeq akhirnya mempertaruhkan single pertama album runut bunyi rasminya berjudul ‘Pekik’ yang menampilkan ikon-ikon rock tanah air yang berkarisma. 

Sudah tentu, nama-nama seperti Radhi OAG, Tam (Blind Tribe) dan Budak Scene All Stars (Izzat Uzaini- Hujan, Kudux- Pesawat, Ihzwan Omar- Monoloque, Alel Hashim- Upon Arrival) tidak perlu diperkenalkan lagi kerana masing-masing sudah menempa nama dalam industri ini.

Menurut Radhi, ‘Pekik’ merupakan single pertamanya pasca pandemik ini. Namun, banyak lagi hasil rakaman yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.

Jika anda mendengar ‘Pekik’, ia seumpama membawa kita kembali pada era muzik awal tahun 2000-an dan bakal memberi perasaan nostalgia kepada sesiapa yang mendengar.

Apa yang menariknya juga, bunyi gitar bass dan gitar elektrik yang ada dalam single ini betul-betul merakam nuansa muzik pada zaman itu dan sesuai dijadikan pembuka rockumentari ini. 

“Menyelam fantasi, ubah realiti milik kita. Lepaskanlah semuanya. Apikan bara, pecahkan norma. Kebebasan ekspresi demi rasa pekikkan, pekikkanlah!”

Itulah antara cebisan seni kata lagu tema rasmi ‘Pekik’, yang sudah tentunya memukau para pendengar untuk memainkan lagu ini berulang kali.

“Diharapkan rockumentari ini akan diterima ramai. Selain itu, saya harap agar single ini memberi impak besar kepada para penonton apabila menyaksikan video muzik lagu tema ini sebagai pembuka rockumentari nanti,” tambah Fareeq.

Terdapat juga nama-nama besar scene independent yang turut mempersembahkan karya-karya mereka dalam album ini. Lagu-lagu yang disenaraikan merangkumi semua genre yang melambangkan kepelbagaian scene muzik kita. 

Dari indie hingga ke metal, grunge, reggae, hardcore, rapcore dan punk, semangat berkugiran dihidupkan semula melalui album runut bunyi yang dinamik ini.

Walaupun datang dari kumpulan dan genre yang berbeza, namun kesemua pemuzik ini bersatu hati untuk menghasilkan sesuatu yang boleh dibanggakan. 

Rokumentari berjudul ‘Pekik’ ini dijangka akan menemui penonton pada pertengahan 2022. Jika anda berminat untuk membeli cakera padat (CD) album ‘Pekik’, anda boleh membuat pesanan di laman web rasmi mereka. - Getaran, 7 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN