Berita Terkini

25 minit yang lalu: PM Anwar yakin prospek pertumbuhan jangka sederhana hingga jangka panjang Malaysia akan kekal baik 25 minit yang lalu: Malaysia akan terus bekerjasama dengan China untuk meningkatkan kerjasama sedia ada dalam BRI, memperluas bidang pertumbuhan baharu - PM Anwar 46 minit yang lalu: MOF timbang peruntukan segera RM45.5 juta naik taraf CIQ KSAB atasi kesesakan 47 minit yang lalu: Gangguan Seksual: Sharon sedia beri sokongan emosi, kaunseling 47 minit yang lalu: Projek pembetungan Kuantan dijadual siap September

IKUTI KAMI


Orang Cakap Peminat Saya Semua Budak-budak, Tapi Kena Ingat… - Nadhir Nasar

“Namun begitu, kita juga memerlukan karya dengan kualiti, pelakon dan sinematografi yang lebih baik. Kita tidak mahu industri ini mati atau ia sekadar penyerahan kepada generasi mak cik dan pak cik.

Selebriti Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2023 5:06PM

Nadhir Nasar - Gambar dari Instagram Nadhir Nasar

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sambutan hangat drama bersiri ‘Projek High Council’ sejak ditayangkan sekali gus telah memberikan tempias populariti kepada pelakonnya.

Nadhir Nasar yang juga salah seorang pelakon taruhan untuk drama ini tidak terfikir naskhah yang mengangkat kehidupan di asrama lelaki ini boleh menyentuh hati ramai penonton. 

“Kita tak tahu drama ini akan meletup sedemikian rupa. Ya, memang kami ada meneka ia mungkin akan berhasil. Namun apa yang lebih penting ialah kami semua sangat bersungguh-sungguh menjayakan drama ini. 

“Menjalani penggambaran lebih sebulan untuk banyak babak pergaduhan sangat memenatkan. 

“Namun inilah yang kami lakukan untuk memberikan perubahan kepada industri. Semangat itulah yang agaknya boleh menggerakkan hati mereka untuk hadir ke KLCC untuk sesi bertemu peminat baru-baru ini.

“Ada yang kata, alah, peminat saya semua budak-budak. Tapi kena ingat, jika mereka berusia 16 tahun hari ini, 10 tahun akan datang mereka semua sudah 26 tahun. Ketika itu mereka tidak budak lagi dan di situlah perubahan akan berlaku,” katanya ketika ditemui Getaran di sidang media Majis Tayangan Perdana Program Ramadan Astro 2023.

Kejayaan ‘Projek High Council’ juga telah membuktikan, penerbit tidak memerlukan para pelakon dengan jumlah pengikut laman Instagram yang banyak untuk menjayakan sesuatu projek.

Namun begitu, juara Hero Remaja 2020 itu tidak menolak ada beberapa syarat dikenakan penerbit membabitkan jumlah pengikut di laman sosial adalah relevan mengikut kepada naskhah yang ingin dihasilkan.

“Ia terpulang juga kepada penerbit. Ada yang nak buat cerita yang santai untuk orang pulang kerja serta tidak mahu memikirkan hal berat. Sekadar gelak ketawa. Kita perlukan karya yang seperti itu yang memerlukan keseimbangan dalam seni televisyen. 

“Namun begitu, kita juga memerlukan karya dengan kualiti, pelakon dan sinematografi yang lebih baik. Kita tidak mahu industri ini mati atau ia sekadar penyerahan kepada generasi mak cik dan pak cik. 

“Jika kita melihat karya-karya yang ada di Netflix, mereka memilih menonton di platform over-the-top kerana kualiti yang ditawarkan. Saya percaya kita sudah ke arah sana sekarang. Untuk menjadi sebahagian daripada perubahan itu  juga ia adalah sebuah proses yang menarik,” tambahnya lagi.

Terkini, Nadhir dilantik sebagai duta untuk kempen 'Bukalah Hati' di Astro. Astro bakal menampilkan banyak program kerohanian sepanjang bulan Ramadan seperti 'Geng Ngaji Musim 4', 'Rockstar Ke Masjid Musim 2', 'Tahu Ke Tidok: Celik Agama', 'Salam Famili' dan banyak lagi. - Getaran, 13 Mac 2023 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Balas Dendam Kepada Mangsa Buli? Pilihlah Sebarkan Kebaikan - Mierul Aiman

2

Filem & TV 3 minggu yang lalu

Projek High Council Dah Buktikan Jumlah Pengikut Media Sosial Tak Penting! - Bront Palarae

3

Filem & TV 1 bulan yang lalu

‘High Council’: Macam Mana Boleh Bocor Dua Episod? Mungkin Strategi Pemasaran

Sorotan

1

Tetapkan Garis Masa, Sasaran Selesai Isu Doktor Kontrak Dalam 3 Tahun

2

Pharmaniaga Jamin Bekalan Ubat Tidak Terjejas - Menteri

3

Saya Hormat Kebebasan Media, Tapi Akan Tegur Jika Laporan Menimbulkan Fitnah - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Saya Sudah Memaafkan Pihak Di Sana (Sophia ALBarakbah), Tapi Untuk Melupakan Memang Tidak Mudah – Bella Astilah

oleh Ellyna Ali

Filem & TV 1 hari yang lalu

Badan Susut, Wan Raja Hilang 10 Kilogram Gara-Gara…

Terkini, Wan Raja sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah filem bertajuk 'Gold' terbitan Astro Show denagn membawakan watak sebagai Datuk Misbun Sidek.

oleh Wafa Aula

Muzik 1 hari yang lalu

Bawakan Konsep Cinta, Giliran Andmesh Adakan Konsert Di Kuala Lumpur Jun Ini!

Pemilik nama sebenar Jeandmesh Antonio Kamaleng itu akan membawakan 15 lagu untuk konsertnya yang bakal berlangsung di Plenary Hall, KLCC pada 4 Jun nanti.

oleh Wafa Aula

Muzik 18 jam yang lalu

Saujana Akui  Dek Kerana Penangan Siti Nordiana, Lagu Keluarga Bahagia Trending Di Tangga Ke-12 Di YouTube 

oleh Ellyna Ali