Berita Terkini

11 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Fokus Pengedaran Filem Antarabangsa, Saradha Sivalingam Kalai Kuasai Platform Digital Global

Saradha yang berpengalaman selama dua dekad terbabit dalam industri perfileman tempatan dan antarabangsa mengakui cabaran membawa filem antarabangsa untuk tayangan bukan suatu bisnes yang mudah.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2023 7:00PM

Saradha menerima pengiktirafan YouTube Silver Button Creator Award dengan kejayaan melebihi 250,000 pengikut dengan 35 juta tontonan - Gambar ihsan Saradha Sivalingam Kalai

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pencapaian 200 filem yang diedarkan ke pawagam seluruh dunia bagi tempoh 12 tahun termasuk 40 filem pada tahun 2021 merupakan kejayaan manis yang diraih syarikat produksi KS Movie Sdn Bhd. 

Pengarah KS Movie Sdn Bhd, Saradha Sivalingam berkata, pengedaran filem ketika pandemik COVID-19 memberikan cabaran cukup besar padanya dalam meneruskan bisnes dalam industri perfileman global. 

"Semasa pandemik menyaksikan bisnes sinema turut terkesan dengan teruk tetapi kami dapat mengatasinya. 

Dalam usaha menanggung kos produksi, kami bekerja keras mengedar pelbagai genre filem ke seluruh dunia menerusi platform berbeza yang mencabar kesabaran dan faktor masa," katanya. 

Saradha yang juga pengarah filem mengakui ada filem yang dikategori sebagai filem yang pernah mendapat kutipan pecah panggung (box office) tetapi tidak mendapat sambutan positif penonton kerana sebab lain yang tidak dijangka. 

Saradha bersama pelakon India ketika tayangan khas filem ‘Veetla Vishesham’ di Malaysia pada tahun 2022
Saradha bersama pelakon India ketika tayangan khas filem ‘Veetla Vishesham’ di Malaysia pada tahun 2022

"Pertama sekali, kami perlu memilih skrip yang menarik. Bagi setiap filem yang dibeli akan diedarkan ke beberapa negara bergantung kepada keperluan kandungan filem tersebut tetapi untuk mendapatkan pulangan pelaburan (ROI) dan keuntungan, ia memberikan cabaran yang besar. 

"Sebagai contoh, filem yang diedarkan di negara ini membabitkan banyak prosedur termasuk penapisan filem dan kami perlu mendapat sijil mandatori iaitu A dan B untuk setiap lokasi sinema yang menayangkan filem berkenaan dan juga pembelanjaan lain yang diperlukan," katanya. 

Saradha yang berpengalaman selama dua dekad terbabit dalam industri perfileman tempatan dan antarabangsa mengakui cabaran membawa filem antarabangsa untuk tayangan bukan suatu bisnes yang mudah.

“Produser dan pengedar antarabangsa lain biasanya akan menghubungi kami berdasarkan perhubungan bisnes kami yang lalu dan juga menerusi festival filem yang pernah kami kunjungi. 

“Pemamer dan sub pengedar juga akan menawarkan lesen sesebuah filem itu kepada kami sebelum berbincang untuk mendapatkan harga yang terbaik," katanya. 

Saradha sebagai Setiausaha Agung Persatuan Pengedar Filem India Malaysia
Saradha sebagai Setiausaha Agung Persatuan Pengedar Filem India Malaysia

Dari aspek pandangan seorang pengarah filem, Saradha sentiasa mahukan penonton mempunyai rasa dan minat terhadap filem yang dibawanya. 

"Saya memilih cerita yang mempunyai kaitan dengan kehidupan seharian kita. Kadangkala ia memberikan tekanan apabila penonton tidak kenal bakat pelakon itu. 

"Sebelum terjun dalam bidang pengedaran filem, saya terlebih dahulu menimba pengalaman sebagai pelakon sehingga karier seni saya berterusan ke tahap sekarang. 

“Saya pernah melakonkan pelbagai watak dan karakter tetapi kesungguhan lakonan itu menunjukkan siapa diri anda sebenar. 

“"Saya berpengalaman membintangi lebih 20 drama Tamil dan Melayu antaranya Bila Musang Berjanggut bersama produksi aktres hebat, Sheila Rusly; drama bersiri dengan Datuk Rosyam Nor berjudul 'Nigina' serta heroin kepada Erry Putra menerusi telefilem 'Setulus Kasihmu'," katanya. 

Saradha bersama Ery Putra
Saradha bersama Ery Putra

Tambahnya, selepas mempunyai cahaya mata, Saradha lebih fokus pada kerja bidang produksi dan pengedaran filem. 

Saradha merupakan pengedar filem Malaysia pertama yang mempunyai lesen untuk mengedarkan filem menerusi platform over-the-top (OTT) Amazon Prime Video (Prime Video) ke seluruh dunia termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat dan Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura dan Brunei. 

Akuinya, cabaran penggiat seni pada zaman kini lebih besar selepas bisnes kebanyakan sinema lebih terarah kepada media digital. 

"Sudah tentu kita semua perlu menyesuaikan diri dengan perubahan baru dalam industri filem semasa. Saya juga terus belajar dan mencuba perkara baru setiap hari. 

"YouTube dan pelbagai platform media sosial lain memberikan anda peluang untuk mencuba filem anda sendiri. Sudah tentu, ia memerlukan masa dan kesabaran, tiada hasil atau kejayaan datang dengan mudah," katanya. 

Saradha yang juga ahli Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) berkongsi tip sebagai penyedia kandungan digital yang berjaya iaitu perkara pertama yang perlu difikirkan ialah membuat pilihan jenis kandungan yang ingin ditawarkan dan memikirkan cara untuk menghubungkan kandungan tersebut dengan khalayak

"Jumlah penonton yang ramai membolehkan penyedia kandungan digital itu mendapat pendapatan menerusi saluran media sosialnya. 

“Memuat naik kandungan yang menarik akan memberi impak pada saluran media sosial itu sendiri. Saya melihat filem tempatan kita sebenarnya berjaya menarik perhatian penonton di seluruh dunia. 

“YouTube merupakan alat pemasaran terbaik untuk sesebuah kandungan dan saya berbangga apabila meraih anugerah YouTube Silver Button Holder dengan pencapaian 250,000 pelanggan," katanya. 

Bagi tahun 2023, Saradha bersama KS Movie Sdn Bhd memiliki banyak judul filem yang akan diedarkan pada tahun ini termasuk beberapa projek filem terbesar yang akan masuk ke pawagam bermula Februari depan. 

"Saya sendiri berpesan pada diri saya sendiri, jangan putus asa dalam mengejar sesuatu impian yang diharapkan. Begitu juga saya berhasrat menerbitkan filem yang akan mengiktiraf saya sebagai pembikin filem berjaya suatu hari nanti, mungkin impian saya itu menerbitkan filem genre seram selain meneruskan karier lakonan saya," katanya. – Getaran, 19 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 jam yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

2

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

3

Sukan 2 hari yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

4

Semasa 5 hari yang lalu

Malaysia Hantar 100 Kontena Bantuan Ke Gaza

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

Disyorkan untuk anda

Selebriti 21 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

oleh Helmi Anuar

Muzik 10 jam yang lalu

All Time Low Kembali Ke Malaysia Selepas 13 Tahun

Konsert pada 28 April hadapan permulaan siri jelajah FOREVER Asia Tour.

oleh Rahayu MN