web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Adik Dikatakan Tumpang Populariti, Ini Jawapan Amelia Henderson

Terdapat juga cakap-cakap warganet yang merasakan tawaran yang diterima Alex hanyalah kerana tempias populariti kakaknya. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2023 2:00PM

Amelia Henderson (kanan) bersama adiknya, Alex - Gambar Fail

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berkongsi darah seni yang sama, tidak hairanlah jika pelakon Amelia Henderson menginginkan adiknya, Alex kembali serius di dunia lakon layar tanah air. 

Alex yang sebelum ini pernah membintangi beberapa drama dan komersial, kini disatukan bersama kakaknya dalam sebuah filem thriller bertajuk Pulau

Pertama kali berlakon untuk sebuah filem bersama-sama kakak sendiri, pemuda berusia 24 tahun ini mengakui teruja dan seronok diberi peluang menjayakan filem yang penggambarannya mengambil masa sebulan di Langkawi.

“Sangat menyeronokkan bekerja dengan Amelia. Sebelum ini memang ada beberapa tawaran lakonan. Namun memandangkan sebelum ini saya bekerja di Korea, maka agak sukar untuk saya terima apa-apa tawaran kerana kekangan masa. 

“Namun sekarang saya sudah tinggal di Malaysia, saya akan mempertimbangkan sebarang tawaran,” katanya ketika ditemui di majlis sidang media filem Pulau.

Mungkin Alex tidaklah muncul di depan layar sekerap Amelia. Namun terdapat juga cakap-cakap warganet yang merasakan tawaran yang diterima Alex hanyalah kerana tempias populariti kakaknya. 

“Mungkin orang melihat saya kerap berada di hadapan kamera. Tapi orang tak tahu apa yang berlaku di belakang tabir. Selama ini Alex tidak pernah pun meminta saya ikut serta atau menemani saya ke mana-mana penggambaran. Sebaliknya sayalah yang merayu agar Alex menemani saya.

“Sejak kecil, keluarga saya memang akan ada bersama-sama saya. Saya rasa tuduhan menumpang populariti itu jangan jauh dengan apa yang berlaku atau mungkin mereka yang berkata demikian tidak tahu bagaimana industri hiburan ini bergerak,” tambah Amelia.

Selain membintangi filem Pulau, Amelia dan Alex sedang rancak menghasilkan sebuah podcast di laman YouTube bernama Studio Sembang. 

Rancangan yang disiarkan menerusi rumah produksi milik mereka berdua itu akan membincangkan sisi lain tetamu di setiap episod. Antara figura yang pernah dijemput di Studio Sembang ialah Syed Saddiq, Meerqeen, Anna Jobling, Ernie Zakri dan ramai lagi.- Getaran, 16 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mangsa Nahas Helikopter Banyak Beri 'Petanda' Ketika Sambut Aidilfitri Di Kampung - Kakak

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang