Berita Terkini

2 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pemergian 10 Selebriti Malaysia Yang Mengejutkan Pada Tahun 2022

Mendengarkan kisah kematian setiap hari dan menghadapi kematian yang tersayang bukanlah satu perkara yang kecil. Hakikatnya perpisahan tidak pernah mudah. 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2022 8:09PM

Jamaludin Alias, Adibah Noor, Mohd Noor Kadir - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mendengarkan kisah kematian setiap hari dan menghadapi kematian yang tersayang bukanlah satu perkara yang kecil. Hakikatnya perpisahan tidak pernah mudah. 

Namun, setiap yang bernyawa pasti akan mati. Tiada yang kekal di dunia. Begitu juga kita. Semuanya bersifat sementara.

Berikut kami senaraikan antara berita duka yang menyelimuti dunia hiburan tanah air sepanjang 2022 ini, yang membawa hiba pada peminatnya.

 

1. Adibah Noor Mohamed Omar 

Adibah Noor - Gambar Fail
Adibah Noor - Gambar Fail

Antara kehilangan yang paling meninggalkan kesan terbesar pada dunia hiburan tanah air adalah penyanyi dan pelakon terkenal, Adibah Noor Mohamed Omar atau lebih dikenali sebagai Adibah Noor, 52.

Allahyarham Adibah meninggal dunia pada 18 Jun 2022, kira-kira jam 7.45 malam di Hospital Gleneagles dipercayai akibat penyakit kanser ovari tahap empat.

Berita duka disahkan rakan artis, Datin Emylia Rosnaida yang juga isteri kepada Datuk AC Mizal menerusi laman Facebook.

 

2. Prof Dr.Azhari Mohd Zain

Prof Dr.Azhari Mohd Zain - Gambar Fail
Prof Dr.Azhari Mohd Zain - Gambar Fail

Pengarah filem, Prof Dr. Azhari Mohd Zain, 50, telah menghembuskan nafas terakhirnya akibat penyakit strok di kediamannya di Puncak Alam, Selangor.

Arwah yang lebih dikenali sebagai Zack di kalangan teman-teman seperjuangan di dalam industri perfileman disahkan menniggal dunia pada 24 November 2022, kira-kira jam 12.45 tengah malam.

Berita duka itu telah disahkan oleh isterinya, Wahizatul Nureen Azmi.

 

3. Mohd Noor Kadir

Mohd Noor Kadir - Gambar Fail
Mohd Noor Kadir - Gambar Fail

Satu lagi berita paling duka bagi hiburan tanah air terima pada tahun ini adalah kehilangan penerbit terkenal yang juga merupakan Pengarah Urusan Kuasatek Pictures Sdn Bhd, Mohd Noor Kadir, 69.

Allahyarham Mohd Kadir telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 1.57 pagi pada 29 Julai 2022 akibat disyaki mengalami kanser prostat tahap empat.

Berita mengenai kematiannya telah disahkan sahabat baik arwah sendiri iaitu Datuk Yusof Haslam yang turut mengakui terkejut dengan pemergian ini.

 

4. Jamaludin Alias

Jamaludin Alias - Gambar Fail
Jamaludin Alias - Gambar Fail

Pelantun lagu patriotik ‘Perajurit Tanah Air’, Jamaludin Alias, meninggal dunia pada usia 85 tahun, akibat sakit tua.

Arwah Jamaludin yang juga bekas pengulas sukan terkenal Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghembuskan nafas terakhir pada 22 April 2022. Berita duka itu telah disahkan oleh anaknya yang dikenali sebagai Fazli.

 

5. Aripah Damanhuri

Aripah Damanhuri - Gambar Fail
Aripah Damanhuri - Gambar Fail

Pelakon veteran Aripah Damanhuri, 73, yang juga kakak kepada aktres Normah Damanhuri menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dipercayai akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Allahyarham, Aripah meninggal dunia pada 31 May 2022 kira-kira pada jam 8.15 pagi.

Berita duka ini telah disampaikan oleh anak arwah, Nurpais Ismail menerusi satu pesanan suara yang dikirimkan kepada pihak media.

 

6. Aman Shah

Aman Shah - Gambar Fail
Aman Shah - Gambar Fail

Berita duka buat melanda warga industri muzik tanah air dan peminat muzik era 1980-an apabila penyanyi Aman Shah telah dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung di Institut Jantung Negara (IJN).

Arwah turut dikenali sebagai pelakon, meninggal dunia pada 14 September 2022, kira-kira jam 2 petang pada usia 68 tahun.

Berita kematian Allahyarham Aman Shah itu telah disahkan sendiri oleh adiknya, Datuk Nassier Abu Kassim yang pernah memegang jawatan sebagai A&R Warner Music Malaysia.

 

7. Bob Lokman

Bob Lokman - Gambar Fail
Bob Lokman - Gambar Fail

Penulis lirik tersohor, pengacara dan pelawak, Bob Lokman telah meninggal dunia di usia 58 tahun, pada 23 September 2022.

Allahyarham Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman mengalami masalah kesihatan jantung dan bergantung kepada alat bantuan jantung (Automatic Cardioverter Defibrillator IADC) sebelum kematiannya.

Berita kematian Allahyarham telah disampaikan oleh anak arwah iaitu Suffian.

 

8.Syazlin Zainal

Syazlin Zainal  - Gambar Fail
Syazlin Zainal - Gambar Fail

Laporan berita kematian seorang pelakon dan juga model, Syazlin Zainal yang meninggal dunia secara tiba-tiba telah mengejutkan industri hiburan tanah air. 

Allahyarham Syazlin yang dilaporkan meninggal dunia pada 10 November 2022, akibat terjatuh dari tingkat 22 di sebuah pangsapuri yang tidak sempat meraikan sambutan hari lahirnya yang ke-26.

Berita duka yang mengegarkan dunia hiburan tanah air tersebut dikongsikan oleh sepupunya iaitu Trisya Azahar menerusi akaun sosial media.

 

9. Hisham Ahmad Tajuddin

Hisham Ahmad Tajuddin - Gambar Fail
Hisham Ahmad Tajuddin - Gambar Fail

Pelakon veteran, Hisham Ahmad Tajuddin, meninggal dunia di usia 76 tahun pada 29 September 2022, kira-kira pada jam 4.30 petang, selepas berada dalam keadaan kritikal akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Allahyarham Hisham, yang menerima rawatan di Hospital Shah Alam (HAS) sebelum ini ditidurkan dan bernafas sepenuhnya dengan alat bantuan pernafasan. 

Berita sedih ini dikongsikan anaknya, Aqeela Mohd Hisham, 26, menerusi kiriman mesej ringkas di media sosial.

 

10.Wan Zul

Wan Zul - Gambar Fail
Wan Zul - Gambar Fail

Komposer Wan Zul atau nama sebenarnya Che Wan Zulkifli Che Wan Abdul Ghani, 61 meninggal dunia akibat kencing manis dan jangkitan kuman pada paru-paru. 

Arwah juga individu yang bertanggungjawab menaikkan nama kumpulan Iklim di persada seni tanah air, dilapor kritikal sejak beberapa hari sebelum menghembuskan nafas terakhirnya pada pada 13 Oktober 2022, kira-kira jam 2.30 pagi.

Pemergian pencipta lagu 'berhantu', 'Suci Dalam Debu' nyanyian kumpulan Iklim itu dikongsikan adik arwah, Che Wan Zuhaini, menerusi media sosial. – Getaran, 27 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Maklumat Statistik Kes Kemalangan Secara Harian Disiar Secara Masa Nyata

2

Kisah Kita 2 bulan yang lalu

Raya Mengejut, Tunku Azizah 'Bersengkang Mata' Masak Juadah

3

Luar Negara 5 bulan yang lalu

Kematian Di Gaza Cecah 11,500 - Media Kerajaan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

KWSP Umum Dividen: Konvensional 5.35%, Syariah 4.75%, Rendah Berbanding 2021

Sorotan

1

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

2

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

3

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

4

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

5

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

6

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 jam yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Industri Hiburan Penghubung Antara Malaysia Dan China – Shila Amzah

Selebriti 1 hari yang lalu

Skandal Baharu Aliff Aziz Terbongkar, ‘Ibu Terpaling’ Padam IG?

Sejak kes kecurangan anak lelakinya terbongkar, ibu kepada Aliff Aziz ini lantang mempertahankan anaknya, termasuk di media sosial

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 17 jam yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

oleh Wartawan Hiburan Getaran