Berita Terkini

2 jam yang lalu: Media Arab Saudi buat liputan lawatan PM 2 jam yang lalu: KKD beri perhatian bendung penyebaran ekstremis militan 2 jam yang lalu: PDRM nafi Ayob Khan miliki akaun TikTok 2 jam yang lalu: MAIWP sumbang RM1.7 juta bantu golongan mualaf 2 jam yang lalu: 4 kanak-kanak maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Muar - Bomba

IKUTI KAMI


Jenazah Bob Lokman Selamat Dikebumikan

TARA Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2022 9:55AM

Jenazah Bob Lokman selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Bunut, Kubang Kerian, malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Jenazah penulis lirik, pelakon dan pelawak, Bob Lokman atau Mohd Hakim Lokman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Bunut, Kubang Kerian di sini, 9.30 malam tadi.

Terdahulu jenazah dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian untuk dimandi dan dikafankan sementara solat jenazah disempurnakan di Masjid Kampung Pulau Hilir, Kubang Kerian.

Lebih 100 keluarga, kenalan dan rakan artis yang hadir termasuklah Datuk M Nasir dan Datin Marlia Musa. 

Allahyarham Bob Lokman
Allahyarham Bob Lokman

Sementara itu, M Nasir berkata beberapa bulan sebelum itu beliau sempat menziarahi Bob yang masih lagi sihat.

Menurutnya, mereka bertemu buat kali pertama pada 1980-an sebelum Bob bersama kumpulan Wings sebagai pengurus dan menganggap hubungan antara mereka berdua bagaikan adik-beradik.

Mengulas lanjut M Nasir berkata beberapa tahun kemudian, mereka bertemu semula dan Bob masih bersama kumpulan Wings dan sejak itu hubungannya terus rapat.

"Bob mempunyai pendirian dan setiap lirik dan seni kata mempunyai keunikan kerana dia berfikiran tersendiri dan kebanyakan lagu ciptaannya juga menjadi siulan ramai," katanya.

Bagi Marlia, beliau mengakui Bob adalah telangkai yang memperkenalkan beliau hingga mendirikan rumah tangga dengan M Nasir.

“Saya kenal dengan Bob sebelum saya berkahwin sudah menganggapnya sebagai abang kami dan pernah menziarahi beliau semasa sakit.

Saya kagum melihat beliau melawan sakit. Kali terakhir kami berjumpa, Bob masih lagi ceria dan sempat membuat lawak,” katanya.

Bob Lokman, 58, meninggal dunia di kediamannya di Kubang Kerian  di sini kira-kira 3 petang tadi  dipercayai akibat komplikasi jantung. - Bernama

Isu Pada

Alena Murang: Ini Identiti Saya

24 Sep 2022

Sorotan

1

Perkhidmatan Kesihatan Servis Kritikal, Babitkan Nyawa, Jangan Rosakkan Dengan Mogok 

2

Cakna Jenis Ikan Buntal Elak Kematian, Pastikan Penjual Berpengetahuan Sebelum Beli

3

Ahmad Zahid Sahkan Sulaiman Letak Jawatan Ketua Menteri Melaka