Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Penyanyi Aman Shah Meninggal Dunia Di IJN, Akibat Serangan Jantung 

Presiden Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT), Datuk DJ Dave yang juga rakan seperjuangan Allahyarham mengakui sejak beberapa bulan ini, kesihatan arwah tidak begitu baik. 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2022 3:57PM

Allahyarham Aman Shah - Gambar dari Facebook

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berita duka buat melanda warga industri muzik tanah air dan peminat muzik era 1980-an apabila penyanyi Aman Shah telah dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung di Institut Jantung Negara (IJN), kira-kira jam 2 petang tadi. 

Presiden Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) yang dahulunya digelar Yayasan Artis 1 Malaysia, Datuk DJ Dave berkata, berita kematian Allahyarham Aman Shah itu telah disahkan sendiri oleh adiknya, Datuk Nassier Abu Kassim yang pernah memegang jawatan sebagai A&R Warner Music Malaysia. 

“Sejak beberapa bulan lepas, memang kesihatan arwah tidak begitu baik dan kita memang ada bagi bantuan pada Aman Shah. Malah, bulan lepas kita tolong apa yang perlu seperti membayarkan bil perubatan. 

“Tapi, kita sendiri terkejut apabila mendapat tahu dia telah dimasukkan ke IJN. Yang maklumkan berita ini kepada saya adalah Fauzi Marzuki. Saya hubungi Nassier yang sedang berada di Jakarta dan dia mengesahkan berita itu (kematian Aman Shah).

“Saya sendiri tidak pasti punca kematiannya tapi saya diberitahu ia berkaitan dengan serangan jantung. Saya cuba hubungi anaknya tetapi gagal dan saya dalam perjalanan ke IJN sekarang,” katanya. 

Sementara itu, komposer Fauzi Marzuki berkata, dia mendapat tahu keadaan arwah Aman Shah sangat kritikal sepanjang pagi tadi. 

“Hampir dua tiga kali dia mengalami komplikasi jantung dan kemudian saya mendapat tahu dia telah pun meninggal dunia,” katanya. 

Menurut Fauzi lagi, dia dan arwah Aman Shah banyak membesar bersama, bahkan dia sendiri turut terlibat dalam penerbitan album Aman Shah di bawah label EMI yang mengandungi lagu hit, Adikku Pandai Menari.

“Arwah mempunyai semangat yang berkobar-kobar untuk mengubah trend genre muzik Ahmad Nawab (Datuk Seri) kepada genre muzik generasi kami pada waktu itu. Dia banyak memberikan idea-idea baharu dengan muzik-muzik baharu. 

“Sebelum saya dan adiknya, Nassier menubuhkan kumpulan Discovery dan bermain di kelab-kelab malam, dia lebih dulu sudah bermain di kelab-kelab dengan beberapa band termasuk Booty Boys. 

“Selain menyanyi, dia sendiri boleh bermain alat muzik iaitu bass, sama seperti adiknya, Nassier,” katanya. 

“Aman Shah, Nassier dan saya bukan sekadar rapat macam kawan-kawan lagi. Tapi, sudah diibaratkan seperti saudara. 

“Setiap kali raya, saya akan beraya di kampungnya di Kuala Klawang Jelebu. Saya dan Aman Shah juga punya cita rasa kereta yang sama. 

“Tapi, saya tidak boleh pakai kereta dia sebab kereta dia ada tertulis nama Aman Shah. Tapi, dari sudut hubungan peribadi, dia sedikit tidak bernasib baik kerana sering kahwin cerai. Dia susah untuk melekat dengan sesebuah hubungan.

“Tapi dari sudut muzik, dia seorang penyanyi yang pemuzik yang bagus,” katanya. 

Sepanjang hayatnya, Aman Shah telah merakamkan sekitar lapan studio album dan cukup dikenali dengan lagu Adikku Pandai Menari dan lagu raya, Kepulangan Yang Dinanti. 

Dia juga turut dikenali sebagai pelakon dan telah membintangi beberapa filem dan drama bersiri termasuk Suraya dengan membawakan watak, Tengku Aziz. 

Tim Getaran mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham Aman Shah. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan arwah di kalangan orang yang beriman. Al Fatihah. - Getaran, 14 September 2022. 

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Selebriti 12 jam yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

oleh Helmi Anuar

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

Konduktor Orkestra Filharmonik Malaysia, Ahmad Muriz Che Rose kagumi kehebatan vokal Aina Abdul kerana mampu membuai emosi pendengar dan teruja berkongsi pentas...

Filem & TV 1 hari yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21

Muzik 8 jam yang lalu

Fenomena 'Alamak Raya Lagi' Tarik Minat Kaum Lain Raikan Aidilfitri