web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penerbit Terkenal Mohd Noor Kadir Meninggal Dunia

Penerbit yang telah menerbitkan drama-drama fenomena seperti Cinderella, Romeo Dan Juliet Serta Salam Taj Mahal ini telah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi disyaki akibat kanser prostat tahap empat

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2022 9:08AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penerbit terkenal yang juga merupakan Pengarah Urusan Kuasatek Pictures Sdn Bhd, Mohd Noor Kadir, 69, telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 1.57 pagi tadi akibat disyaki mengalami kanser prostat tahap empat.

Menurut laporan BH Online, berita mengenai kematiannya telah disahkan sahabat baik arwah sendiri iaitu Datuk Yusof Haslam yang turut mengakui terkejut dengan pemergian ini.

"Arwah menjalani pembedahan jantung, bulan lalu. Arwah sudah balik rumah, namun, dikejarkan ke HKL semula selepas jantungnya bengkak.

"Jumaat lalu, saya ada melawatnya. Keadaannya agak lemah, tetapi masih boleh melayan saya berbual. Ikutkan, saya mahu melawat arwah hari ini (Jumaat), saya memang tergerak hati nak menjenguknya lagi.

"Namun, Allah lebih menyayangi arwah. Isteri, Datin Patimah Ismail mengejutkan saya sedang tidur selepas mendapat panggilan telefon anak arwah kira-kira jam 2.15 pagi," katanya.

Kenangan Yusof Haslam bersama Mohd Noor Kadir. - Gambar ihsan Facebook Mohd Noor Kadir
Kenangan Yusof Haslam bersama Mohd Noor Kadir. - Gambar ihsan Facebook Mohd Noor Kadir

Kongsi Yusof lagi, dia diberitahu arwah juga berdepan beberapa komplikasi selepas menjalani pembedahan jantung.

"Minggu lalu, arwah dikejarkan semula ke HKL disebabkan jantung bengkak, kemudiannya paru-paru berair.

"Terbaharu, arwah disyaki mengalami kanser prostat tahap empat, sebelum meninggal dunia," katanya dengan sebak.

Sewaktu masih aktif dalam bidang penerbitan, arwah terkenal sebagai penerbit yang menghasilkan drama-drama popular yang menjadi fenomena seperti Cinta Korporat, Cinta Antara Benua, Cinderella, Romeo Dan Juliet serta Salam Taj Mahal. 

Drama-drama terbitan syarikat produksi arwah juga dikatakan antara drama termahal pada era 90-an kerana sering menampilkan pelakon-pelakon hebat serta sering melakukan penggambaran di luar negara untuk hampir semua drama yang diterbitkannya.

Kuasatek Pictures juga pernah menerbitkan dua buah filem iaitu Mr Cinderella dan Mr Cinderella dua yang dibintangi oleh Erra Fazira dan Datuk Yusry Abdul Halim. 

Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga Allahyarham Mohd Noor Kadir dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. – Getaran, 29 Julai 2022

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 15 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN