web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kematian Sushant Singh Rajput Bukan Bunuh Diri Tetapi Dibunuh, Dakwa Kakitangan Hospital 

Kakitangan hospital bernama Roopkumar Shah itu mendakwa bedah siasat sepatutnya direkodkan tetapi mereka diarahkan pihak berkuasa yang lebih tinggi untuk hanya mengambil gambar mayat Sushant. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2022 3:07PM

Sushant Singh Rajput - Gambar: Instagram Sushant Singh 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah lebih dua tahun berlalu sejak Sushant Singh Rajput ditemui mati di rumahnya di Mumbai pada 14 Jun 2020. Siasatan awal oleh Polis Mumbai mendapati punca kematiannya itu adalah disebabkan ‘bunuh diri’. 

Laporan bedah siasat Sushant Singh Rajput juga mengesahkan beliau meninggal dunia akibat sesak nafas selepas digantung. 

Kini, seorang kakitangan di Hospital Cooper di Mumbai yang terlibat melakukan bedah siasat SSR mendakwa bahawa kematian pelakon itu bukan disebabkan bunuh diri tetapi dibunuh, lapor Bollylife.com 

Semasa interaksinya bersama pihak media baru-baru ini, kakitangan hospital bernama Roopkumar Shah berkata bahawa terdapat beberapa tanda pada badan dan leher Sushant.

Roopkumar mendakwa bedah siasat sepatutnya direkodkan tetapi mereka diarahkan pihak berkuasa yang lebih tinggi untuk hanya mengambil gambar mayat Sushant. 

Apabila dia bersama kakitangan hospital lain menjalankan bedah siasat, dia telah memberitahu seniornya bahawa dia mengesyaki kejadian ini adalah suatu pembunuhan dan bukannya bunuh diri. 

"Apabila saya melihat mayat Sushant buat kali pertama, saya segera memaklumkan kepada senior saya rasa ia bukan bunuh diri tetapi pembunuhan. 

“Saya juga memberitahu mereka bahawa kita harus bekerja mengikut peraturan. Walau bagaimanapun, senior saya memberitahu saya untuk mengklik gambar secepat mungkin dan memberikan mayat kepada polis. Oleh itu, kami melakukan bedah siasat pada waktu malam sahaja," katanya kepada pihak media. 

Berpakaian kemeja-T gelap dan seluar pendek kelabu, Sushant ditemui tergantung di tepi katil di rumahnya oleh pembantu rumahnya yang memaklumkan kepada polis. Selepas siasatan awal di tempat kejadian bunuh diri di mana tiada nota bunuh diri ditemui, mayatnya terus dibawa dalam ambulans untuk bedah siasat.

Selepas Polis Maharashtra, kes itu diambil alih Biro Siasatan Pusat (CBI). Bagaimanapun, sejak itu, CBI tidak dapat mengisytiharkan sebarang konklusi akhir selepas panel All India Institutes of Medical Sciences (AIIMS) menolak bahawa kematian Sushant itu berkaitan dengan pembunuhan. – Getaran, 27 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Hospital Lambang Sebenar Perpaduan - Annuar

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Jangan Biarkan Buli Siber Terus Berlaku, Cegah Sebelum Parah!’ - Saraswati

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Panjat Pencawang Elektrik Setinggi 25 Meter: Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 8 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

Persamaan bahasa dan budaya antara Malaysia dan Indonesia menjadikan muzik sebagai medium yang mampu menyatukan emosi peminat di kedua-dua negara.

oleh Sophia Ahmad