web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelakon Kirstie Alley, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun Akibat Kanser

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2022 4:09PM

Alley (dua dari kiri) membintangi filem Look Who's Talking pada 1987, bersama John Travolta (kiri). - Gambar dari dailymail.co.uk

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HOUSTON  - Pelakon Kirstie Alley yang terkenal dengan wataknya dalam siri televisyen Cheers, meninggal dunia pada usia 71 tahun.

"Kami sedih untuk memaklumkan kepada anda bahawa ibu kami telah meninggal dunia selepas bertarung dengan kanser.

"Seperti mana hebatnya beliau di skrin, beliau juga ibu dan nenek yang hebat,” kata anak-anaknya, True dan Lillie dalam satu kenyataan, lapor Agensi Anadolu.

Alley pernah membintangi filem 1999 Drop Dead Gorgeous and the Look Who's Talking (1989), Look Who's Talking Too (1990) dan Look Who's Talking Now (1993) bersama pelakon John Travolta.

"Hubungan saya dan Kirstie sangat rapat. Saya sayangkan awak Kirstie...,” tulis Travolta di media sosial. 

Alley berada di kemuncak kariernya selepas berlakon sebagai Rebecca Howe menerusi NBC's Cheers pada 1987.

Beliau pernah memenangi anugerah Golden Globe bagi pelakon terbaik dan anugerah Emmy untuk pelakon utama pada 1991.

Alley juga mengondol Emmy keduanya pada 1994 menerusi wataknya sebagai Sally Goodson dalam drama David's Mother.

“Kami berterima kasih atas kasih sayang dan doa anda dan berharap anda menghormati privasi kami pada masa yang sukar ini,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Sorotan

1

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

2

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

3

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

4

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

5

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

6

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 5 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

Persamaan bahasa dan budaya antara Malaysia dan Indonesia menjadikan muzik sebagai medium yang mampu menyatukan emosi peminat di kedua-dua negara.

oleh Sophia Ahmad