web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Farid Kamil Bangga Andai Anwar Ibrahim Jadi PM, Filem 'Anwar' Juga Ada Peluang Ditayangkan Di Malaysia 

Farid juga mengakui tidak ada pelakon lain yang berani membawakan watak Anwar Ibrahim dalam filem 'Anwar' dan dia merupakan pilihan pihak produksi yang terakhir. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2022 10:12AM

Farid Kamil mengakui hatinya akan berasa bangga andai Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri (PM) yang kesepuluh - Gambar Fail

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah dan pelakon Farid Kamil mengakui hatinya akan berasa bangga andai Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri (PM)  yang kesepuluh. 

“Sekurang-kurangnya apa yang orang cakap pasal dia ada jalan untuk dia. Sekurang-kurangnya dia ada 10 tahun untuk memerintah sebagai PM. 

“Seandainya, Anwar Ibrahim diangkat sebagai PM pada keesokan harinya, saya juga ada berita gembira untuk dibawa ke Indonesia bahawa filem Anwar boleh ditayangkan di sini,” katanya usai majlis prebiu Remp-It 2 yang merupakan filem terbitan, arahan, skrip dan lakonannya. 

Farid Kamil di majlis prebiu Remp-It 2 - Gambar ihsan Empire Solutions
Farid Kamil di majlis prebiu Remp-It 2 - Gambar ihsan Empire Solutions

Farid Kamil ketika ini sedang menjayakan filem Anwar terbitan produksi Indonesia, Bianglala Entertainment yang diarahkan Viva Westi. 

Bercakap tentang pemilihannya untuk membawakan watak Anwar Ibrahim, Farid mengakui, dia merupakan pilihan terakhir pihak produksi tersebut. 

“Saya bernasib baik kerana menjadi pelakon dari Malaysia yang dipilih untuk berada di dalam filem ini apabila mereka tidak dapat mencari Anwar Ibrahim sebenar. Saya adalah pilihan terakhir mereka,” katanya. 

Ditanya tentang pandangannya apabila ‘orang luar’ yang menerbitkan filem Anwar ini dan bukannya pihak dari Malaysia sendiri, Farid berkata, nasib baik jugalah dia disenaraikan masuk di dalam filem tersebut. Jika tidak, watak Anwar Ibrahim itu mungkin akan dijayakan pelakon dari negara lain. 

“Waktu saya terima tawaran berlakon watak Anwar Ibrahim ini, memang tidak ada pelakon, kru mahu pun pengarah dari Malaysia yang mahu buat filem ini. Sebab kebanyakannya tidak berani. 

“Mungkin mereka juga takut seperti saya kerana tidak dapat terjemahkan watak dalam filem ini. Tapi, paling ketara mereka memang takut dan saya pula berani ambil risiko ini. 

“Kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan,” katanya Farid sambil meminjam kata-kata keramat Anwar Ibrahim yang cukup popular itu.  

Farid Kamil ketika ini sedang menjayakan filem Anwar terbitan produksi Indonesia, Bianglala Entertainment yang diarahkan Viva Westi - Gambar Fail
Farid Kamil ketika ini sedang menjayakan filem Anwar terbitan produksi Indonesia, Bianglala Entertainment yang diarahkan Viva Westi - Gambar Fail

Kini hanya tinggal satu babak untuk disiapkan, Farid juga akui bahawa menjayakan filem Anwar itu juga satu rezeki buat dirinya. 

“Hampir dua bulan saya menjalani penggambaram di sana. Saya dapat rasa satu perbezaan yang sangat ketara apabila kita berada dalam apabila berada dalam filem berstatus antarabangsa. 

“Di mana kerjasama antarabangsa itu secara tidak langsung membuatkan kualiti dan persembahan kita menjadi berbeza. 

“Kita pun semua tahukan kalau Indonesia buat filem bergenre patritiotik dan biopic, mereka pasti akan hasilkan yang terbaik. 

“Sama juga dengan filem Anwar ini, ia memberikan impak yang berbeza secara total. Melihat still photo dan setiap babak yang dihasikan sudah cukup membuat saya rasa kagum dan saya berysukur kerana penglibatan dalam filem ini juga tidak bermakna kerjaya saya sebagai pelakon telah berakhir. Ini adalah rezeki daripada Allah SWT.

“Sebab sepanjang tujuh tahun, tiada filem saya yang keluar. Tombiruo adalah filem terakhir saya,” katanya. 

Bercakap tentang pemilihannya untuk membawakan watak Anwar Ibrahim, Farid mengakui, dia merupakan pilihan terakhir pihak produksi tersebut - Gambar Fail
Bercakap tentang pemilihannya untuk membawakan watak Anwar Ibrahim, Farid mengakui, dia merupakan pilihan terakhir pihak produksi tersebut - Gambar Fail

Jelas Farid lagi, sejak era 90-an lagi, dia sudah mula terlibat dengan perjalanan kerjaya politik Anwar Ibrahim. 

“Tapi, saya benar-benar ambil tahu tentang Anwar Ibrahim pada 1998. Ketika itu timbul di fikiran saya kenapa mata dia tiba-tiba lebam. 

“Soalan itu bermain di fikiran saya. Selepas baca skrip saya dapat melihat realiti di sebalik perkara itu dan membuatkan saya terfikir untuk menterjemahkan wataknya dengan sebaik mungkin. 

“Saya ikuti dan menyokong perjuangan beliau apabila apa yang beliau lalui pernah berlaku pada diri saya. Saya rasa bertuah diberi mandat memegang watak ini. 

“Cuma satu sahaja amanah beliau kepada saya. 'Berlakon betul-betul sebagai saya ada ramai peminat India yang sokong saya. Jadi you hati-hati ya.' Itu tanggungjawab yang perlu saya laksanakan,” katanya sambil tertawa. 

Tentang Remp-It 2 pula, kata Farid, dia ada menunjukkan teaser filem arahan dan lakonannya itu kepada pihak di Indonesia. 

Gambar ihsan Empire Solutions 
Gambar ihsan Empire Solutions 

“Respons yang diterima daripada mereka sangat baik. Saya ada bertanya, apa yang membuatkan filem Malaysia boleh masuk ke sana, sebab filem kita yang kuat pun tak berjaya. 

“Tapi, bila mereka lihat poster dan teaser Remp-It 2, mereka kata filem ini boleh masuk kerana mereka tiada filem tentang permotoran. 

“Bahkan, bila saya post tentang Remp-It 2 di Instagram, pempengaruh media sosial mereka di sana yang bercerita pasal lumba motor turut repost semula,” katanya. - Getaran, 22 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 3 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 6 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 6 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN