web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lindsay Lohan Bahagia Dengan Perkahwinannya, Akui Suaminya Bader Shammas Lelaki Yang Luar Biasa 

Aktres ini telah telah mengahwini ahli kewangan, Bader Shammas pada 3 April lalu, tetapi mereka tidak mengumumkan perkahwinan sehinggalah pada Julai lalu. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2022 7:00PM

Lohan dan suami, Bader Shammas berkahwin April lalu. - Gambar Instagram Lindsay Lohan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bintang Hollywood Lindsay Lohan nampaknya tidak dapat menyembunyikan keterujaannya terhadap suaminya sewaktu memperkatakan tentang kehidupan rumahtangganya. 

Aktres ini telah telah mengahwini ahli kewangan, Bader Shammas pada 3 April lalu, tetapi mereka tidak mengumumkan perkahwinan sehinggalah pada Julai lalu. 

Sewaktu muncul dalam program Jimmy Fallon, The Tonight Show, Lohan mendedahkan kepada hos bual bicara itu bahawa kehidupan berumahtangga cukup istimewa. 

“Ia hebat. Saya bertemu dengan pasangan saya dan anda tidak pernah akan tahu kalau anda akan menemuinya dalam hidup.  

“Dia (Bader) seorang lelaki yang luar biasa, saya mencintai dia dan kami adalah pasangan yang hebat,” katanya. 

Apabila ditanya sama ada perkahwinan memberikan perspektif baru mengenai kehidupan, Lohan menjawab: “Anda dapat berkongsi segala-galanya dengan seseorang, ia sangat istimewa. Semuanya menjadi lebih penting.”

Dalam majalah Cosmopolitan pula, Lohan telah berkongsi tentang kehidupannya dengan suaminya Bader di Dubai yang mana dia adalah penghias wajah untuk bulan Disember/Januari. 

Kata bintang Falling For Christmas ini, dia mula berpindah ke Dubai pada 2014 dan sangat suka memasak. 

"Saya memasak banyak juadah Itali terutamanya pasta. Saya juga banyak memasak hidangan Arab yang dipanggil machboos. Ia adalah nasi dengan sayur-sayuran. Saya juga boleh memasak sup borscht dengan baik,” jelas Lohan lagi. 

Dalam temubual lain, Lohan turut memberitahu bagaimana kebangkitan media sosial telah memberikan peluang kepada bintang Hollywood  sebagai suatu untuk "mengawal naratif mereka sendiri".

"Ketika saya mula-mula melibatkan diri di dalam industri ini, tiada seorang pun daripada kami yang mempunyai suara untuk mengawal naratif kami sendiri," kata Lohan.

"Ada gambar paparazzi, dan semua orang boleh lepas lari begitu saja. Jadi saya fikir ia benar-benar baik bahawa pada zaman ini, orang boleh katakan siapa mereka dan mereka mahu jadi apa. Dan saya amat mengagumi dan menghargainya,” katanya lagi. - Getaran, 14 November 2022 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Sarat Hamil Tapi Positif Ganja, Wanita Dan Suami Ditangkap Bawa 10KG Dadah

2

TARA 2 tahun yang lalu

Umpama Telur Di Hujung Tanduk: 7 Masalah Perhubungan Yang Sukar Dipulihkan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Selepas Bertengkar Dengan Isteri Ditahan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jururawat Maut Ditikam Suami - Polis

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN

Filem & TV 1 jam yang lalu

Adrian Teh Kembali Ke Genre Aksi, “Chelot’ Tampil Babak Pecah Rekod

Filem berkenaan menerima pengiktirafan bagi kategori Babak Aksi “Single Take” Terpanjang Dalam Filem menerusi adegan tanpa suntingan yang dirakam menggunakan sa...

oleh Sophia Ahmad