web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Shah Rukh Khan Ditahan Di Lapangan Terbang Mumbai, Diminta Bayar Penalti Hampir RM40,000 

Shah Rukh dikenakan penalti selepas menghadiri Pesta Buku Antarabangsa Sharjah 2022 (SIBF 2022) pada Jumaat lalu.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2022 6:08PM

Shah Rukh Khan - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Walaupun sibuk dengan jadual lakonan, namun bintang Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan masih sempat menerima undangan untuk menghadiri Pesta Buku Antarabangsa Sharjah 2022 (SIBF 2022) di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jumaat lalu dan pulang ke Mumbai, India pada keesokan harinya. 

Namun, sebaik mendarat, Shah Rukh berdepan masalah dengan pihak berkuasa di lapangan terbang.

Menurut Times Now, Shah Rukh telah ditahan oleh pegawai kastam selepas didapati membawa jam tangan mewah bernilai Rs 18 lakh (RM103,086). 

Berikutan itu, bintang Pathaan tersebut telah diminta membayar penalti sebanyak Rs 6.83 lakh (RM39,115.41) untuk duti kastam. Shah Rukh terbang ke UAE dengan menaiki pesawat peribadi.

Dalam pada itu, ketika menghadiri Pesta Buku Antarabangsa Sharjah 2022, Shah Rukh telah dianugerahkan Ikon Global Pawagam dan Naratif Budaya, atas sumbangannya terhadap kebudayaan dan pawagam antarabangsa.

Majlis itu dihadiri ratusan peminatnya dan gambar serta video aktor berkenaan ketika menghadiri acara tersebut telah memenuhi media sosial. Malah salah satu akaun kelab peminat Shah Rukh Khan telah berkongsi video superstar itu di mana beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas penghormatan berkenaan,

Ketika berada di atas pentas, Shah Rukh tidak ketinggakan memberikan pose signaturenya dalam filem Dilwale Dulhania Le Jayenge. Dia turut menuturkan beberapa dialog ikoniknya dalam filem Baazigar dan Om Shanti Om. 

Aksinya itu mendapat sorakan peminat beliau malah aktor tersebut sempat ‘ciuman angin’ dan melamba-lambai tangan ke arah peminat apabila mereka menjerit 'I love you Shah Rukh'. - Getaran, 14 November 2022 

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Tetap Solat Walaupun Tangan Diikat

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Cuaca Buruk Di UAE Sebabkan Penerbangan Lewat, Dibatalkan

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

UAE, Mesir Lakukan Guguran Udara Bantuan Kemanusiaan Ke-9 Di Gaza

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Nora AlMatrooshi, Wanita Arab Pertama Tamat Latihan NASA

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Muzik 3 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.