Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Dari Bilik Berita Ke Studio Meletop, Hawa Rizwana Sebak Dapat Izin Bapa Untuk Ubah Haluan Kerjaya

Pengacara jelita ini mengakui bukan mudah untuk beralih dari bilik berita yang memaparkan isu yang lebih serius kepada rancangan hiburan seperti Meletop.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2022 2:05PM

Hawa Rizwana - Gambar ihsan Astro/AzrulRafie

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hos baharu Meletop, Hawa Rizwana, 27,  menitiskan air mata saat bercerita tentang restu yang diterima daripada bapanya tatkala dia mengambil keputusan untuk mengubah haluan menjadi pengacara program hiburan. 

Menurut bekas pembaca berita TV3 dan penyampai radio Bulletin FM itu, dia tidak menyangka bapanya akan bersetuju dengan keputusan untuk menjadi pengacara Meletop kerana bapanya seorang yang tegas. 

Gambar ihsan Astro/AzrulRafie
Gambar ihsan Astro/AzrulRafie

“Sebelum saya bersetuju untuk menerima tawaran ini, saya minta pandangan bapa saya terlebih dahulu kerana bagi saya restu ibu bapa adalah sangat penting.

“Sebagai seorang anak perempuan, bapa saya selalu memantau pergerakan saya untuk pastikan saya sentiasa selamat dan tak buat perkara yang bukan-bukan. 

“Pada satu malam saya beritahu dia tentang tawaran untuk mengacarakan Meletop. Dan dia cakap go for it. Saya sangat tak sangka dia akan berkata begitu kerana ibu dan bapa saya seorang yang sangat tegas,” ceritanya sambil sebak. 

Gambar ihsan Astro/AzrulRafie
Gambar ihsan Astro/AzrulRafie

Lima tahun terlibat dengan dunia penyiaran yang memfokus kepada topik yang serius, Hawa akui agak sedikit kekok dengan transisi kerjayanya ini.

“Tetapi Alhamdulillah, saya banyak belajar dengan mereka yang lebih berpengalaman. Ahli keluarga serta rakan-rakan juga banyak yang memberikan sokongan supaya saya teruskan dan enjoy dengan pengalaman baru ini.

“Kata mereka saya perlu jadi diri sendiri dan jangan risau andai kata saya akan tersasar kerana ibu bapa saya telah menjaga saya dengan baik. Saya risau juga andai kata saya terlebih atau terkasar sehingga buat orang terasa,” kongsinya. 

Untuk menggantikan seorang yang memiliki pesona yang sangat besar seperti Neelofa bukannya sesuatu yang mudah. Tambahan pula bila wajahnya juga dikatakan mirip selebriti dan usahawan terkenal itu. 

Namun kata Hawa, biarpun terdapat tekanan, tetapi dia harus menggunakan peluang ini dengan sebaik mungkin.

Gambar ihsan Astro/AzrulRafie
Gambar ihsan Astro/AzrulRafie

“Neelofa telah mengendalikan rancangan ini selama lapan tahun. Dia telah meletakkan program ini ke paras yang tinggi. Sejujurnya memang tekanan itu ada.

“Tetapi ini adalah peluang serta rezeki yang ditetapkan oleh Allah kepada saya. Saya rasa jika berikan tawaran ini kepada sesiapapun, mereka pasti tidak mahu lepaskan peluang ini.

“Mengenai persamaan wajah saya dengan Neelofa pula, sebetulnya sejak dari sebelum saya masuk ke dalam industri ini lagi, saya pernah tular kerana dikatakan memiliki wajah yang mirip dengannya. 

“Neelofa memang sangat cantik. Tetapi orang tak tengok lagi wajah ibu saya. Orang yang kenal saya akan kata saya sangat seiras dengan ibu saya. 

“Pada saya terserah kepada orang ramai. Saya tak pernah cuba jadi sesiapa. Saya cuma jadi diri sendiri. 

“Saya tak rasa sesiapa pun mahu dikenali sebab orang lain. Saya belajar dalam bidang kewartawanan, dan dapat kerja juga dalam bidang ini. 

Gambar ihsan Astro/AzrulRafie
Gambar ihsan Astro/AzrulRafie

“Harapan saya agar satu hari nanti orang akan dapat terima saya seadanya. Jika saya asyik fikirkan orang samakan wajah kami, saya tak akan ke mana-mana,”  katanya. 

Bergandingan bersama Nabil Ahmad, Hawa akui dia sangat bersyukur kerana rakan pengacaranya itu sangat menyokong serta membantunya.

“Sewaktu saya jadi hos jemputan dulu, Nabil ada cakap pada saya, dahlah Hawa ambil jer lah tawaran tu. Dalam pada perangai gila-gila dia tu, dia seorang yang sangat supportive

“Penerbit juga pernah beritahu, Nabil inginkan saya. Saya ingatkan mereka sengaja berkata begitu kerana nak sedapkan hati saya. 

“Tetapi ada juga teman yang bekerja dengan Nabil beritahu saya bahawa dia gembira bekerja dengan saya. 

“Harapnya betullah perkara itu. katanya yang pertama kali mendapat tawaran menjadi hos jemputan Meletop pada tahun 2018. – Getaran, 9 November 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 bulan yang lalu

I.D Kisah Balas Dendam dan Jenayah Siber

2

TARA 2 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

3

TARA 7 bulan yang lalu

7 Program Hiburan Korea Terbaik Di Astro Sepanjang Ogos

4

Filem & TV 7 bulan yang lalu

Kolaborasi Qalbox, Astro Janjikan Pengalaman Hiburan Berfokuskan Muslim Terbaik di Malaysia

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selebriti 37 minit yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'