web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Konsert Full House! Rizky Febian Tak Pernah Sangka Terkenal di Malaysia

Iky sempat menyanyikan lagu untuk arwah ibu serta kekasihnya, Mahalini.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2022 5:07PM

Rizky Febian - Gambar ihsan The Jay

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Populariti penyanyi Indonesia, Rizky Febian tiba-tiba meledak di Malaysia selepas lagu nyanyiannya 'Hingga Tua Bersama' tular di TikTok tahun lalu. 

Sejak itu, namanya menjadi kegilaan peminat di Malaysia sehingga tiket untuk konsert pertamanya di Kuala Lumpur laris dalam tempoh satu jam sahaja.

Kedatangan penyanyi itu di lapangan terbang juga disambut hangat oleh peminat, sesuatu yang tidak pernah dialaminya di Malaysia sebelum ini. 

“Saya  terkejut apabila 'Hingga Tua Bersama' meledak. Lagu-lagu sebelum itu 'Cuek' dan 'Mantra Cinta' juga mendapat sambutan yang positif oleh peminat di Malaysia. 

“Banyak sekali orang di Malaysia yang memberikan video reaksi positif terhadap lagu saya. Ia membuatkan mereka sedar kewujudan saya dan mencari lagu-lagu saya sebelum ini. 

“Begitulah sosial media, kita tidak pernah tahu bila muzik kita akan meledak atau tidak. Namun ia memberi motivasi untuk saya memahami selera muzik orang Malaysia,” katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Rizky Febian Live in KL. 

Gambar ihsan The Jay
Gambar ihsan The Jay

Mengakui konsert pertamanya di KL sangat istimewa kerana tidak hanya memberikan batu loncatan baru dalam karier seninya, malah menjadi konsert pertama yang dihadiri ayah dan adik-adiknya. 

“Konsert kali ini sangat istimewa.Saya akan bawakan sebanyak 16 lagu dan kesemuanya dipilih secara spesifik. 

"Saya tidak mahu membawakan lagu yang orang tidak tahu sehingga mereka bingung. Saya mahu penonton terkesan tidak hanya semasa konsert malah selepas konsert.

“Bukan itu sahaja, ini konsert pertama yang dihadiri ayah dan semua ahli keluarga saya. Ayah saya selalu sibuk,” katanya.

Dihadiri 2,400 pengunjung di Zepp KL, penyanyi yang selesa disapa sebagai Iky itu sempat membuat seisi panggung sebak apabila menyampaikan lagu 'Indah Pada Waktunya' yang didedikasikan kepada arwah ibunya. 

“Saya pasti arwah ibu sedang tersenyum di atas sana melihat mimpi kecil anaknya sudah terjelma. Impian anaknya yang dulu setiap kali melihat televisyen bertanya ‘bila agaknya saya dapat jadi begitu’ sudah berjaya saya lakukannya hari ini,” katanya. 

Gambar ihsan The Jay
Gambar ihsan The Jay

Persembahan malam itu juga turut didedikasikan untuk kekasihnya Mahalini. Iky menyanyikan lagu 'Seperti Kisah' dengan paparan layar videonya yang menampilkan kekasihnya.

Kali terakhir Iky ke Malaysia adalah pada 2018 bagi mempromosikan lagu 'Terlukis Indah' bersama-sama Aisyah Aziz. - Getaran, 21 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Jasad Remaja Maut Ditikam Selamat Disemadikan

2

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rampasan Dadah KL Meningkat 7 Kali Ganda

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 9 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN