web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gosip Cinta Ananya Panday Dengan Aditya Roy Kapur Semakin Sahih, Akrab Mereka Lain Macam Di Sebuah Parti 

Ananya dan Aditya kelihatan di sebuah parti sambutan awal Diwali di kediaman baharunya di Mumbai baru-baru ini. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2022 9:50AM

Ananya Panday - Gambar Instagram Ananya Panday

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Adakah Ananya Panday dan Aditya Roy Kapur kini adalah pasangan selebriti kekasih yang paling baharu di dalam industri Bollywood? 

Nampak gayanya, begitulah. Gosip cinta mereka bermula pada acara sambutan ulang tahun Karan Johar yang ke-50. Ketika itu, ramai yang sudah mula dapat menghidu bahawa ada sesuatu yang sedang berlaku di di antara mereka berdua. 

Ananya dan Aditya Roy Kapur. - Gambar Instagram Ananya & Aditya
Ananya dan Aditya Roy Kapur. - Gambar Instagram Ananya & Aditya

Karan kemudian telah melanjutkan gosip tentang mereka berdua itu dalam program bual bicaranya, Koffee With Karan 7. Saat Ananya ditanyakan tentang Aditya, dia tidak dapat menahan diri daripada tersipu-sipu malu hingga merah pipinya. 

Menurut laporan terkini Bollylife.com, baru-baru ini, aktres Kriti Sanon telah mengadakan parti sambutan awal Diwali di kediaman baharunya di Mumbai dan telah mengundang ramai selebriti. 

Di parti itu, Ananya dan Aditya hadir sama dan dilihat begitu intim sekali sehingga menarik perhatian ramai. Bahkan mereka juga tidak sedar bahawa mereka juga telah berada dalam foto selfie Kriti bersama rakan-rakannya sewaktu sedang berborak panjang. 

Apapun, jika ibu kepada Ananya iaitu Bhavna Panday telah pun merestui hubungan anaknya itu dengan Aditya. Bhavna menyifatkan Ananya sesuai dan nampak serasi sekali dengan Aditya. Bhavna juga berpendapat Aditya lelaki yang sangat hot!

Agak-agak bila mereka akan mendedahkan tentang hubungan mereka kepada umum ya? Aditya sebelum ini pernah dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan Shraddha Kapoor. Namun, hubungan itu terhenti di separuh jalan dan mereka kemudian berpisah. 

Siapa tahu Ananya mampu mengubati kekecewaan Aditya dan tidak mustahil juga mereka akan digandingkan dengan sebuah filem bersama. – Getaran, 21 Oktober 2022 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Priyanka Chopra Akhirnya Dedah Sebab Sebenar Dia Tinggalkan Industri Bollywood, Apa Kaitan Dengan Karan Johar?

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Kenyataan SS Rajamouli, RRR Bukan Filem Bollywood Bikin Pengguna Twitter ‘Berbelah Bahagi’ Pendapat 

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Pelakon TV, Tunisha Sharma Bunuh Diri, Dipercayai Terlalu Kecewa Akibat Putus Cinta

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Akhirnya Urfi Javed Ditahan Pihak Polis Dubai Kerana Berpakaian Mencolok Mata  

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 22 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN