web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelakon TV, Tunisha Sharma Bunuh Diri, Dipercayai Terlalu Kecewa Akibat Putus Cinta

Pada Sabtu lalu, dia telah dijumpai mati dengan menggantung diri dengan tali pada kipas di bilik mekap pelakon lelaki gandingan dalam siri itu, Sheezan M Khan. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2022 6:13PM

Mendiang Tunisha (kiri) dan Sheezan pernah menjalin hubungan cinta sebelum berpisah November lalu. - Gambar Bollywoodlife

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Industri perfileman di Bollywood dikejutkan dengan berita tergempar membabitkan kematian seorang aktres muda bernama Tunisha Sharma. 

Tunisha yang berusia 20 tahun adalah seorang pelakon TV yang memegang watak Maryam untuk siri, 'Ali Baba: Dastaan-E-Kabul'. 

Pada Sabtu lalu, dia telah ditemui mati dipercayai dengan menggantung diri dengan tali yang diikat pada kipas di bilik mekap pelakon lelaki gandingan dalam siri itu, Sheezan M Khan. 

Menurut laporan Bollywoodlife, Tunisha dan Sheezan sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta tetapi mereka kemudian memutuskan hubungan pada November yang lalu. 

Perpisahan itu menyebabkan aktres tersebut mengalami tekanan sehingga mengambil keputusan untuk mengakhiri hidupnya. 

Dalam perkembangan terbaharu, keluarga Tunisha telah pun memfailkan kes kematian ini dengan mendakwa Sheezan bersuhabat dengan tindakannya untuk membunuh diri. 

Upacara terakhir untuk Tunisha dilakukan pada hari ini. Ramai saudara-mara dari luar negara yang akan terbang dan pulang untuk memberikan penghormatan terakhir untuk jenazahnya. 

Manakala, Sheezan M Khan pula akan dihadapkan ke Mahkamah Vasai hari ini.

Gambar Bollywoodlife
Gambar Bollywoodlife

Sementara itu, ibu Sheezan Khan yang ditemui di luar perkarangan balai polis Vasai meminta pihak media untuk menghormati dan memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan. 

Katanya, kebenaran akan muncul. Bahkan, dia mendakwa telah memberi kerjasama kepada pihak polis. 

Walaupun pihak media mempunyai banyak soalan untuk diajukan kepada wanita itu, namun dia mengakui mentalnya sangat tertekan. 

Kata wanita itu, Tunisha adalah seorang gadis yang baik. Dia berasa seperti tidak berdaya kerana Tunisha sudah dianggap seperti anak perempuannya manakala anaknya pula ditahan di penjara. 

Dalam pada itu, satu laporan lain pula menyebut, perpisahan mereka itu berpunca daripada perbezaan usia dan agama. 

Namun polis tidak tidak mempercayai alasan ini kerana maklumat yang diperoleh dari keluarga Tunisha mendakwa Sheezan sebelum ini telah beberapa kali mencurangi Tunisha. 

Mereka menganggap perbezaan usia dan agama itu adalah sekadar alasan yang diberikan Sheezan untuk mengelak daripada mencedahkan perkara sebenar tentang punca perpisahan mereka. 

Pihak polis kini sedang meneliti semula kenyataan Sheezan untuk mengesahkan sama ada dia mahu Tunisha menukar agama sebelum mengahwininya atau tidak. – Getaran, 26 Disember 2022 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Jangan Biarkan Buli Siber Terus Berlaku, Cegah Sebelum Parah!’ - Saraswati

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Panjat Pencawang Elektrik Setinggi 25 Meter: Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tak Jadi Bunuh Diri, Lelaki Berpaut Di Tiang Jambatan

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Fikir Bunuh Diri Seawal Usia 11 Tahun, Senario Serius Harus Dicantas Sebelum Bertunas

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas