Berita Terkini

6 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Kenyataan SS Rajamouli, RRR Bukan Filem Bollywood Bikin Pengguna Twitter ‘Berbelah Bahagi’ Pendapat 

Dalam satu tayangan di Amerika Syarikat baru-baru ini, SS Rajamouli juga turut mendidik penonton di sana bahawa 'RRR' bukanlah sebuah filem Bollywood. 

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2023 12:16PM

SS Rajamouli (kiri) bersama Steven Spielberg - Gambar Instagram SS Rajamouli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah SS Rajamouli ketika ini mungkin masih lagi berada di awang-awangan apabila lagu berjudul 'Naatu Naatu' ciptaan MM Keeravaani dalam filem arahannya iaitu RRR telah berjaya memenangi anugerah Golden Globe pada 10 Januari lalu. 

Dalam satu tayangan di Amerika Syarikat baru-baru ini, SS Rajamouli juga turut mendidik penonton di sana bahawa RRR bukanlah sebuah filem Bollywood. 

Pengarah filem itu membuat kenyataan tersebut apabila seorang wartawan dari Amerika menggelar RRR sebagai filem Bollywood dalam satu sesi wawancara selepas tayangan. 

SS Rajamouli turut menyatakan bahawa RRR bukanlah filem Bollywood, tetapi filem Telegu yang datang daripada India Selatan. 

"Saya menggunakan lagu itu untuk menggerakkan cerita ke hadapan daripada menghentikan filem dan memberi anda sebuah babak muzik dan tarian. Saya hanya menggunakan elemen-elemen itu untuk menggerakkan cerita ke hadapan.

“Di akhir filem, jika anda mengatakan saya tidak merasakannya selama tiga jam, maka saya tahu saya seorang pembuat filem yang berjaya," kata pengarah itu kepada penonton, selepas tayangan di Directors Guild of America.

Komen pengarah dalam klip tular itu kini menyebabkan pengguna Twitter berbelah-bahagi dengan pendapat masing-masing. 

Ada yang berkata, "Rajamouli betul, RRR bukan filem Bollywood dan ia tidak boleh dibenarkan untuk digambarkan sebegitu. 

Seorang lagi menambah:  "Tidak ada yang dapat mengubah hakikat bahawa RRR adalah filem Telugu dan Rajamouli mengatakan bahawa hanya untuk menjelaskan bahasa asal kerana kebanyakan orang Amerika masih berfikir bahawa ia adalah filem Hindi / Bollywood. Ia mudah, sungguh.

Namun, ada juga yang tidak bersetuju dan memuatnaik klip pengarah Sanjay Leela Bhansali, yang juga pernah memperbetulkan kenyataan wartawan sewaktu menjayakan panel diskusi filem Gangubai Kathiawadi di Festival Filem Berlin. 

Kata Sanjay: "Gangubai adalah filem India. Ia sinema India, kami datang ke sini dan berdiri di sini dan mewakili dunia.

"Benar, itu bukan filem Bollywood tetapi ia adalah filem India dan jika anda akan menafikannya juga maka anda tidak dapat meraikan kemenangan Olimpik Neeraj Chopra juga kerana dia  tergolong dalam Utara India. #Rajamouli ada memalukan,” bahas seorang lagi. 

"Apabila filem seperti #RRRMovie memerlukan pasaran Hindi, ia dikatakan filem pan India. Apabila mahu mendapatkan #RRRforOscars, ia dikatakan filem Telugu atau Tamil atau Malayalam. Bukankah ini satu double standard?" soal yang lain.


Bagaimanapun, ada pihak yang mempertahankan pengarah itu: "Dia berkata ia bukan filem Bollywood, ia adalah filem Telugu. Bollywood pada dasarnya hanya mewakili pawagam Hindi arus perdana sahaja."

Seorang lagi turut bersetuju: "Ya, Barat harus tahu bahawa industri di India bukan hanya Bollywood semata-mata. Rajamouli membuat kita semua bangga”. 

Magnum opus Rajamouli meraih perhatian apabila lagu 'Naatu Naatu' daripada RRR memenangi Anugerah Golden Globe bagi kategori Lagu Asal Terbaik. Lagu ini menewaskan lagu 'Lift Me Up' nyanyian Rihanna daripada Black Panther: Wakanda Forever dan 'Carolina' nyanyian Taylor Swift daripada Where the Crawdads Sing. 

Kini, semua mata tertumpu pada Oscar untuk melihat apakah filem RRR ini akan menempa sejarah dan mendapat tempat dalam senarai pencalonan Filem Terbaik anugerah tersebut. 

Selepas memenangi Golden Globe untuk Lagu Terbaik, ada laporan mendakwa bahawa filem ini juga bakal mencatatkan kejayaan di Anugerah Academy bagi kategori Lagu Asal Terbaik. - Getaran, 16 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 11 bulan yang lalu

Priyanka Chopra Akhirnya Dedah Sebab Sebenar Dia Tinggalkan Industri Bollywood, Apa Kaitan Dengan Karan Johar?

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Yeoh Budayawan Dan Seniwati Negara, Kebanggaan Rakyat - PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Tahniah Kepada Michelle Yeoh

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon TV, Tunisha Sharma Bunuh Diri, Dipercayai Terlalu Kecewa Akibat Putus Cinta

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selebriti 17 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

oleh Helmi Anuar

Muzik 5 jam yang lalu

All Time Low Kembali Ke Malaysia Selepas 13 Tahun

Konsert pada 28 April hadapan permulaan siri jelajah FOREVER Asia Tour.

oleh Rahayu MN