web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Akhirnya Urfi Javed Ditahan Pihak Polis Dubai Kerana Berpakaian Mencolok Mata  

Cara pemakaian Urfi Javed sering mencetuskan kontroversi kerana terlalu mendedahkan tubuh badannya.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2022 5:00PM

Urfi mengecapi kemasyhuran menerusi program OTT, The Bigg Boss. - Gambar dari Instagram Urfi Javed

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mungkin ramai yang tidak mengenali Urfi Javed di negara ini. Tapi, di India, Urfi seringkali mencetuskan kontroversi apabila sering berpakaian mencolok mata.

Terbaharu, pempengaruh media sosial yang mengecapi kemasyhuran menerusi program OTT, The Bigg Boss ini telah ditahan oleh pihak Polis Dubai sewaktu mengadakan rakaman video.

Urfi ditahan kerana telah mengenakan pakaian yang terlalu mendedahkan tubuh badannya.  Susulan daripada itu, Urfi telah ditahan untuk disoal siasat pihak polis Dubai berhubung pemakaiannya di dalam muzik video tersebut.

Menurut pihak berkuasa Dubai, tidak ada masalahnya untuk Urfi mengenakan pakaian yang mendedahkan itu. Tapi, yang salahnya apabila dia mengenakannya di kawasan khalayak ramai.

“Dia telah membuat rakaman video untuk Instagramnya dengan mengenakan pakaiannya yang direkanya sendiri.

“Menurut pihak polis Dubai, ia terlalu mendedahkan. Tetapi, tiada masalah dengan pakaiannya itu sebetulnya.

“Tetapi, dia telah membuat rakaman itu di kawasan terbuka dan mengenakan pakaian sebegitu di tempat sebegitu tidak dibenarkan.

“Dia sedang disoal siasat pihak polis. Kita tunggu dan lihat bagaimana,” kata satu sumber memberitahu Bollylife.com.

Tim pasukan Urfi yang menemaninya ke Dubai juga dilarang untuk memberikan sebanyak kenyataan berhubung isu penahanannya.

Bahkan, tiket pulang Urfi ke India juga dilaporkan akan terbatal disebabkan dia ditahan untuk disoal siasat pihak polis di sana.

Setakat ini, Urfi masih belum memberikan apa-apa penjelasan berhubung penahanannya itu.

Walaupun sering dikecam dikritik kerana berpakaian yang pelik, terdedah dan tidak senonoh sehingga ada di antaranya yang sekadar menutupi payu dara dan kemaluannya, dia tidak ambil pusing terhadap kata-kata orang. - 22 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Priyanka Chopra Akhirnya Dedah Sebab Sebenar Dia Tinggalkan Industri Bollywood, Apa Kaitan Dengan Karan Johar?

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Kenyataan SS Rajamouli, RRR Bukan Filem Bollywood Bikin Pengguna Twitter ‘Berbelah Bahagi’ Pendapat 

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Pelakon TV, Tunisha Sharma Bunuh Diri, Dipercayai Terlalu Kecewa Akibat Putus Cinta

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Bikini Jingga Menyala Deepika Padukone Dalam Filem 'Pathaan' Dikecam, Dikaitkan Dengan Hinduisme 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 10 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN