Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


“Jangan Dengki Dengan Rezeki Orang Sampai Membunuh Orang Lain” – Elly Mazlein 

Kata Elly niatnya hanya sekadar mahu menghiburkan penonton Gegar Vaganza dan dia bersyukur kerana bilangan yang menyokongnya lebih ramai daripada yang membenci

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2022 2:00PM

Elly Mazlein - Gambar Astro/AzrulRafie

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah empat minggu konsert Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) bersiaran dan selama itu jugalah nama salah seorang pengacaranya iaitu Elly Mazlein menjadi bahan bualan.

Teletah gila-gila Elly atau lebih mesra disapa sebagai Kak Lina Pom Pom ini berjaya menggamatkan suasana sepanjang konsert berlangsung.

Disebalik pujian melambung yang diterima, terselit juga kata-kata nista yang mengecam cara dia mengendalikan program hiburan nombor satu di Malaysia itu.

Ada yang berpendapat Elly terlebih ‘gedik’ dan cuba untuk kelihatan lebih menyerlah berbanding peserta yang bertanding. Malah, tindakannya yang turut sama menari dengan para peserta pada konsert minggu ketiga dikatakan seolah-olah mengganggu mereka. 

Gambar Astro/AzrulRafie
Gambar Astro/AzrulRafie

Enggan melatah dengan sebarang kecaman yang dilemparkan kepadanya, Elly mengambil pendekatan untuk tidak menambahkan bara. 

Menurut Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 42, niatnya hanyalah satu iaitu cuma untuk menghiburkan seluruh penonton Gegar Vaganza. 

“Kami sebagai pengacara juga perlu ‘perform’. Tak boleh kalau tak ‘perform’. Jadi tiada istilah cuba untuk melebihi dari bintang yang bertanding. 

“Kerana kalau saya tidak ‘perform’ dan lakukan tugas saya dengan cara hambar di atas pentas pun akan menjadi pertikaian. Apa yang saya tahu, saya nak jaga program ini supaya program ini ‘hidup’,” katanya ketika ditemui di sidang media konsert mingguan GV9.

Gambar Astro/AzrulRafie
Gambar Astro/AzrulRafie

Katanya lagi bukan dia tidak mahu mendengar nasihat dan pendapat orang lain, tetapi kadang kala dia harus pekakkan telinga kerana apa yang dilakukannya itu adalah atas permintaan. 

“Ini adalah tanggungjawab yang diberi. Jadi saya kena lakukan yang terbaik. Memang saya menghormati pendapat orang luar tapi kadang-kadang saya terpaksa tutup telinga saya dan terus lakukan apa yang saya lakukan kerana ini memang permintaan. Jadi, saya kena lakukan perkara itu. 

“Untuk menggalas tanggungjawab menjadi pengacara GV9 ini bukan senang. Macam saya cakap, hati kena cekal. Sebab akan ada yang suka dan tidak. 

“Macam saya, nasib baik lebih banyak yang suka daripada tidak. Walaupun ada yang kecam, ada juga yang akan bidas balik. Saya tak pernah minta mereka berbalah. Tetapi saya berterima kasih buat mereka yang menyokong saya," ujarnya.

Tambahnya lagi, dia tidak risau andai ada netizen yang tidak menyukai caranya kerana masing-masing mempunyai pandangan tersendiri. 

“Macam contoh minggu lalu, ada isu yang mengatakan bahawa saya kacau peserta yang sedang membuat persembahan. 

“Saya tak boleh nak marah netizen sebab mungkin yang berkata itu adalah disebabkan sedutan yang telah disunting dan dimuatnaik ke Tik Tok dan sebagainya. Tiba-tiba mereka lihat saya sudah berada di tengah pentas, itu yang menjadi punca mereka marah. 

“Tetapi siapa yang tahu perkara sebenar yang terjadi, mereka akan tolong jelaskan perkara sebenarnya. Misalnya, ada yang maklumkan kepada yang tidak tahu bahawa para penarilah yang sebenarnya menarik  saya ke tengah pentas. 

“Sebab itu kalau lihat di Instagram saya, saya tidak muatnaik sebarang visual untuk membetulkan keadaan. Sebab pada saya jawapan dah ada terang-terang dalam TV. 

“Jadi tak perlu untuk saya ulas balik di akaun media sosial saya. Satu hari nanti pasti mereka akan sedar bahawa rupanya mereka tersilap dan akan lihat video yang sebenar,” kongsinya. 

Gambar Astro/AzrulRafie
Gambar Astro/AzrulRafie

Ditanya tentang perasaannya apabila dia dipuji oleh beberapa rakan artis seperti Datuk Aznil Haji Nawawi, Fauziah Nawi dan Nana Mahazan, Elly berkata, dia sangat tersentuh dengan pujian mereka. 

“Saya tersentuh lihat mereka menghargai apa yang saya lakukan kerana mereka faham ini adalah tugas kita. Namun, ada juga yang memberikan pendapat yang keterlaluan sehingga membuka ruang untuk orang lain berteka teki.

“Pada saya ini adalah perkara yang tak bagus. Industri kita ini tak besar mana. Bukankah kita harus bersatu daripada menjadi toksik ataupun cuba nak memecah belah diantara penyokong. 

“Lagi satu saya rasa terlalu tua untuk kita jadi budak-budak. Sepatutnya kita kena ‘move on’, kena jadi matang dan percaya pada rezeki. Saya sedar saya masih hijau dalam bidang ini dan saya bukanlah artis hebat yang sudah menang pelbagai anugerah. 

“Tetapi saya cuma mengharapkan, kenapa kita tidak berkasih sayang? Kenapa perlu sindir menyindir di media sosial? Kadang-kadang pendapat itu boleh menjatuhkan fitnah sebab pendapat itu kita yang bagi sendiri,” tuturnya. 

Gambar Astro/AzrulRafie
Gambar Astro/AzrulRafie

Ditanya adakah dia kecewa apabila ada rakan seindustri sendiri yang cuba menyindirnya, kata Elly dia tidak kecewa tetapi mengharapkan bahawa individu tersebut sedar bahawa setiap orang ada peranan masing-masing dalam menjalankan tugas.

“Saya harap individu berkenaan kembali sedar yang kita bekerja untuk menghiburkan orang tanpa ada niat untuk menyerlah seorang diri. Tidak dik! Kak Lina bukan orang yang macam tu. Alhamdulillah sudah ramai orang yang saya bekerjasama tetapi tak pernah ada masalah. 

“Jadi saya harap, yang mana yang sudah terbabas tu, kembali semula dan cuba fikir secara matang.  Fikir juga bahawa rezeki ini Allah dah berikan untuk masing-masing. Jangan nak dengki dengan rezeki orang sampai membunuh orang lain. Tak elok benda tu. Jadi oleh itu, saya mohon agar individu itu sedar.Terima kasih,” luahnya.

Dalam perkembangan lain, selain sibuk dengan penggambaran drama Kampung People musim ketiga, Elly kini telah disunting sebagai penyampai radio Era di mana dia akan mengendalikan segmen Carta Era setiap hari Sabtu. – Getaran, 11 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 6 bulan yang lalu

Elly Mazlein Umum Undur Diri Sebagai Pengacara GV 10

2

Selebriti 9 bulan yang lalu

Penantian 25 Tahun Elly Mazlein Dan Tyzo Untuk Menggenggam Trofi ABPBH 

3

TARA 1 tahun yang lalu

Teruja Beraya Di Kampung Suami Di Kelantan - Elly Mazlein Balik Kampung Awal, Takut Raya Terkejut Lagi

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Suami Merajuk Sebab Terlalu Sibuk? - Elly Mazlein Jawab Spekulasi Ramai Tentang Isu Rumah Tangganya

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Budaya 13 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

Pesta yang berlangsung mulai esok hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya adalah hasil kerjasama Tonton dan Animax + GEM

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 5 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar