web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penantian 25 Tahun Elly Mazlein Dan Tyzo Untuk Menggenggam Trofi ABPBH 

Kedua-dua selebriti berbakat besar ini menanti selama suku abad untuk menggengam trofi pertama mereka. Kedua-dua mereka juga sangat menyerlah di lapangan masing-masing dengan cara tersendiri. 

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2023 3:31PM

Elly Mazlein dan Tyzo - gambar Instagram dan Helmi Anuar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap yang bergelar selebriti tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengacara mahupun penyampai radio pasti mengimpikan hasl kerja mereka akan diiktiraf dalam majlis anugerah. 

Namun adakalanya tuah tidak hadir dengan segara. Ada yang menerima anugerah sewaktu masih berusia setahun jagung dalam industri. Ada juga yang harus menunggu selama 25 tahun untuk menggengam trofi yang pertama. 

Itulah yang dialami oleh dua selebriti yang baru sahaja menjulang trofi kemenangan pertama mereka di Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-35 (ABPBH35) iaitu Elly Mazlein dan Tyzo. 

Elly Mazlein telah dinobatkan sebagai Pengacara TV Popular manakala Tyzo pula menggondol trofi Penyampai Radio Popular.

Dilihat sebak sehingga mengalirkan air mata sewaktu mengambil trofi, kata Elly atau lebih dikenali sebagai Kak Lina ini, dia tak akan melupakan hari kemenangannya ini sampai bila-bila. 

Elly Mazlein sebak kerana menunggu lebih 20 tahun untuk memenangi anugerah - gambar Instagram dan Helmi Anuar
Elly Mazlein sebak kerana menunggu lebih 20 tahun untuk memenangi anugerah - gambar Instagram dan Helmi Anuar

“Lebih 20 tahun saya tunggu saat ini. Biarpun sebelum ini saya selalu kata bahawa saya tak meletakkan harapan yang tinggi untuk menang kali ini, tetapi sebagai manusia biasa, pasti terselit juga sedikit harapan itu. 

“Saya ingin berterima kasih kepada peminat-peminat yang telah mengundi dan menyokong saya sehingga ke hari ini. Juga kepada rakan media yang sentiasa menyokong saya daripada saya mula masuk industri ini pada tahun 1998. Daripada nama saya Ayin sehingga bertukar menjadi Kepom,” katanya ketika ditemui di sidang media.

Bagi Tyzo pula, dia menyifatkan hasil kerja keras selama 25 tahun berada di dalam industri akhirnya terbalas dengan kemenangannya di ABPBH35.

“Ini kali pertama saya hadir ke anugerah berprestij. Saya tak pernah pergi ke mana-mana majlis anugerah. Anugerah ini sangat besar untuk saya. Saya tak sangka saya akan menang malam ini. Saya tak ada ahli kelab peminat seperti selebriti lain,” katanya yang sebak ketika menjawab soalan pihak media. 

Tyzo sebak dengan kemenangan yang diterima - gambar Instagram dan Helmi Anuar
Tyzo sebak dengan kemenangan yang diterima - gambar Instagram dan Helmi Anuar

Tyzo juga berterima kasih kepada peminat dan pendengar setia segmen Suria Petang yang dikendalikannya bersama rakan penyampai iaitu Sharifah Shahirah.

“Saya ingin berterima kasih kepada Sharifah Shahirah kerana dia merupakan rakan penyampai yang terbaik untuk saya. Saya harap gandingan ini dapat dikekalkan untuk waktu yang lebih lama,” ujarnya. 

Menewaskan bos sendiri iaitu DJ Lin yang merupakan juara bertahan, kata Tyzo masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri, cuma mungkin rezeki memihak kepadanya kali ini. 

Kemenangan dua anak seni yang tidak pernah kenal erti putus asa ini adalah bukti berkat kesabaran, bersama bakat dan kesungguhan adalah kunci kejayaan yang sebenar. Elly dan Tyzo masing-masing menyerlah dengan cara mereka tersendiri sewaktu mengacara dan berbicara di corong radio. Tahniah dari Getaran buat anda berdua. – Getaran, 24 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Suara Tyzo Bakal Berkumandang Di Sebuah Stesen Radio Mac Nanti

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Penamatan Kontrak Tyzo Diputuskan Pihak Atasan, Bukan DJ Lin

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Elly Mazlein Umum Undur Diri Sebagai Pengacara GV 10

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Sophia Albarakbah Sangkal Dakwaan Menang Di ABPBH35 Kerana Kontroversi, Yakin Peminat Undi Kerana Bakat 

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM5.5 Juta Dalam 4 Hari! Filem Seram Tempatan ‘Polong’ Cetus Fenomena, Gegar Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Muzik 19 jam yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

Malam itu, "For You Nourul" bukan sekadar sebuah konsert, tetapi sebuah perjalanan yang meraikan ketabahan, kesetiaan dan kecintaan seorang penyanyi terhadap du...