web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suami Merajuk Sebab Terlalu Sibuk? - Elly Mazlein Jawab Spekulasi Ramai Tentang Isu Rumah Tangganya

“Bagi saya komunikasi itu penting dalam satu hubungan ini kekal stabil dan kukuh. Saya dan suami sentiasa berkomunikasi berkenaan semua perkara yang berlaku kepada kami,” kata Elly Mazlein.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2023 2:00PM

Elly Mazlein - Gambar Astro

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon, penyanyi dan pengacara, Elly Mazlein mengakui suaminya tidak pernah mengadu mahupun merajuk jika jadual hariannya semakin padat dengan tugas pengacaraan. 

Bahkan, kata Elly,  suaminya sentiasa memberi sokongan dan kepercayaan selain membenarkan dia aktif dalam dunia pengacaraan sepenuh masa.

Menurut Elly Mazlein yang lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom itu, sokongan penuh suaminya membantu dia memberikan keseimbangan antara tuntutan tugas sebagai pengacara mahu pun tanggungjawab sebagai isteri serta ibu.

“Sebenarnya, saya cuba memenuhi permintaan semua pihak, termasuk stesen televisyen, netizen dan ramai lagi. Jadi, saya akan terus meneruskan perjuangan ini. Lagipun suami saya tidak pernah mengadu apa-apa pun.

“Suami saya seorang yang sangat memahami saya, memahami tugas serta memberi sokongan penuh atas perjuangan saya ini.

“Bagi saya komunikasi itu penting dalam satu hubungan ini kekal stabil dan kukuh. Saya dan suami saya sentiasa akan berkomunikasi berkenaan semua perkara yang berlaku kepada diri kami. Perbincangan setiap hari itu penting bagi kita kekalkan hubungan yang kuat,” katanya kepada Getaran.

Elly Mazlein (kanan) bersama Aina Abdul di sidang media 'Big Stage' baru-baru ini
Elly Mazlein (kanan) bersama Aina Abdul di sidang media 'Big Stage' baru-baru ini

Kak Lina berkata demikian ketika berjumpa dengan media pada sidang media program ‘Big Stage’ musim kelima baru-baru ini.

Menurut pemilik nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 43, dirinya memang penat dengan jadual yang padat hingga ke hujung tahun ini, namun sokongan dari peminatnya menjadikan dia puas dengan pencapaian dirinya.  

“Sejujurnya, ada masa saya rasa penat juga, namun bila kita terima respons yang positif dari peminat kita, ia jadikan kita bersemangat untuk memberi lebih lagi.

“Kepuasan penonton dan keluarga sendiri kita, menjadi semangat untuk kita teruskan perjalanan ini. Penerimaan penonton terhadap diri kita, bakat kita dan kegilaan kita menjadi sokongan untuk mara ke hadapan,” ujarnya.

Tambah pengacara program ‘Gegar Vaganza’ musim kesembilan itu, Astro telah menyusun jadualnya dengan elok dengan pelbagai rancangan pengacaraan hingga ke hujung tahun ini.

“Jadual Kak Lina sampai hujung tahun 2023 dah siap! Alhamdulillah, rezeki kan. Saya tak kisah, berlakon ke mengacara ke atau menyanyi, semua itu sumber pendapatan. Terima dan susun sebaiknya,” katanya.

Dalam pada itu, Kak Lina yang bakal menjadi hos rancangan terbaharu ‘Big Stage’ musim kelima mulai 7 Mei nanti itu berkata, dia berharap semua peserta memanfaatkan peluang pentas besar ini dengan sepenuhnya.

“Saya harap semua peserta menyusun strategi masing-masing untuk memanfaat sepenuhnya peluang yang diberikan kepada mereka. Bukan senang ingin mendapatkan menyertai rancangan ini.

“Acara yang memberi peluang kepada ‘Budak-Budak Baru Nak Up’ (BBNU) ini diwujudkan untuk memberi peluang kepada mereka untuk membuktikan bakat dan kredibiliti diri mereka,” ujarnya. – Getaran, 14 April  2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Sarat Hamil Tapi Positif Ganja, Wanita Dan Suami Ditangkap Bawa 10KG Dadah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Selepas Bertengkar Dengan Isteri Ditahan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Jururawat Maut Ditikam Suami - Polis

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Elly Mazlein Umum Undur Diri Sebagai Pengacara GV 10

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa