web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Roslan Saleh Rindu Dunia Lakonan Walaupun Uzur

Roslan kini terlantar selepas dimasukkan ke hospital pada Mei lepas kerana melecur pada tapak kaki.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2022 5:14PM

Roslan (kanan) pernah membintangi filem ‘Sembilu 2’, ‘Munafik 2’ dan ‘Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda’ serta ratusan drama. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Pelakon veteran Roslan Saleh mengakui tetap rindu untuk berlakon walaupun kini semakin uzur dengan deria penglihatannya telah tiada akibat glaukoma disebabkan menghidap penyakit kencing manis kritikal.

Katanya walaupun rindu, beliau akur apabila terpaksa menolak tawaran lakonan sejak enam tahun lepas termasuk daripada beberapa produksi terkenal kerana tidak mahu menyusahkan banyak pihak disebabkan keadaannya itu.

“Kerjaya saya (bermula) sejak 30 tahun dulu, memang rindu tapi kesihatan macam ini, tak apalah. Minta kawan-kawan doakan saya cepat sembuh. Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang datang ziarah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah di sini hari ini.

Dalam pada itu isterinya, Zainun Majid berkata Roslan atau lebih mesra disapa Pak Lan yang berusia 63 tahun itu juga kini hanya terlantar selepas dimasukkan ke hospital pada Mei lepas kerana melecur pada tapak kaki.

“Lecuran itu berlaku apabila ada seorang kenalan yang datang berziarah pada Aidilfitri lepas menawarkan rawatan secara teknik haba. Akibatnya, kulit tapak kaki Pak Lan menggelembung dan pecah sehingga menyebabkan jangkitan tapi Pak Lan tidak rasa sakit sebab kencing manis, cuma demam agak teruk. 

“Bila dibawa ke hospital, doktor segera melakukan pembedahan untuk menggantikan kulit pada bahagian lecuran itu dengan mengambil kulit pada pahanya. Dalam masa yang sama, Pak Lan juga terpaksa ditahan di wad disebabkan tekanan darah rendah dan sejak itu, kesihatannya terus merosot,” katanya.

Kata Zainun, luka pembedahan itu kini semakin pulih walaupun tidak semua bahagian kulit melekat dan perlu dicuci di klinik kesihatan empat atau lima hari seminggu.

Keadaan itu juga katanya telah menyebabkan Roslan tidak boleh lagi bergerak dan perlu memakai lampin pakai buang di samping didukung oleh anak bongsunya sekiranya hendak ke klinik atau hospital.

“Pak Lan juga sedang menjalani rawatan laser mematikan saraf mata sebulan sekali di Hospital Melaka bagi mengelakkan dan menghilangkan sakit kepala yang dirasainya,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning Zulkiflee Md Zain yang turut menziarahi berkata pihaknya akan menyalurkan segera bantuan yang diperlukan pelakon yang membintangi filem ‘Sembilu 2’, ‘Munafik 2’ dan ‘Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda’ serta ratusan drama itu.

“Setakat ini, bantuan telah pun disalurkan oleh Majlis Agama Islam Melaka dan kita akan pantau bantuan keperluan lain dari semasa ke semasa.

“Mengenai rawatan, kita akan bincang dengan exco kesihatan untuk melihat sekiranya ada peruntukan yang boleh kita salurkan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Instagram Nad Zainal Di Mod Privasi, Kini Keluarga Jadi Keutamaan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 16 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...