web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bukan Tak Mahu Bergelar Isteri, Tapi Tania Perlu Lebih Berhati-Hati Pilih Suami

Mengakui berhati-hati memilih calon suami, pelakon berketurunan Melayu-Australia itu mendambakan seorang lelaki yang bertanggungjawab dan baik agamanya.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2022 8:00PM

Tania Nadira Hudson - Gambar ihsan Astro Shaw

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapa yang tidak mahu mengecapi kebahagiaan alam rumah tangga dan bergelar seorang isteri. Namun, pelakon Tania Hudson belum bertemu dengan sosok pilihan yang dirasakan boleh bersamanya hingga ke hari tua.

“Saya masih single sampai sekarang walaupun sudah berusia 37 tahun, saya belum bertemu lagi seseorang yang berkongsi idea yang sama. 

“Namun, saya berpegang kepada takdir kerana perancangan Allah lebih baik. Saya cuma berusaha. Soal jodoh ini saya hanya terdetik tapi tidak terdesak,” katanya kepada Getaran semasa ditemui di majlis sidang media Abang Long Fadil 3.

Gambar oleh Astro Shaw
Gambar oleh Astro Shaw

Mengakui berhati-hati memilih calon suami, pelakon berketurunan Melayu-Australia itu mendambakan seorang lelaki yang bertanggungjawab dan baik agamanya.

“Bab perkahwinan memang saya berhati-hati kerana ia adalah suatu amanah. Cukuplah kalau calon suami saya ada karier yang bagus, rajin, amanah, faham agama dan seorang yang menunaikan janji. Tapi saya faham, tak semua orang sempurna,” tambahnya.

Bukan itu sahaja, pemilik nama sebenar Tania Nadira Hudson ini juga memikirkan kesihatan dirinya apalagi gadis itu mengakui menghidapi empat jenis penyakit seperti piloerection, Arteriovenous Malformation (AVM) iaitu pengumpulan saluran darah yang tidak normal di bahagian otak, depresi dan keresahan.

“Penyakit saya ini (AVM) adalah jenis yang datang dan pergi. Tahun 2020 ia datang balik dan kemudian mengecut. Ia penyakit yang tak ada simptom. Doktor pun cakap penyakit ini kita tak boleh nak jangka,” katanya. 

Bukan itu sahaja, sakit yang dialaminya membuat ketahanan badan dan ingatan Tania berbeza dengan orang lain. 

“Sakit saya membuatkan saya cepat lupa. Jadi bila baca skrip saya akan ingat dan buat latihan banyak kali. Kalau saya tidak cukup tidur pula, saya akan jadi sangat penat. Jika tidur saya kurang daripada enam jam, kepala saya akan sakit,” jelasnya. 

Ketika penyakitnya menyerang, Tania akan berehat daripada melakukan apa-apa kerja lakonan. Bah, Tania akan menghilang daripada industri seni tanah air buat seketika. 

Gambar oleh Astro Shaw
Gambar oleh Astro Shaw

“Bila saya tak okay, memang saya akan hilangkan diri. Ramai tanya ke mana saya pergi. Kerana saya mengalami depresi dan keresahan yang agak teruk, jadi saya jarakkan diri serta memperuntukkan masa yang lebih kepada diri sendiri. 

“Dulu, saya tak berani bercakap tentang ini di khalayak kerana takut orang menggunakannya untuk menjatuhkan kita. Tapi, melihat kepada kesedaran kesihatan mental sudah mula disuarakan masyarakat, saya terbuka untuk bercakap mengenainya sekarang. 

“Apa yang penting ialah carilah suasana yang positif dan bergaul dengan orang yang betul. Selain itu senaman juga penting,” katanya.

Bakal bergandingan sekali lagi dengan Zizan Razak, Tania membawakan watak Yana dalam filem sekuel Abang Long Fadil 3.

Filem yang bakal ditayangkan bermula 8 September ini bakal mengetengahkan nuansa perisikan apabila mereka bergabung untuk menjatuhkan konspirasi jahat yang didalangi Chow Han. Turut sama-sama menjayakan filem itu ialah Johan Raja Lawak, Maya Karin, Elizabeth Tan dan AC Mizal. - Getaran, 9 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

TARA 2 tahun yang lalu

Apa Hukum Cari Jodoh Di Media Sosial? Haram Atau Harus?

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 5 jam yang lalu

Astro dan Disney+ Bawakan Lebih Banyak Rancangan Global Dan Kandungan Tempatan

oleh Rahayu MN