Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Apa Hukum Cari Jodoh Di Media Sosial? Haram Atau Harus?

Mendedahkan diri di media sosial bertujuan untuk mencari jodoh adalah diharuskan, namun terdapat beberapa perkara yang perlu dijadikan panduan supaya perbuatan itu tidak jatuh haram

TARA Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2023 1:31PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kecanggihan teknologi membolehkan urusan mencari jodoh semakin mudah, seiring kewujudan pelbagai aplikasi dan platform media sosial khas, khusus untuk tujuan berkenaan.

Ia membolehkan individu yang mahu mencari pasangan hidup ‘mengatur langkah’, tanpa perlu membazir masa, wang atau tenaga.

Tilljannah.my ialah salah satu platform mencari jodoh
Tilljannah.my ialah salah satu platform mencari jodoh

Majoriti ‘pencari jodoh’ ini akan memuat naik foto mereka sebagai tanda pengenalan diri, seterusnya membuka ruang untuk sesiapa sahaja yang mahu berkenalan, sebelum ke fasa seterusnya.

Dari konteks agama, apakah perbuatan sebegini dibenarkan? Apa pula hukumnya?

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, mendedahkan diri di media sosial untuk mencari jodoh adalah diharuskan, namun terdapat beberapa perkara yang perlu dijadikan panduan supaya perbuatan itu tidak jatuh haram.

Melihat wajah wanita bukan mahram dibenarkan jika bertujuan untuk meminang
Melihat wajah wanita bukan mahram dibenarkan jika bertujuan untuk meminang

Secara amnya, hukum melihat golongan ajnabi (bukan mahram) adalah haram tanpa sebarang tujuan dan keperluan. Namun dalam konteks pencarian jodoh, ia dibenarkan sekiranya bertujuan untuk meminang.

Perkara ini seperti diceritakan Abu Humayd al-Sa’idi RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا خَطَبَ أَحَدُكُمُ امْرَأَةً فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَنْظُرَ مِنْهَا، إِذَا كَانَ إِنَّمَا يَنْظُرُ إِلَيْهَا لِخِطْبَتِهِ، وَإِنْ كَانَتْ لاَ تَعْلَمُ

Maksudnya: “Apabila seseorang daripada kamu ingin meminang seorang perempuan, tidaklah salah melihatnya dahulu, jika tujuan melihat itu untuk meminang walaupun tidak diketahui oleh perempuan.”

Riwayat Ahmad (5/424).

Purdah dipakai bakal tunang perlu dibuka untuk si lelaki melihat keseluruhan wajah mengikut syarak
Purdah dipakai bakal tunang perlu dibuka untuk si lelaki melihat keseluruhan wajah mengikut syarak

Ia turut digalakkan di dalam Islam kerana menurut al-Fiqh al-Manhaji, tidak diharuskan seseorang yang ingin bertunang melihat pasangannya melainkan pada muka dan kedua telapak tangan. Jika wanita terbabit mengenakan purdah, ia juga perlu dibuka bagi membolehkan keseluruhan wajahnya dilihat.

Firman Allah SWT:

وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا

Maksudnya: dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.

(Surah al-Nur: 31)

Lelaki terbabit juga dibenarkan melihat berulang kali wajah wanita itu bagi memastikan pilihannya benar-benar tepat.

Haram hukumnya jika pendedahan dibuat secara berlebihan - gambar hiasan
Haram hukumnya jika pendedahan dibuat secara berlebihan - gambar hiasan

Bagaimanapun, perbuatan tersebut dikategorikan sebagai haram jika pendedahan dibuat secara keterlaluan atau berlebihan (tabarruj), termasuk berpakaian seksi (bagi wanita).

Ia bersesuaian dengan ajaran Islam yang hanya membenarkan wanita berhias untuk suaminya, seperti firman Allah SWT:

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَ

Maksudnya: Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu

(Surah al-Ahzab: 33)

Tabarruj boleh mengundang maksiat, fitnah dan perkara diharamkan, apatah lagi jika dipamerkan di media sosial.

Justeru, amat penting untuk aplikasi mencari jodoh atau sesiapa yang memuat naik gambar di platform persendirian menitikberatkan cara berpakaian, privasi penggunaan dan seumpamanya sebelum berkongsi foto mereka kepada umum.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam mencari jodoh dan semoga Allah mempermudahkan urusan tersebut. – Getaran, 19 November 2023

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Isu Pada

Sembunyikan Diri, Damaikan Hati di Coconest Langkawi 18 Nov

18 Nov 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 3 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 3 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 3 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City