web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rapper DMX Dimasukkan Ke ICU Akibat Serangan Sakit Jantung

Selebriti Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2021 10:53AM

Gambar: STREETER LECKA / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rapper DMX diserang sakit jantung dan sekarang mendapat bantuan hayat di hospital, kata peguamnya, Murray Richman kepada AFP. 

“Beliau dimasukkan ke hospital di White Plains di New York pada jam 11 malam tadi selepas diserang sakit jantung,” kata Richman yang sudah mewakili rapper itu selama 25 tahun. 

“Setahu saya, beliau masih di ICU (Unit Rawatan Rapi) dan mendapat bantuan hayat,” kata peguam itu.

Richman berkata dia tidak dapat mengesahkan laporan laman web hiburan TMZ yang mengatakan rapper berumur 50 tahun itu mengambil dadah berlebihan. DMX memang mempunyai sejarah ketagihan dadah. 

DMX atau nama sebenarnya, Earl Simmons cukup popular pada penghujung tahun 1990-an dan awal 2000 dengan lagu-lagu ‘X Gon’ Give It To Ya’ dan ‘Party Up.’

Beliau telah mengeluarkan lapan album, dengan album terkini diterbitkan pada tahun 2015 yang mendapat pujian baik daripada pengkritik muzik mahupun peminat. 

DMX tidak pernah berselindung tentang zaman kanak-kanaknya yang suram dan dipenuhi dengan pelbagai episod deraan. Beliau juga sering mempunyai masalah dengan sistem perundangan. 

Rapper ini sempat menghabiskan masa setahun dalam penjara kerana tidak membayar cukai sebanyak 1.7 juta dolar antara tahun 2002 hingga 2005. 

DMX mempunyai masalah ketagihan dadah, termasuk heroin sejak berumur 14 tahun. 

“Saya tidak tahu mahu meluahkan perasaan saya kepada siapa,” katanya pada penghujung tahun 2020 dalam siaran podcast mingguan bersama legenda hip hop Talib Kweli. 

“Di kawasan saya, tak ada siapa mahu mendengar tentang masalah orang lain. Bercerita tentang masalah itu satu tanda kelemahan. Tetapi ia sebenarnya satu perkara yang berani. Antara perkara berani yang anda boleh lakukan sebenarnya adalah  meluahkan semua masalah anda.” - AFP

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Hip Hop Jadi Pilihan Ketua Pemuda Umno Untuk Dekati Anak Muda

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Suhaimi Saad Di ICU, Perlu Bantuan Ventilasi - Ina Naim

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Teruk Dikecam, Netizen Masih Sokong Perniagaan Zul Yahya  

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Salahuddin Selamat Jalani Pembedahan, Terima Rawatan Susulan Di ICU

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Muzik 1 jam yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

Konsert anjuran Icon Entertainment yang berlangsung lebih tiga jam itu bukan sekadar persembahan muzik, malah menjadi medan mengimbau kenangan dan nostalgia bua...