web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Bahagian Mana Yang Saya Menghina Islam?’- Afdlin Shauki

Pendapat yang dikeluarkan pengarah filem Papadom itu kemudian mengundang pelbagai respons negatif daripada pengguna laman sosial yang menuduh pelakon itu cuba membela golongan yang mempersendakan agama.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2022 4:00PM

Afdlin Shauki - Gambar Fail

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan pelawak tersohor Afdlin Shauki menafikan tuduhan segelintir pihak yang mengaitkan dirinya dengan cubaan menghina agama Islam hanya kerana selebriti itu mengeluarkan pendapat peribadi mengenai isu persembahan di sebuah kelab komedi baru-baru ini. 

Dalam sebuah kenyataan di laman sosial pelakon itu, Afdlin berpandangan kesalahan yang wajar dikecam bukanlah kewujudan kelab Crackhouse Comedy tersebut sebaliknya kesalahan pengunjung yang menyalahgunakan pentas itu untuk tujuan menghina agama. Dia turut berkongsi pandangan seorang ustaz tentang posisi lawak dan jenaka di dalam Islam.

“Sesiapa yang menghina agama atas tiket mempersembahkan komediri, mereka bukanlah pelawak. Tindakan itu wajar dikecam dan didakwa. Kalau perlu dipenjarakan, maka dia harus dipenjarakan.

“Saya kecam mana-mana pelawak yang membuat kandungan yang melampaui batas tak kiralah di mana-mana termasuklah di media sosial. Namun, ada banyak kandungan jenaka yang baik dan bersih serta diangkat di pelbagai platform seperti Netflix. Banyak yang cuba menghasilkan jenaka yang baik tak kiralah bangsa apa sekalipun,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Namun begitu, pendapat yang dikeluarkan pengarah filem Papadom itu kemudian mengundang pelbagai respons negatif daripada pengguna laman sosial yang menuduh pelakon itu cuba membela golongan yang mempersendakan agama.

“Bahagian mana di dalam kenyataan itu yang menunjukkan saya menghina Islam. Adakah saya buat jenaka tentang Islam? Aneh kerana tiba-tiba fokusnya menjadi tentang saya. 

“Namun saya percaya bahawa ini mungkin sebuah serangan politik. Ada cybertrooper yang cuba menjatuhkan saya. Saya beranggapan mereka ini memang menabur fitnah. Golongan ini banyaklah kerja di padang mahsyar nanti mohon maaf. 

“Apapun, saya berharap agar salah faham ini diperbetulkan. Ini tidak, baca sikit terus hentam,” tambahnya lagi. 

Gambar Fail
Gambar Fail

Menurut Afdlin lagi, memandangkan kes ini sudah pun berada di bawah siasatan polis dan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), maka tanggungjawab untuk menyelesaikan isu ini perlu diberikan kepada mereka. 

“Kalau betul dakwaan tempat itu (Crackhouse Comedy) tidak mempunyai lesen. Maka, tindakan perlu dilakukan. Pengunjung yang datang untuk buat komedi di sana tidak akan tanya sama ada mereka ada lesen atau tak kerana ia sudah beroperasi bertahun-tahun. Macam mana boleh beroperasi bertahun-tahun tanpa lesen? Siapa yang tak buat kerja sebenarnya?

“Pendapat saya, kalau nak berhujah biarlah berasas sedikit,” tambahnya.

Terdahulu, DBKL telah menggantung sementara operasi kelab Crackhouse Comedy susulan sebuah klip seorang wanita menanggalkan pakaian yang menutup aurat dan hanya memakai baju yang mencolok mata. Bukan itu sahaja, wanita yang dikenali sebagai Amy itu juga berdepan tuduhan menghina agama Islam di kelab berkenaan. - Getaran, 13 Julai 2022. 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Fahmi Nafi Arah Agensi Media Tutup Ruangan Komen

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Malam Komedi ‘Live, Love, And Laugh’ Untuk Bertemu Kenalan Baru, Mungkin Juga Bertemu Jodoh

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Buka Kertas Siasatan Kes Resit Tertera Perkataan Hina Islam

4

Politik 2 tahun yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 18 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...