web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Baby' Big Stage Pertama – Azzam Sham Umum Isteri Hamil 5 Bulan

Pasangan penyanyi Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie yang juga bekas peserta 'Big Stage' ini bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2022 2:26PM

Gambar Instagram @azzam_sham

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi yang juga juara program 'Big Stage' musim ketiga iaitu Azzam Sham bakal bergelar bapa tidak lama lagi selepas dia mengumumkan bahawa isterinya yang juga seorang penyanyi iaitu Sheryl Shazwanie kini sedang hamil lima bulan.

“Segala puji bagi Allah SWT atas segala nikmat dan rezeki yang dikurniakan. Pada hari Jumaat yang barakah ini, Azzam dan Sheryl ingin berkongsi berita yang kami bakal menimang cahaya mata pertama kami. Usia kandungan kini memasuki lima bulan/trimester kedua,” umumnya di akaun Instagram.

Tulis Azzam lagi, mereka berdua mengharapkan doa yang baik daripada semua agar urusan ibu dan zuriat yang bakal lahir dipermudahkan serta menjadi anak yang soleh, penyejuk mata, penenang hati, membesar dengan sihat dan menjadi insan yang berjasa kepada agama dan masyarakat. 

Ruangan komen Instagram pasangan ini dihujani dengan ucapan tahniah dari rakan-rakan selebriti serta peminat masing-masing.

“Tahniah kalian. Bayi 'Big Stage' kita yang pertama,” tulis penyanyi Neeta di bahagian komen yang teruja dengan berita ini.

Azzam dan Sheryl telah berkahwin pada 1 Januari lalu selepas enam tahun berkenalan. Sheryl merupakan peserta 'Big Stage' musim kedua manakala Azzam pula bergelar juara 'Big Stage' musim ketiga.

Tahniah diucapkan kepada pasangan ini. Semoga segala urusan dipermudahkan. - Getaran, 1 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Uqasha Senrose Umum Hamil Anak Pertama

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sarat Hamil Tapi Positif Ganja, Wanita Dan Suami Ditangkap Bawa 10KG Dadah

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shila Amzah, Ubai Kongsi Berita Kehamilan

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Sarat Mengandung, Izara Sahkan Cahaya Mata Kedua Dijangka Lahir Bulan Depan 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 22 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...