web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BTS Umum Berehat Seketika, Tumpu Projek Solo

RM merasakan sudah tiba masanya untuk dia meneroka karyanya sendiri tanpa diganggu jadual rakaman dan persembahan BTS yang berterusan.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2022 8:00PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kumpulan sensasi K-Pop kegilaan ramai, BTS mengejutkan dunia apabila mengumumkan bakal berundur seketika untuk memberi tumpuan kepada kerjaya solo, umum kumpuan itu semalam.

Ketua kumpulan itu, RM ketika berucap pada majlis makan malam tahunan FESTA, sempena meraikan penubuhan kumpulan itu berkata, dia merasakan sudah tiba masanya untuk dia meneroka karyanya sendiri tanpa diganggu jadual rakaman dan persembahan BTS yang berterusan.

Gambar fail
Gambar fail

“Masalah dengan K-pop dan keseluruhan sistem idola ini ialah ia tidak memberi anda masa untuk matang. Anda perlu menghasilkan muzik dan melakukan sesuatu secara berterusan,” kata RM, mewakili enam ahli kumpulannya.

Video majlis makan malam itu turut dikongsi di Twitter rasmi kumpulan itu.

Terjemahan dalam bahasa Inggeris kenyataan itu menunjukkan salah seorang ahli BTS mengertikan perkataan rehat itu sebagai "hiatus" (berehat seketika), penjelasan yang dipertikaikan wakil kumpulan itu dalam satu kenyataan.

“Apa yang dimaksudkan sebenarnya adalah, mereka tidak ‘berehat’ tetapi akan mengambil masa untuk meneroka beberapa projek solo pada masa ini dan kekal aktif dalam pelbagai format berbeza,” kata kenyataan itu.

BTS membuat penampilan sulungnya pada Jun 2013 dan mula menjadi sensasi di seluruh dunia dengan lagu-lagu popular dan kempen sosialnya yang bertujuan untuk memperkasakan golongan muda. Kumpulan itu melancarkan album terbaharunya, 'Proof', Jumaat lalu.

Tahun lalu, BTS menjadi kumpulan Asia pertama memenangi kategori Artis Terbaik di Anugerah Muzik Amerika.

Kumpulan itu juga pernah bertemu Presiden AS, Joe Biden di Rumah Putih pada Mei untuk membincangkan mengenai jenayah kebencian yang menyasarkan orang Asia. - Reuters

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 minggu yang lalu

SOUNDSTAGE Satukan NIDJI, Hujan Dan 3 Band Tempatan Dalam Konsert Rentas Sempadan

2

Muzik 2 minggu yang lalu

AJL40 Bawa Peminat Selami Dunia Muzik Menerusi Muzik Lab

3

Muzik 3 minggu yang lalu

Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

4

Muzik 1 bulan yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN