Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ramai Minta Maaf Bila Tahu Saya Kecil Hati – Anas Tahir 

Menurut Anas, dia menerima banyak permohonan maaf yang dihantar melalui kotak mesej peribadi di akaun media sosialnya susulan luahan hatinya di TikTok baru-baru ini. 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2022 5:00PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyampai radio Zayyan, Anas Tahir mengakui ramai pihak yang telah menghantar mesej memohon maaf kepadanya setelah dia meluahkan rasa kecil hatinya apabila sering dibandingkan dengan abangnya, Faizal Tahir setiap kali muncul di majlis-majlis acara.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya tidak berniat apa-apa pun. Sekadar meluahkan perasaan kecil hati yang telah sekian lama terbuku di hati. 

“Dan, saya rasa puas apabila akhirnya saya dapat meluahkan perasaan saya itu. Dan, selepas itu saya terima macam-macam DM daripada pihak-pihak tertentu. Daripada kawan-kawan pun ada. 

“Mereka minta maaf kerana selama ini tidak peka dan tidak sensitif dengan perkara tersebut serta  tidak menyangka saya akan berasa kecil hati,” katanya sewaktu diwawancara Getaran.

Beberapa hari lalu, Anas menerusi akaun TikTok peribadinya @AnasTahir telah meluahkan perasaan rasa kecewanya yang terbuku selama bertahun-tahun terhadap sikap segelintir penganjur acara yang seringkali membandingkannya dengan abangnya itu.  

Dalam luahan hatinya itu, Anas memberitahu setiap kali dia cuba menghadirkan diri ke mana-mana majlis acara untuk menggantikan tempat abangnya itu kerana mereka tidak mampu membayar harganya yang dianggap mahal, mereka seringkali mengungkapkan kata-kata bahawa Faizal tiada, adik pun jadilah. 

Insiden yang acapkali berlaku itu membuatkan Anas terasa hati kerana menganggap pihak-pihak tertentu itu cuba memperlekehkan dirinya atau menjadikan dirinya sebagai pilihan kedua. 

Menurut Anas lagi, apa yang diluahkannya itu adalah sebahagian daripada apa yang dilaluinya bersama segelintir pihak penganjur acara.

“Kalau hendak diikutkan, ada banyak lagi cerita. Bahkan, ada juga yang sudah panggil saya sebab tidak dapat abang saya. Bayar pun tidak. 

“Sedangkan saya sanggup membatalkan program bersama keluarga atau keluarga mentua saya yang sudah dirancang berbulan-bulan semata-mata untuk menyantuni mereka. 

“Bila difikirkan balik, rasa sedih pun ada sebab kita sanggup ketepikan hal-hal peribadi semata-mata kerana mereka. 

“Saya nak minta bayaran, rasa segan. Bila kita minta bayaran, nanti mereka kata kita demand pula. Tapi, bila suruh berurusan dengan pengurus abang saya, tidak mahu pula. 

“Jadi, adakalanya saya rasa bagus juga kalau ada pengurus ni, sebab mereka mampu membantu menguruskan urusan kerjaya seni kita. 

“Tidak macam saya. Saya tiada pengurus dan mungkin juga sikap saya yang terlalu mudah mesra membuatkan orang mudah mengambil kesempatan ke atas diri saya,” katanya lagi. 

Sambung Anas lagi, dia tidak pernah menyalahkan Faizal Tahir terhadap apa yang dilaluinya itu. 

“Kenapa saya harus salahkan abang saya. Dia tidak salah dan saya juga tidak pernah salahkan dia. Dia juga tidak pernah meminta saya hadir ke majlis-majlis ini bagi pihaknya. 

“Apa yang saya lalui ini adalah pengalaman saya sendiri bersama segelintir pihak penganjur acara ini,” katanya. 

Anas yang sudah lima tahun bertugas sebagai penyampai radio Zayyan untuk segmen pagi sebenarnya mampu menyanyi dengan baik dan mempunyai suara yang sangat sedap. 

“Saya memang suka menyanyi tetapi lebih kepada seronok untuk diri sendiri. Tetapi, saya ada menghasilkan album Zikir dengan Ustaz Fathi Naim. Ia mengandungi Sembilan lagu dan kesemua lagu di dalam album tersebut adalah ciptaan saya sendiri. 

“Album zikir ini dijual di masjid-masjid atau pusat ceramah dalam bentuk thumbdrive dan hasil jualan daripada album tersebut, kami sumbangkan ke Maahad Tahfiz Darul Wafah milik Ustaz Fathi Naim sendiri. 

“Selepas ini, saya ada merancang untuk buat single lagu saya sendiri dengan Oja. Saya pilih Oja sebab senang bekerja dengan dia,” katanya. 

Sebelum ini, Anas pernah menghasilkan single berjudul 'Status Lelaki' (2020), 'Yang Terpilih' (2021) serta 'Happy Birthday Sayang' (2021). 

“Lagu Yang Terpilih adalah lagu duet saya bersama Kautsar dari kumpulan Alam Band, manakala lagu Happy Birthday Sayang adalah sebuah lagu yang saya tujukan buat arwah ayah saya. 

“Saya sempat menyanyikan lagu itu di hadapannya dan kemudian saya buat balik lagu tersebut dan melancarkannya pada 16 Oktober tahun lalu. 

“Insan-insan terdekat dan sahabat, mereka tahu saya sudah 10 tahun mendirikan rumahtangga tetapi masih belum punya rezeki untuk menimang cahaya mata. 

“Jadi, selain menghasilkan lagu ini untuk arwah ayah saya, ia juga cuba membayangkan perasaan saya apabila menunggu kehadiran cahaya mata. 

“Bila orang tahu, mereka akan doakan yang baik-baik untuk kita. Doa-doa seperti itulah yang kita mahukan,” katanya lagi. 

Dia yang jugak aktif berlakon baru sahaja selesai menjayakan filem 'Zim Zim Ala Kazim' arahan sahabat baiknya, Mawi yang mengangkat kisah hidup sebenar pendakwah terkenal Ustaz Kazim Elias. - Getaran, 31 Mei 2022

Gambar: Anas Tahir biografi 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

2

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Pemilikan Akaun Media Sosial Beri Kesan Terhadap Perkembangan Minda Kanak-Kanak

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Orang Ramai Diminta Henti Perbuatan Hina Agama Di Media Sosial - Mohd Naim

4

Kisah Kita 1 bulan yang lalu

Wanita Orang Asli Berjaya Bina Rumah Hasil Jualan Di TikTok

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 14 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

Selepas agak lama berdiam diri, akhirnya pelakon sensasi, Ruhainies tampil bersuara tentang isu hangat yang sedang melanda dirinya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran