web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Saya Akan Berterus Terang...” - Sweet Qismina

Ditanya apakah cabaran bergelar duta, tunang kepada pelakon Adam Lee itu tidak menafikan sedikit gementar memandangkan produk penjagaan wajah memang berbeza mengikut jenis kulit seseorang.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2022 8:56AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lima tahun lalu pelakon Sweet Qismina pernah memuat naik dan berkongsi rutin penjagaan kulit kepada pengikut di media sosial. Tuah nampaknya berpihak kepadanya apabila jenama yang sama melamar pelakon itu untuk menjadi duta produk penjagaan kulit mereka tahun ini. 

Mengakui terkejut, pelakon itu pada awalnya seolah tidak percaya jenama produk penjagaan kulit terkemuka Nano White menghubungi dan menyatakan hajat untuk melantiknya sebagai duta.

“Saya memang pengguna setia Nano White selama lima tahun. Kalau scroll media sosial saya, memang saya ada promosikan produk ini. 

“Jadi, bila mereka tawarkan berita ini saya secara peribadi memang tak sangka langsung. Ia adalah satu tanggungjawab yang besar. Orang akan mula tanya saya mengenai kaedah penjagaan kulit muka. 

“Saya juga mula ambil tahu maklumat jenama yang saya wakili. Saya tidak mahu menjadi duta sekadar hanya pada nama. Kerana ia merupakan satu komitmen,” katanya semasa ditemui Getaran baru-baru ini.

Ditanya apakah cabaran bergelar duta, tunang kepada  pelakon Adam Lee itu tidak menafikan sedikit gementar memandangkan produk penjagaan wajah memang berbeza mengikut jenis kulit seseorang.

“Satu cabaran juga sebenarnya untuk saya cakap tentang set penjagaan kulit sebab kadangkala keadaan kulit kita baik dan kadangkala tidak. Saya risau sekiranya ada keadaan di mana kulit wajah saya tidak berapa baik, orang jadi tidak percaya pula dengan apa yang saya katakan.

“Tapi kerana saya memang menggunakan Nano White, jadi saya akan kongsikan secara jujur dan ikhlas mengenai produk ini. Saya akan jadi sangat telus dan berterus-terang dengan pengikut saya,” tambahnya lagi.

Memandangkan hasil penggunaan produk ini boleh dilihat hanya dalam masa seminggu, dia berharap ramai wanita akan tampil berbeza dan memiliki kulit wajah yang sihat Aidilfitri nanti.

Bercerita tentang lebaran, Sweet sekeluarga akan pulang ke Johor untuk menyambut lebaran setelah dua tahun tidak dapat merasai kemeriahan hari raya. 

“Tahun ini kami semua sedondon pakai warna hijau. Maklumlah, sekarangkan saya duta Nano White,” katanya ketawa menutup temu-ramah. - Getaran, 22 April 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Gaya 2 tahun yang lalu

5 Kegunaan Cuka Epal Dalam Rutin Kecantikan Anda

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN