web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ramadan Pertama Tanpa Isteri, Berat Badan Shuib Susut

Tidak tahu kenapa, selera makan Shuib menghilang menyebabkan berat badannya semakin menyusut.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2022 2:30PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelawak, Shuib Sepahtu mengakui mengalami masalah selera makan menyebabkan berat badannya menyusut. 

Mengakui Ramadan pertama tanpa arwah Siti Sarah sangat berbeza, namun usahawan itu bersyukur kerana anak-anak mudah diurus dan tidak cerewet soal makanan.

“Sepanjang puasa, anak-anak sangat baik. Kadang mereka teman saya ke pasar dan bazar Ramadan. Kalau minta tolong kemas rumah, mereka rajin bantu. Anak saya tak cerewet bab makan.

“Cuma saya sahajalah yang mempunyai masalah selera makan yang teruk. Kalau tengok video saya di Instagram, berat badan sudah semakin susut. Tak tahu kenapa. Tapi ia bukanlah perkara besar, kalau makan supplement mungkin akan kembali pulih,” katanya kepada Getaran semasa sidang media program rancangan Diary Daddy baru-baru ini. 

Jika dahulu, arwah Siti Sarah rajin mengundang tetamu dan rakan untuk berbuka puasa bersama-sama di tingkat atas rumahnya. Kini, semuanya tinggal kenangan. 

“Di tingkat atas rumah, memang kami adakan sesi BBQ untuk berbuka puasa bersama-sama. Arwah rajin anjurkan aktiviti berbuka puasa dan ajak kawan-kawan datang sekali. Saya anak tunggal dilahirkan dalam keluarga yang kecil. Waktu bujang dulu pun, puasa dan sahur bukanlah sesuatu yang menarik sebab saya lakukan seorang diri.

“Bila kahwin dengan Sarah, dialah yang tunjuk dan ajar kepada saya perasaan seronok berbuka ramai-ramai. Bayangkan, berbuka puasa dah macam kenduri,” katanya.

Merakamkan aktiviti bersama anak-anak sepanjang Ramadan, Shuib bersyukur kerana penggambaran Diary Daddy berjalan dengan lancar. Apalagi anak-anaknya dilihat memberikan kerjasama dan tidak kekok di hadapan kamera.

“Keputusan saya untuk menerima tawaran penggambaran ini adalah demi anak-anak. Suatu hari nanti, saya boleh tengok kembali rakaman ini di lain masa.

“Sebenarnya, saya sendiri mengelak melihat Youtube dan gambar arwah. Cuma di dalam Diari Daddy terang-terangan ada bahagian di mana anak-anak tengok gambar arwah beramai-ramai. Saya minta pihak produksi untuk lajukan bahagian itu,” dedah Shuib.

Diary Daddy yang ditayangkan di saluran TV3, setiap Sabtu jam 5:30 petang itu mengisahkan rutin harian keluarga Shuib bersama-sama anaknya. 

Menerusi program ini, penonton dapat melihat bagaimana Shuib membahagikan waktunya antara kerja dan anak-anak terutamanya merancang aktiviti harian mereka di bulan Ramadan termasuk memasak, aktiviti di dalam dan luar rumah. - Getaran, 6 April 2022

Berita Berkaitan

1

Rencana 3 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Refleksi 2 tahun yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Sukar Diperoleh, Namun Suami Isteri Pastikan Bekalan Buah Kabung Tersedia Setiap Ramadan

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN