web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerana COVID-19, Noh Salleh Terpaksa Menginap Di Hotel

Noh Salleh yang kini bergelar bapa mengakui seronok melayan dan meluangkan masa menjaga si kecil, Musa.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2022 11:47AM

Gambar: Instagram @mohammadnohbinsalleh

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semenjak kehadiran Musa di dalam hidup Noh Salleh dan Mizz Nina sememangnya memberikan cukup makna buat pasangan selebriti tersebut. 

“Saya dah jadi daddy sekarang ini,” katanya sambil tersenyum bangga. Dia juga mengakui seronok melayan dan meluangkan masa untuk menjaga si kecil itu. 

Namun, sewaktu disahkan menghidap COVID-19 baru-baru ini, Noh berkata, dia terpaksa berjauhan dengan Nina dan Musa. 

“Disebabkan Musa masih kecil, Nina cukup risau dan minta saya duduk di hotel sebab tidak mahu saya sebarkan virus COVID-19. 

“Walaupun saya boleh kuarantin di dalam bilik sahaja, tetapi dia tetap mahu saya kuarantin di hotel. Jadi, terpaksalah saya keluar dari rumah buat sementara waktu ketika itu,” katanya. 

Vokalis Hujan ini juga mengakui masih belum terbuka hati untuk kembali aktif menghasilkan single solonya. 

“Sudah dua tahun kita alami pandemik COVID-19. Ia telah mengubah segalanya dan belum membangkitkan semangat saya untuk berkarya,” katanya. 

Biarpun begitu, Noh masih tetap mengikuti perkembangan industri muzik tanah air dan tumpang bangga apabila lagu ‘Gatal’ nyanyian Janna Nick menjadi lagu bahasa Melayu tempatan pertama yang meraih satu juta video tontonan di Tik Tok. 

“Sebelum ini, lagu Kugiran Masdo yang viral di Tik Tok. Ingatkan mereka yang akan dapat tontonan video yang paling tinggi. Rupanya ‘Gatal’ yang mendahului,” katanya. - Getaran, 25 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Noh Akur, Serah Musa Kepada Mizz Nina

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN