web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Musa Hadiah Paling Indah Daripada Tuhan” - Mizz Nina

Selepas menempuhi perjalanan yang panjang untuk mendapatkan zuriat, Mizz Nina dan Noh kini menikmati momen bahagia bergelar ibu dan ayah.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2022 11:34AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan zuriat tidak menjadi, pasangan selebriti Noh dan Mizz Nina akhirnya membuat keputusan untuk mengambil anak angkat yang diberi nama Musa. 

Berita itu dikongsikan Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman di laman Instagram rasminya semalam. 

“Ia sememangnya sebuah perjalanan yang panjang untuk sampai kepada keputusan yang kami lakukan hari ini. Daripada kaedah Intrauterine insemination (IUI), in vitro fertilization sehinggalah kepada pembedahan, akhirnya Allah kurniakan kami seorang bayi yang sangat manis. 

“Semua ini sememangnya sudah ditakdirkan. Jika Allah menginginkan sesuatu untuk kita, tiada siapa yang akan dapat menghalangnya. Hanya Dia yang tahu masa yang paling sesuai. Segala ujian adalah untuk kebaikan,” tulisnya menerusi kapsyen tersebut.

Bukan itu sahaja, Mizz Nina mengakui tidak mudah untuk menerima hakikat dia belum direzekikan untuk menimang cahaya mata sendiri. Sehingga akhirnya Noh mencadangkan untuk mereka mengambil anak angkat. 

“Pengalaman menyertai misi kemanusiaan juga banyak membantu saya untuk membuat keputusan ini. Ada banyak bayi dan anak yang kehilangan ibu bapa. Mereka tiada tempat bergantung atau rumah yang dipenuhi dengan keluarga yang menyayangi mereka.

“Bukan mudah untuk membuka hati sendiri. Namun,saya tidak pernah putus berdoa agar Allah membukakan hati saya, menghilangkan rasa kurang yakin dan percaya kepada perancangan Allah. Alhamdulillah, hati, minda dan jiwa saya bersedia menyambut kehadiran Musa,” tambahnya.

Semenjak bergelar ibu, kehadiran Musa ternyata sebuah hadiah yang paling indah.

“Musa sememangnya hadiah dan ciptaan Allah yang paling indah. Kami sangat bertuah memilikinya. Ia sebuah perjalanan yang rencam bergelar ibu bapa baharu namun kami menikmati setiap saat daripada pengalaman ini. Alhamdulillah. 

“Semoga Musa akan menjadi cahaya bagi umat dan semoga Allah memelihara keluarga kecil kami di dunia dan akhirat serta bersama dengan orang yang diredhai-Nya. Amin,” tulis Nina.

Berita gembira itu juga disambut penuh gembira oleh rakan-rakan artis yang meninggalkan ucapan tahniah di ruangan komen.

“Allahuakhbar, Assalamualaikum Musa,” tulis Alif Satar.

“Selamat menikmati pengalaman menjadi ibu bapa baharu!,” kata Ummie Nazeera.

“MasyaAllah tahniah. Saya tumpang gembira untuk kamu bertiga,” komen Daphne Iking.

Untuk rekod, Noh dan Nina bernikah pada 2011. Majlis diadakan di kediaman keluarga Nina di Ukay Heights, Ampang. - Getaran, 4 Mac 2022

Gambar: Instagram @officialmizznin

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Sambut Ulang Tahun Pertama Perkahwinan, Janna Nick Mohon Tetamu Doakannya Dapat Zuriat

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Facebook, Instagram, Threads Alami Gangguan

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Noh Akur, Serah Musa Kepada Mizz Nina

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Berbusana Serba Putih, Mizz Nina, Suami Pukau Tetamu Di Majlis Resepsi 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN