web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelakon Perlu Peka, Sensitif - Awie

Pelakon dan penyanyi rock legenda tanah air, Awie menasihatkan para pelakon perlu lebih peka dan sensitif dalam melakonkan sesuatu aksi agar tidak bertentangan dengan Islam sekali gus mencetuskan kontroversi.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2022 8:10AM

Gambar: Nursuraya Zulkifli, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan penyanyi rock legenda tanah air, Datuk Ahmad Azhar Othman atau Awie menasihatkan pelakon-pelakon perlu lebih peka dan sensitif dalam melakonkan sesuatu aksi agar tidak bertentangan dengan Islam sekali gus mencetuskan kontroversi.

Beliau berkata industri seni dan hiburan tempatan di negara ini tidak perlu berada pada tahap yang terbuka dengan adegan melampaui batas dan tidak bersesuaian terutamanya bagi pelakon Melayu dan beragama Islam.

"Kita duduk Malaysia, insiden (aksi-aksi panas) adalah tidak wajar, tetapi sekiranya mereka berlakon di negara asing itu terpulang kepada mereka.

Selepas ini kalau boleh pengarah drama atau filem, mereka seeloknya cuba untuk elakkan ada adegan yang berunsurkan seperti itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sidang media bersama Kumpulan Wings bagi program Berbuka Puasa 'Wings Raikan Cinta Ramadan’ di sebuah hotel di sini hari ini.

Sebelum ini industri hiburan tanah air dikejutkan dengan tindakan kontroversi pelakon Zul Ariffin yang memuat naik video dalam media sosial Instagram yang memaparkan “iklan acah” adegan panas sebuah drama sebelum bertindak memadam hantaran tersebut dan membuat permohonan maaf.

Mengulas lanjut Awie yang terkenal dengan watak ikonik Husin dalam filem sekuel “Hantu Kak Limah” berkata tindakan itu dilihat sebagai “menconteng arang” dan tidak bersesuaian dengan industri hiburan tanah air.

Hari ini Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menerusi akaun Twitter miliknya membuat kenyataan Zul Ariffin akan disiasat di bawah  Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selepas membuat hantaran yang menyalahi undang-undang di media sosial.

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 merujuk kepada penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Sabit kesalahan, boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali serta boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Sementara itu pada Ramadan yang bakal menjelang, Wings yang dianggotai Awie (vokal), Syam (gitar), Edrie (gitar), Eddie (bass) dan Black (dram) akan tampil dengan program Wings Raikan Cinta Ramadan pada 16 April di hotel berkenaan.

“Persembahan ini lebih kepada persembahan Islamik dan perjuangan kerana lagu-lagu Wings pun banyak berunsur Islamik dan kerohanian seperti “Dari Tuhan, Sayap Illusi, Anugerah” dan lain-lain.

Selain pengisian aktiviti kerohanian di mana ia akan dimulakan dengan sesi tazkirah Ramadan sebelum majlis berbuka puasa, solat jemaah Maghrib, Isyak dan Tarawih, penyerahan sumbangan dari Wings kepada anak-anak yatim atau asnaf seterusnya persembahan Wings selama satu jam setengah,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Instagram Nad Zainal Di Mod Privasi, Kini Keluarga Jadi Keutamaan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN