Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Balu Abam Bocey Menang Kes Saman Fitnah Terhadap Ali Puteh

Selepas dua tahun berlarutan, akhirnya balu arwah Abam Bocey iaitu Nor Hidayah menang saman fitnah yang difailkan terhadap adik iparnya, Ali Puteh.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2022 3:57PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Balu kepada arwah pelawak terkenal, Abam Bocey iaitu Nor Hidayah Mohd Ali  telah menang kes saman fitnah yang difailkan terhadap adik iparnya, Ali Puteh selepas dua tahun kes ini berlangsung.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan turut memerintahkan Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan untuk membayar ganti rugi sebanyak RM60,000 kepada Nor Hidayah.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Berita Harian, Zulqarnain memerintahkan pembayaran ganti rugi itu selepas membenarkan tuntutan balas yang dikemukakan Nor Hidayah selaku plaintif terhadap Ali selaku defendan.

Ia berhubung hantaran berbentuk penghinaan kepadanya di laman sosial Instagram dua tahun lalu.

Nor Hidayah bersyukur kemenangan berpihak kepadanya.
Nor Hidayah bersyukur kemenangan berpihak kepadanya.

Dua tahun lalu, Nor Hidayah memfailkan saman fitnah terhadap Ali berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagramnya, yang antara lain menggambarkan beliau sebagai individu tidak bertanggungjawab.

Dia memohon ganti rugi am, teladan atau punitif dan teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya. Dia juga memohon satu perintah injunksi bagi menghalang adik iparnya menyiarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya, kod dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Dalam prosiding sama, mahkamah turut menolak saman fitnah yang dikemukakan Ali dan tiga ahli keluarganya terhadap Nor Hidayah dan usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri dengan kos sebanyak RM13,000.

Selepas kalah dalam kes ini, Ali melalui peguamnya akan memfailkan keputusan hakim itu di mahkamah tinggi.

Terdahulu, Ali mula berdepan kecaman sejak kemelut membabitkan beliau dan kakak iparnya, Nor Hidayah sehingga memaksanya membawa kes itu ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Kontroversi mula tercetus apabila Nor Hidayah memfailkan saman terhadapnya sekeluarga dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.

Saman yang dibuat Nor Hidayah itu antaranya menuduh Ali mengambil harta Abam Bocey dan harta anak yatim, selain tuntutan faraid, hak penjagaan anak dan tuntutan kereta.

Arwah Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 pada usia 32 tahun akibat demam panas.

Sementara itu, Nor Hidayah melalui akaun Instagramnya meluahkan rasa syukur di atas kemenangan yang berpihak kepadanya.

“Alhamdulillah syukur kepada Allah kes saman Hakim putuskan kemenangan kepada ku. Syukur pada Allah. Terima kasih kepada peguam kami, mak, abah, anakku Hamzah, adik-beradik, famili dan rakyat Malaysia yang mendoakan kami sekeluarga,” tulisnya di bahagian kapsyen. 

Di bahagian komen, kelihatan ribuan netizen mengucapkan tahniah kepada Nor Hidayah dan turut meluahkan rasa syukur kerana akhirnya kemenangan berpihak kepadanya. - Getaran, 18 Februari 2022 

Gambar: Instagram @hidayah_hamzahh

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

Muhammad Sanusi Dilarang Ulang Kenyataan Fitnah Terhadap Anwar

2

Semasa 10 bulan yang lalu

MB Johor, Anthony Anggap Jocelyn Biadap, ‘Masih Lagi Nak Menegakkan Benang Basah’

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Bahana Diserang ‘Tentera Bawang’, Akaun Media Sosial Chia Dipadam

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Menteri Luar Kecam Tindakan Jocelyn Chia, ‘Langsung Tiada Sensitiviti’

Sorotan

1

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

2

Papagomo Tak Mengaku Salah Hasut, Datangkan Kebencian Terhadap Agong 

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Masdo Bakal Gegarkan Resorts World Awana Dengan Konsert Percuma 

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Jadilah Wanita Yang 'Mahal',  Usah Bergaduh Rebut 'Buaya' - Thalia Baiduri

Pelihara maruah dan harga diri, wanita tidak perlu 'bercakaran' hanya kerana inginkan perhatian lelaki 

oleh Sophia Ahmad

Selebriti 1 hari yang lalu

Irma Hasmie, Redza Sudah Bercerai - Teman Baik

Pasangan itu disahkan bercerai enam bulan lalu dalam perkongsian di akaun Instagram Reen Emran

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 jam yang lalu

Kenyataan Undang Kemarahan Warga Singapura, Erma Fatima Mohon Maaf

oleh Wartawan Hiburan Getaran