web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Muhammad Sanusi Dilarang Ulang Kenyataan Fitnah Terhadap Anwar

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2023 8:38PM

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilarang mengulangi dan menerbitkan semula kenyataan yang memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim di media sosial, laman web dan mana-mana platform sehingga kes saman difailkan Perdana Menteri terhadap Menteri Besar Kedah itu diputuskan mahkamah.

Peguam Datuk S.N. Nair yang mewakili Anwar berkata, Hakim Mahazan Mat Taib membenarkan permohonan inter-parte injunksi dipohon Pengerusi Pakatan Harapan itu pada prosiding yang dijalankan secara dalam talian hari ini di Mahkamah Tinggi Alor Setar.

“Perintah injunksi itu bagi menghalang defendan (Muhammad Sanusi), kakitangan atau ejennya daripada mengulangi atau menerbitkan kenyataan-kenyataan serupa yang mempunyai kecenderungan untuk menggambarkan plaintif (Anwar) sama ada secara langsung atau dengan sindiran dalam mana-mana saluran media sosial defendan, laman web dan mana-mana platform lain sehingga pelupusan kes saman,” kata Nair ketika dihubungi.

Menurut Nair, mahkamah menetapkan 19 Februari 2024 untuk pengurusan kes di hadapan pendaftar menerusi e-Review. Pada prosiding hari ini, Nair turut dibantu peguam Jaden Phoon Wai Ken, manakala Muhammad Sanusi diwakili peguam Yusfarizal Yussoff dan Adam Luqman Amdan.

Hari ini ditetapkan untuk keputusan permohonan itu selepas pihak-pihak terlibat selesai berhujah pada 16 Oktober lalu.

Anwar, 76, memohon perintah injunksi itu dalam kes saman difailkannya terhadap Muhammad Sanusi ketika berucap dalam satu kempen pilihan raya 'Jelajah PN Best Tambun' tahun lalu.

Pada 13 Disember tahun lalu, Anwar menyaman Muhammad Sanusi, berhubung ucapan berbaur fitnah mengaitkannya dengan perlakuan tidak bermoral dalam satu kempen ceramah 'Jelajah PN Best Tambun'.

Anwar dalam pernyataan tuntutannya mendakwa kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud plaintif mendapat pengampunan diraja melalui penipuan dan kekal tidak diampunkan serta telah memperdaya Yang di-Pertuan Agong, seorang pembohong, tidak boleh dipercayai, tidak beretika dan mengkhianati mandat rakyat.

Menurut plaintif kenyataan itu dibuat dengan berniat jahat bertujuan untuk menghasut orang ramai dan menimbulkan kebencian peribadi terhadapnya dan PH semasa tempoh berkempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November tahun lalu.

Muhammad Sanusi dalam pernyataan pembelaannya berkata, bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa niat jahat dan memfitnah Anwar, sebaliknya mengkritik Ahli Parlimen Tambun itu bagi tujuan kempen PRU15. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 10 jam yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

2

Semasa 4 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

3

Politik 4 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

Sorotan

1

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

2

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

3

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

4

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

5

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

6

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 9 jam yang lalu

Kucing Masih Hidup Ditemui Bawah Runtuhan Gempa Bumi, Jadi Simbol Harapan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 9 jam yang lalu

Rosmah Mohon Doakan Najib Menjelang Prosedur Perubatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 15 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

oleh Sophia Ahmad