Berita Terkini

7 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


MB Johor, Anthony Anggap Jocelyn Biadap, ‘Masih Lagi Nak Menegakkan Benang Basah’

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2023 7:15AM

Jocelyn mendakwa masyarakat mengambil terlalu serius dengan jenaka disampaikannya itu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tindakan pelawak wanita, Jocelyn Chia memperlekeh Malaysia, selain mempersenda tragedi pernah melanda negara melalui rakaman klip video persembahannya, terus menerima kecaman daripada pemimpin politik yang menyifatkan individu terbabit sebagai biadap.

Ia termasuk selepas dia tetap mempertahankan kata-katanya walaupun teruk dikecam pelbagai pihak, terutama warga maya kerana bersikap kurang ajar terhadap Malaysia.

Wanita itu mendakwa masyarakat mengambil terlalu serius dengan jenaka disampaikannya itu.

Sikap ditunjukkan Jocelyn menerima kecaman daripada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang menyifatkan wanita itu biadap dan kurang ajar kerana menjadikan tragedi pesawat MH370 sebagai kandungan persembahan jenakanya.

Katanya, individu berasal dari Singapura itu juga seolah-olah tidak merasa bersalah dan tetap cuba memberi penjelasan serta menuding jari kepada masyarakat.

“Masih lagi nak menegakkan benang yang basah. Biadap dan kurang ajar!” katanya menerusi Facebook.

Menerusi hantaran sama, Onn Hafiz turut memuat naik dua paparan tangkap layar tajuk berita media tempatan berhubung isu terbabit secara bersebelahan.

Satu daripada paparan itu menunjukkan laporan berita berbahasa Inggeris bertajuk ‘Jocelyn Chia defends MH370 joke, says people take jokes way too seriously (Jocelyn Chia pertahan jenaka MH370, kata orang ramai mengambil perkara berkenaan terlalu serius’.

Manakala satu lagi adalah terbitan media berbahasa Melayu bertajuk ‘Anak saya masih menangis hilang ayah, tapi anda jadikan MH370 jenaka’, bagi merujuk kepada kenyataan terdahulu dikeluarkan isteri kepada seorang pramugara pesawat terbabit, Intan Maizura Othaman.

Semalam media melaporkan, Jocelyn Chia menerusi persembahan komedi berdiri bertajuk ‘Singapore vs Malaysia’ di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini, memperlekehkan Malaysia.

Menerusi klip video dikongsikan di Tik Tok dan tular di media sosial itu, dia menghina seorang penonton yang mengaku sebagai rakyat Malaysia dengan perkataan kesat.

Dia turut membandingkan Malaysia yang hanya bertaraf negara membangun, berbanding negara lebih maju selepas lebih 40 tahun berpisah dari Tanah Melayu, malah sepanjang rakaman video berdurasi 1 minit 29 saat itu, persembahannya juga mengandungi kata-kata dan memek muka memperlekehkan negara ini.

Ia termasuk jenaka keterlaluan beliau menyentuh mengenai kehilangan pesawat Malaysia, MH370 yang dikatakan ‘tidak mendarat’.

Justeru, tindakan terbabit mengundang kemarahan dan menerima kecaman teruk daripada rakyat Malaysia, termasuk netizen, pemimpin politik serta pelawak Malaysia kerana dianggap keterlaluan.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke turut mengecam tindakan pelawak terbabit, dengan menyifatkan ia agak biadab, kurang ajar dan tidak berperikemanusiaan.

“Saya ada text (teks) rakan sejawat di Singapura. Dia juga terkejut apa yang dinyatakan itu. Saya lihat bahawa Singapura juga ambil langkah dengan segera untuk memastikan ia tidak menjadi sebagai satu isu yang boleh dipolemikkan mana-mana pihak yang berupaya menjejaskan hubungan kedua-dua negara,” katanya.

Anthony berkata, sudah pasti Malaysia tidak mahu kenyataan seperti itu menjejaskan hubungan dua hala.

Malah, katanya, sebagai seorang rakyat Malaysia, beliau tidak boleh menerima apa dinyatakan dalam video terbabit.

Tegasnya, sebagai seorang manusia, masyarakat tidak boleh menerima apa dinyatakan pelawak itu.

“Walaupun dia kata adalah stand up comedy (komedi berdiri) dan pelawak, tetapi stand up comedy ada batasnya di mana tragedi tidak boleh digunakan untuk dijadikan bahan jenaka.

“Tidak boleh menggunakan hubungan negara sebagai satu bahan jenaka. Ini sesuatu yang amat serius yang boleh menyebabkan isu atau masalah hubungan dua negara,” katanya.

Situasi itu menyaksikan kerajaan Singapura memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berikutan tindakan melampau Jocelyn Chia.

Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon berkata, beliau amat terkejut dengan komen menyinggung perasaan Malaysia dibuat pelawak itu.

Kerajaan Singapura, tegasnya, tidak boleh menerima sebarang kata-kata atau tindakan yang mampu mencetus kemudaratan atau mengguris hati perasaan orang lain.

Pelawak itu juga, katanya, bukan lagi pemegang kewarganegaraan Singapura dan kenyataan atau tindakannya, tidak mencerminkan pandangan negara berkenaan. – Getaran, 9 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Sultan Selangor Tegur Kelompok Masyarakat Guna Kata Kesat, Biadab

2

Politik 8 bulan yang lalu

Buat Ciapan Biadab, PM Arah Zaki Yamani Mohon Maaf

3

Semasa 9 bulan yang lalu

PUSPAL Tidak Terima Permohonan Penganjuran Program 'Apology Tour' Libatkan Jocelyn Chia, Chrissie Mayr

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Polis Johor Terima 2 Laporan Berkaitan Jocelyn Chia

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bergelap Pula, Baru Nak Beli Baju Raya

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

Semasa 17 jam yang lalu

Hampir 10,000 Sertai Majlis Iftar Madani Bersama PM

Semasa 22 jam yang lalu

PJMR 2024 Dijangka Catat RM1.6 Juta Nilai Jualan – Ewon