Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sultan Selangor Tegur Kelompok Masyarakat Guna Kata Kesat, Biadab

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2023 6:10PM

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Dan Ikrar Aku Janji Serta Pengurniaan Watikah Pelantikan Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menegur tindakan segelintir kelompok masyarakat, ahli politik dan pemimpin politik yang menggunakan kata-kata kesat serta biadab ketika kempen pilihan raya termasuk mengheret institusi raja dalam ceramah.

Baginda bertitah, keadaan itu menggambarkan terhakisnya rasa hormat terhadap institusi raja dan kesultanan Melayu yang menjadi payung kepada umat Islam, orang Melayu serta bangsa lain.

“Sikap biadab ini melangkaui batas dan nilai keperibadian orang Islam serta Melayu yang sering dipelihara. Ingatlah jangan kerana menyangka bahawa kita popular dalam kalangan rakyat sehingga bertindak memperlekehkan sesiapa yang tidak sehaluan dengan fahaman politik masing-masing.

“Malah, sanggup pula hadir ke negeri Selangor dengan melemparkan cacian melampaui batas. Ke mana hilangnya budi bahasa? Ini bukan budaya kita khususnya orang Melayu untuk menghina sesiapapun khususnya dalam khalayak ramai. Peliharalah adab dan susila kita apatah lagi apabila kita bertandang ke negeri atau rumah orang,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Dan Ikrar Aku Janji Serta Pengurniaan Watikah Pelantikan Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) Kerajaan Negeri Selangor di Istana Alam Shah di sini hari ini.

Turut berangkat ke istiadat itu Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Sultan Selangor turut bertitah supaya semua pihak menghentikan budaya caci-mencaci yang boleh menjejaskan keharmonian dalam masyarakat dan menumpukan ke arah memajukan kehidupan rakyat serta memakmurkan negara.

Baginda bertitah semua orang Melayu Islam di Selangor untuk sentiasa mengelakkan perbalahan dan persengketaan sesama sendiri yang boleh membawa kepada perpecahan serta imej buruk kepada kesucian agama Islam. 

“Beta perhatikan politik telah banyak memecah-belahkan perpaduan kita sesama umat Islam dengan amalan fahaman politik sempit. Cukuplah apa yang sudah berlaku. Kita perlu maju dan membawa perubahan kepada cara berpolitik serta berfikir.

“Kini pilihan raya sudah selesai maka marilah kita bersama-sama mengeratkan semula hubungan tanpa mengira agama, kaum dan fahaman politik. Kita perlu kembali bersatu padu membangunkan semula negara dan Selangor khususnya,” titah baginda.   

Baginda juga bertitah supaya platform media sosial dan semua aplikasi teknologi moden digunakan bagi perkara positif yang boleh menyumbang kepada perpaduan masyarakat dan bukannya untuk menyebarkan fitnah serta kebencian sehingga menyebabkan perpecahan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Sultan Selangor Mahu Orang Melayu Ambil Jalan Perpaduan, Kukuh Keharmonian Sesama Masyarakat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Sultan Sharafuddin Puji Sumbangan Goodyear Kepada Selangor

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Sultan Selangor Zahir Hasrat Tidak Sambung Tugas Pengerusi MKI

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Sultan Selangor Zahir Rasa Dukacita, Kenyataan  Abdul Hadi Dianggap Hina Raja-Raja Melayu

Sorotan

1

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

2

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

3

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

4

Proses Penamaan Calon PRK KKB Lancar - Polis Selangor

5

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

6

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Individu Ditahan, Bantu Siasatan Kes Pukul Warga Emas Nyanyuk

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 3 jam yang lalu

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Politik 5 jam yang lalu

PN Letak Calon Melayu Atas Permintaan, Bukan Kerana Perkauman - Muhyiddin

oleh Diyana Nawwar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC