web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Final EURO 2024: England Jadi Pilihan Ahli Politik Malaysia

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2024 3:23PM

Gambar EUFA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kejohanan bola sepak Eropah Euro 2024  kini sudah berada di kemuncak. Debaran peminat bola sepak untuk mengetahui siapa yang akan menjuarai kejohanan itu semakin terasa.

Pertandingan akhir kejohanan akan menyaksikan Sepanyol dan England berentap di Stadium Olympiastadion, Berlin, Jerman bagi merebut gelaran juara.

Peminat bola sepak di seluruh dunia pasti tidak sabar menantikan perlawanan akhir yang pastinya menjanjikan aksi menarik dan penuh mendebarkan. 

Semua mata akan tertumpu pada padang hijau malam nanti (3 pagi esok waktu Malaysia) untuk melihat, apakah England mampu melakar sejarah sebagai juara buat kali pertama atau tunduk menyerah di tangan Sepanyol selaku juara bertahan.

EURO 2024 turut menarik minat ramai ahli politik yang mengikuti rapat perkembangan perlawanan. 

Getaran berkesempatan menemu bual beberapa ahli politik untuk mengetahui apakah ramalan mereka dalam kejohanan terulung ini. 

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ramanan Ramakrishnan

“Saya  memilih Sepanyol kerana mereka mempunyai keserasian pasukan yang lebih baik berbanding England, di mana barisan skuad agak muda.

"Keputusan England dalam perlawanan sebelum ini menunjukkan mereka sedikit bergelut, tetapi Sepanyol bermain dengan sangat baik dan mereka menghadapi pembukaan yang lebih sukar di separuh akhir, berdepan dengan finalis Piala Dunia, Perancis, berbanding England yang berdepan Belanda. 

“Ramalan saya Sepanyol akan menang 2-1. 

“Sudah tentu saya akan menyaksikan perlawanan di rumah ibu bapa bersama rakan-rakan, tetapi tidak pasti jika saya boleh berjaga sepanjang malam kerana saya mempunyai sidang Parlimen keesokan harinya."

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung

"Saya mengharapkan England akan menang kali ini. Mereka tidak pernah menang dalam kejohanan itu sebelum ini, jadi saya rasa inilah masa untuk England.

“Saya menyokong England kerana saya perminat Liverpool. Ramalan saya England akan menang dengan skor 2-1 menentang Sepanyol.

“Saya akan mengikuti perlawanan ini di rumah memandangkan waktu tayangan pada jam tiga pagi waktu Malaysia.”

Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa

“Saya memilih England. Saya berpendapat England patut menang kerana prestasi konsisten yang ditonjolkan mereka sepanjang perlawanan musim ini.

“Barisan skuad mereka seimbang. Saya amat yakin dengan perkembangan baharu politik negara itu, iaitu pelantikan Perdana Menteri baharu, barisan kabinet yang baharu dan dengan kebangkitan kuasa memilih rakyat akan mendorong England menjadi juara.” 

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid

“Sudah tentu saya pilih England, tidak akan ada pasukan lain. Saya memilih England kerana faktor sentimental. Saya belajar di sana setelah Sijil Peperiksan Malaysia SPM dan mengikuti Premier League negeri itu. 

“Satu lagi adalah kerana  faktor taat setia walaupun hakikatnya England bertahun tak menang kejohanan di medan antarabangsa.

“Tapi saya akan tetap pilih England,  ramalan saya England akan skor 1-0 ke atas Sepanyol.” - Getaran, 14 Julai 2024

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Sepanyol Juara Euro 2024

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tanggungjawab Moral Untuk Ahli Politik, Pesara Pilih Satu Pencen - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sultan Selangor Tegur Kelompok Masyarakat Guna Kata Kesat, Biadab

4

Semasa 3 tahun yang lalu

KDN Serah Polis, SPRM Dedah Identiti Ahli Politik Naungi Kegiatan Judi

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 34 minit yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar